Wanita dan fesyen memang sukar dipisahkan. Pelbagai fesyen boleh didapati dan boleh dijadikan inspirasi untuk bergaya. Namun fesyen tidak hanya memfokus terhadap trend dan jenama semata-mata. Sense of style juga perlu selari agar dapat memberikan impak yang terbaik serta mengelakkan kita digelar sebagai pokok krismas bergerak.
Jom Nona kongsikan 5 tip mudah untuk elak daripada menjadi mangsa fesyen.
KUASAI BUSANA BASICS
Busana basic seperti celana denim dan kemeja putih kosong adalah must-haves untuk setiap wanita. Mereka mungkin ringkas tetapi mereka tetap boleh glam up. Pilih satu statement piece (rantai leher atau tas tangan besar atau sepatu tumit spiky). Anda pasti akan tampak lebih elegan.
BIJAK MEMILIH FABRIK
Jangan sesekali menjadikan stail atau rupa satu-satu busana sebagai satu faktor utama anda memilih busana tersebut. Pilihan fabrik yang tepat dan sesuai dengan bentuk tubuh adalah pengetahuan yang perlu ada buat setiap fashionista! Pemilihan fabrik yang salah akan menjadikan tubuh anda kelihatan ‘terseksa’. Untuk tampak lebih baik, pilihlah busana dari fabrik cotton, wool gabardine, wool microfiber blends, wool crepe
atau silk dan cotton blends.JANGAN OVER
Aksesori seperti rantai dempak dan blings tampak sangat syok untuk dipakai tetapi jika anda mahu tampak sofistikated, beringat apabila beraksesori. Ingat, hiasan terlalu banyak akan mengurangkan versatiliti busana yang anda pakai. Apabila fokus kepada blings yang menyakitkan pandangan, anda akan tampak terlalu sarat.
ALL ABOUT PROPORTION
Busana anda mungkin muat dengan anda cantik dan ‘ngam-ngam’ tetapi mainan proportion adalah tip fesyen yang yes! Peraturan yang perlu dipatuhi: pendek di atas panjang atau panjang di atas pendek. Jika anda memakai kardigan labuh, sebaiknya top
anda di dalam pendek. Jika memakai jaket yang cropped, sebaiknya labuhkan top anda.PILIH CORAK YANG GELAP
Pattern semestinya seronok untuk digayakan tetapi pilihan stail dan corak yang salah hanya akan menyemakkan keseluruhan penampilan anda. Sebaiknya, pilih stail yang memiliki background yang gelap atau corak yang bertona. Ini membolehkan kamu yang petite atau plus size tetap boleh menggayakan busana bercorak.
This website uses cookies.