Fesyen

“Jangan Jadi Designer Jika…” Ini Teguran Padu Pengasas KLFW, Andrew Tan Pada Pereka Fesyen Muda

Menjadi seorang pereka fesyen bukannya mudah. Banyak perlu dipelari dan bukan sekadar memiliki tahap kreativiti dan imaginasi tersendiri. Dan tak semestinya handal menjahit menjadikan seorang pereka fesyen berkualiti. Namun pengalaman dan kepakaran harus seiring agar koleksi yang dipersembahkan menetapi permintaan dan citarasa pelanggan.

Dengan bahang Minggu Fesyen Kuala Lumpur yang semakin terasa, yang bakal diadakan di Pavilion KL bermula 17 sehingga 21 Ogos ini, NONA sempat menemubual pengasas KLFW, Andrew Tan tentang apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pereka fesyen yang bagus terutama sekali buat para pereka fesyen muda.

“Jangan cuba untuk terus jadi pereka selepas tamat belajar. Pergilah ambil pengalaman dahulu, bekerja dan mula dari bawah.”

Mr Andrew Tan ketika majlis pelancaran KLFW yang berlangung di ibu kota baru-baru ini.

Tambah Andrew Tan lagi, “Cuba jadi pembantu jualan di mana-mana butik terlebih dahulu, serta fahami dahulu selok belok perniagaan fesyen, kemudian selapas 3 atau 4 tahun, barulah anda boleh dan layak digelar pereka fesyen”.

 

Untuk makluman, Andrew Tan merupakan pengasas kepada Minggu Fesyen Kuala Lumpur dan mula menganjurkan acara fesyen terbesar di Malaysia itu pada 2013. Meraikan ulang tahunnya yang ke 10, Andrew Tan menharapkan industri fesyen Malaysia kian berkembang dan yang paling penting, ke tahap antarabangsa.

Kredit foto: KLFW

 

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus