Hanya yang pernah melalui sahaja tahu betapa sukar dan traumanya hendak menambat ‘cinta baru’. Sedangkan yang baru putus cinta pun boleh murung, ini pula yang sudah bertahun-tahun kahwin dan sudah ada anak. Kalau tak kuat iman, boleh gila dibuatnya.
Ads
Namun bagi wanita berjiwa cekal, Farah Lee… meskipun perpisahan dengan lelaki yang pernah dicintainya sudah lama berakhir, tetapi trauma yang ditanggung selama tempoh itu masih bersisa. Bukan sebab tiada siapa datang ‘mengetuk’ pintu hatinya, cuma dia belum kuat untuk menerima kehadiran cinta baru. Barangkali kerana bimbang derita lama berulang kembali.
Hampir tiga tahun ‘pegang’ status janda nyata bukan masalah bagi pemilik nama Nurfarahin Romli. Terang Farah, isteri Rasulullah SAW iaitu Khadijah RA sendiri pernah bergelar janda tapi beliau adalah contoh wanita terbaik dalam kalangan yang terbaik. Jadi kenapa perlu malu dengan status tersebut?
“Berbanggalah dan berusaha menjadi yang terbaik juga sepertinya. Just please, jangan mencari bahagia atas tangisan orang lain. Kita juga pernah lalui episod itu, jangan biarkan wanita lain alami penderitaan yang sama. Dengan kata lain, nak bahagia boleh tapi jangan caras laki orang.”
Memang deep pesanan Farah tu. Selain tak mahu menghancurkan perasaan wanita lain dan trauma dengan apa yang pernah dilaluinya sebelum ini membuatkan dia sukar untuk mencari pengganti.
“I don’t think finding new love works to heal my wound. Ia mungkin berkesan dekat orang lain, tapi bukan saya. I believe that, the best healing comes from within, by me not others.
Ads
Melawak dan bergurau adalah salah satu cara saya untuk tangani rasa trauma – atau ada (netizen) yang menyifatkan ia sebagai ‘terdesak’. Ujian hidup saya sangat sukar… bukan seperti anda yang bernasib baik. Saya terpaksa bertarung dengan ‘mimpi ngeri’ setiap hari dan menyalahkan diri sendiri enggan mencari pengganti seorang bapa untuk anak saya disebabkan rasa trauma tersebut.”
Sambil berharap rasa itu akan berakhir suatu hari nanti, “Tak mengapa kalau anda belum bersedia lagi untuk terima cinta baru, cintai diri anda sendiri dan insan yang setia berada di samping anda. Percaya, masanya akan tiba juga. Jangan terlalu memaksa diri tapi jangan berhenti berdoa, solat dan tahajjud.”
Farah yang kini menyambung pengajian di United Kingdom tinggal bersama anak perempuannya, Maream Esabel di sana. Biarpun Farah hanya insan biasa dan bukan seperti golongan selebriti yang dikenali ramai… namun semangat dirinya selaku usahawan dan ibu tunggal sentiasa menjadi inspirasi kepada kaum wanita.
Ads
Foto: Instagram Farah Lee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kelmarin, kanak-kanak comel yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan agak tenat dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).
Berita itu disampaikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, dalam hantaran melalui Instagram milik beliau. Jelasnya, Ainul mula muntah dan cirit-birit dalam masa sehari. Memasuki hari kedua, Ainul dilihat tidak bermaya kerana keadaannya nampak lain sangat, lalu Nurul terus membawanya ke Jabatan Kecemasan.
“Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor memaklumkan jangkitan sudah merebak ke seluruh tubuh. Satu badan dipenuhi dengan wayar,” tulisnya dalam hantaran itu.
Menyedari akan keadaan Ainul Mardhiah yang kini kritikal, Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan membuang tumor dari mulut Ainul turut meluahkan rasa bimbang dan berdoa agar Ainul dapat menempuh dugaan ini. Jelasnya dalam hantaran di Tweet semalam, Dr Amalina yakin Ainul kuat untuk mengharungi semua ini.
“Baru sahaja mendapat khabar berita dari ibu Ainul. Ya allah, marilah kita sama-sama doakan untuk adik Ainul. Semoga cepat sembuh. Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! Insya allah”.
Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakriyang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019.
Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak dilahirkan dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salam takziah buat Liyana Jasmay sekeluarga atas kehilangan ibunda tersayang sekitar jam 8.30 pagi, 12 Mei 2023. Allahyarham Datin Habsah Simpon yang juga ibu kepada empat cahaya mata tersebut dilaporkan meninggal dunia akibat kanser limfoma tahap empat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Memetik kenyataan pengurus Liyana iaitu Norhazwani Jamil kepada Astro Awani, ibu pelakon tersebut disahkan menghidap barah berkenaan kira-kira dua bulan lepas dan hanya diketahui keluarga terdekat.
Malah Allahyarham sering keluar masuk hospital untuk menerima rawatan.
“Liyana serta seluruh ahli keluarga berada di sisi Allahyarham semasa menghembuskan nafas terakhir. Liyana bersama adik-beradiknya juga sering bersama ibu mereka dalam waktu-waktu terakhir ini.”
Aktres, penyanyi, penerbit dan pengarah ini ada berkongsi hantaran di IG Stories yang mengimbau kenangan dirinya bersama ibu tersayang enam tahun lepas.
Tulis Liyana, “My career, my path, my life, you spend your time to be with me. You dedicate yourself for me, waited until dawn for my shoot, promos and whatever that makes me happy.
Tak pernah I tau ada Mak yang teman anak study overseas berbulan-bulan, tinggalkan babah, and babah pun sanggup lepaskan you just to take care of me!
I’m so lucky to have amazing parents. That’s why you are so special mama! My sayang cantik mama.”
Terdahulu pada Disember 2021, bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah meninggal dunia akibat kanser paru-paru selepas bertarung dengan penyakit itu selama setahun.
Isteri Fathuddin Mazlan yang kini berusia 35 tahun mempunyai tiga beradik Adriana Jasmay, Faradilla Jasmay dan Juzaili Jasmay.
Semoga Allahyarham Datin Habsah Simpon ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Juga, Liyana Jasmay dan ahli keluarga tabah serta sabar menempuh ujian ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu melibatkan promosi kempen keusahawanan yang dilakukan oleh pelakon, Datuk Rosyam dan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun masih lagi menjadi bualan. Mana tidaknya, ramai tidak menyangka topik sensitive melibatkam kaum wanita dan pengunaan bahasa yang digunakan agak kasar walaupun Datuk Rosyam Noor sudah menjelaskn tindakannya itu.
Selepas Hannah Yeoh dan YB Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said menyelar video tersebut, kini giliran penyanyi Nourul Wahab Depp pula yang mengakui tidak senang dengan penularan video mempromosikan kempen tersebut apatah lagi ia melibatkan institusi kerajaan.
Menerusi ciapan di Twitter, Nourul memulakan komennya dengan menyatakan bahawa dirinya mengenali bagaimana sikap sebenar pelakon itu selepas bekerjasama dengannya. “Sebagai yang pernah bekerja dengan artis lelaki ni, saya tahu bagaimana dia. Menghormati wanita..Hmm.. Tengok sendiri lah.
Kemudian, menerusi bebenang ciapan tersebut, Nourul Depp juga menegur penggunaan bahasa yang dilontarkan. “Macam mana anak lelaki nak respect perempuan lain kalau ikon lelaki melayu bercakap begini. Gunalah bahasa yang lebih baik. Perempuan ini bukan bahan belasahan. Apa rasa agaknya kalau sebut belasah pada ibu dan isterinya atau adik beradik perempuannya”.
Sambung Nourul Depp lagi, “Bahasa melayu itu sangat tinggi. Mohon ada sedikit hormat kepada yang menonton secara amnya. Kita dah berusia. Kena lagi jaga bahasa. Sebab nak didik anak anak muda. My opinion. This video is inappropriate.”
Apa pandangan anda tentang isu promosi kempen video ini? Adakah wajar tindakan Datuk Rosyam Noor dan YB Rina Harun mempromosikan kempen tersebut menggunakan pendekatan ini?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...