“Jangan Cari BAHAGIA Atas Tangisan Orang Lain,” FARAH LEE Pesan Janda Tak Perlu Terburu Raih Cinta Baru!

Hanya yang pernah melalui sahaja tahu betapa sukar dan traumanya hendak menambat ‘cinta baru’. Sedangkan yang baru putus cinta pun boleh murung, ini pula yang sudah bertahun-tahun kahwin dan sudah ada anak. Kalau tak kuat iman, boleh gila dibuatnya.

Namun bagi wanita berjiwa cekal, Farah Lee… meskipun perpisahan dengan lelaki yang pernah dicintainya sudah lama berakhir, tetapi trauma yang ditanggung selama tempoh itu masih bersisa. Bukan sebab tiada siapa datang ‘mengetuk’ pintu hatinya, cuma dia belum kuat untuk menerima kehadiran cinta baru. Barangkali kerana bimbang derita lama berulang kembali.

Hampir tiga tahun ‘pegang’ status janda nyata bukan masalah bagi pemilik nama Nurfarahin Romli. Terang Farah, isteri Rasulullah SAW iaitu Khadijah RA sendiri pernah bergelar janda tapi beliau adalah contoh wanita terbaik dalam kalangan yang terbaik. Jadi kenapa perlu malu dengan status tersebut?

“Berbanggalah dan berusaha menjadi yang terbaik juga sepertinya. Just please, jangan mencari bahagia atas tangisan orang lain. Kita juga pernah lalui episod itu, jangan biarkan wanita lain alami penderitaan yang sama. Dengan kata lain, nak bahagia boleh tapi jangan caras laki orang.”

Memang deep pesanan Farah tu. Selain tak mahu menghancurkan perasaan wanita lain dan trauma dengan apa yang pernah dilaluinya sebelum ini membuatkan dia sukar untuk mencari pengganti.

I don’t think finding new love works to heal my wound. Ia mungkin berkesan dekat orang lain, tapi bukan saya. I believe that, the best healing comes from within, by me not others. 

Melawak dan bergurau adalah salah satu cara saya untuk tangani rasa trauma – atau ada (netizen) yang menyifatkan ia sebagai ‘terdesak’. Ujian hidup saya sangat sukar… bukan seperti anda yang bernasib baik. Saya terpaksa bertarung dengan ‘mimpi ngeri’ setiap hari dan menyalahkan diri sendiri enggan mencari pengganti seorang bapa untuk anak saya disebabkan rasa trauma tersebut.”

Sambil berharap rasa itu akan berakhir suatu hari nanti, “Tak mengapa kalau anda belum bersedia lagi untuk terima cinta baru, cintai diri anda sendiri dan insan yang setia berada di samping anda. Percaya, masanya akan tiba juga. Jangan terlalu memaksa diri tapi jangan berhenti berdoa, solat dan tahajjud.”

Farah yang kini menyambung pengajian di United Kingdom tinggal bersama anak perempuannya, Maream Esabel di sana. Biarpun Farah hanya insan biasa dan bukan seperti golongan selebriti yang dikenali ramai… namun semangat dirinya selaku usahawan dan ibu tunggal sentiasa menjadi inspirasi kepada kaum wanita.

 

 

Foto: Instagram Farah Lee

 

 

Share
Published by
Suzi