Gaya Hidup

Jangan Cemburu Dengan Wanita Cantik Kalau Diri Sendiri Pun MALAS BERSENAM, Ini Faktanya!

Ramai yang beranggapan senaman hanya untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing semata-mata. Apabila melihat orang lain aktif bersenam pasti akan menganggap bahawa individu tersebut mahu menguruskan badan semata-mata.

Sebenarnya bersenam ini banyak manfaat terhadap tubuh terutama wanita. Pasti lepas ini semua wanita mahu bersenam untuk menikmati hidup yang berkualiti.

Senaman terbaik untuk kulit 

Tahukah anda bahawa kulit yang sihat dan cantik boleh diperoleh dengan bersenam? Bersenam adalah salah satu cara gaya hidup yang sihat dan boleh menjadikan kulit nampak sihat dan halus. Semakin kerap kita bersenam kulit akan berpeluh dan dapat membuang sisa toksin dalam tubuh. Bersenam juga dapat meningkatkan peredaran darah dan menyihatkan jantung dan meningkatkan kadar metabolisme. Cara yang paling mudah adalah dengan berjalan kaki.

Senaman cegah penyusutan otak

Senaman adalah kunci hidup yang sihat. Manfaat bersenam boleh diperoleh sehingga meniti usia emas. Bagi mereka yang mengekalkan bersenam sehingga usia emas boleh mencegah penyusutan saiz otak. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Edinburg mendapati bersenam boleh mencegah dementia. Demensia berlaku apabila otak kehilangan sebahagian fungsinya seperti nyanyuk dan mudah lupa.

Senaman untuk wanita

Senaman juga dapat membantu memantapkan anggota sulit wanita. Bagaimanakah caranya? Senaman kegel atau senaman kemutan yang membabitkan gerakan seperti mencengkam otot lantai pelvis seperti menahan membuang air besar. Amalan senaman ini boleh membantu hubungan intim yang lebih seronok dan memberangsangkan.

Senaman bakar kalori

Faktor utama yang membuatkan seseorang bersenam adalah untuk membakar kalori yang ada dalam tubuh. Aerobik merupakan salah satu senaman yang paling berkesan untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana aerobik mampu membakar kalori berlebihan sekali gus membentuk punggung dan paha. Orang yang mempunyai berat 68 kilogram boleh membakar kalori sekitar 357 kalori jika melakukan aerobik selama satu jam.

Senaman cantik payudara

Biasanya wanita mengalami masalah payudara kendur selepas melahirkan dan menyusukan anak. Mungkin ini adalah salah satu sebab ramai ibu yang tidak mahu menyusukan anak. Sebenarnya bersenam boleh membantu menegangkan payudara. Teknik senaman khusus untuk payudara boleh menjaga otot dada (pectoral) untuk mengekalkan keanjalan payudara. Selepas bersenam cuba lakukan urutan agar payudara lebih anjal.

Senaman tingkat paras hormon

Percaya atau tidak senaman boleh meningkatkan paras hormon dalam badan? Senaman dikatakan berupaya meningkatkan hormon tumbesaran, testosteron dan thyroid. Peningkatan hormon ini membantu menurunkan berat badan dan membakar lemak yang terkumpul. Senaman juga membantu menurunkan berat badan dengan penurunan hormon.

Senaman tambah ketinggian

Tahukah anda senaman boleh membantu anda menambah ketinggian? Aktiviti seperti berbasikal boleh membantu nada otot dan meningkatkan tahap kecergasan dan personaliti. Boleh juga melakukan regangan selama sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Berenang selama lima seminggu dikatakan boleh menambah ketinggian. Apabila anda menggunakan badan, kaki dan tangan sepenuhnya ketika berenang akan membangunkan kekuatan otot yang akan memanjangkan mereka dalam minggu.

Senaman dengan tarian

Bersenam dengan tarian ini bukan suatu perkara asing. Namun, sejak akhir-akhir ini zumba semakin mendapat tempat di hati mereka yang mengamalkan cara hidup yang sihat. Zumba bermaksud bergerak dengan cepat dan menggabungkan muzik, langkah aerobik, dengan gerakan tarian latin seperti samba, salsa, reggae, hip hop, mambo, rumba dan banyak lagi. Zumba memiliki gerakan bertenaga sehingga menimbulkan kontraksi kepada otot dan membakar kalori dan lemak sekali gus. Hamizatul Maizan Mohamed

Share
Published by
Norzalina