Semakin cantik dan bergaya. Sherry Ibrahim kini tampil penuh segar dan yakin bukan saja membawa imej seorang artis terkenal malah kini rancak mengusahakan bisnes hijab, Sher’s By Sherry Ibrahim serta salun Khatulistiwa Hair Spa.
Walaupun pernah melalu fasa jatuh bangun dalam karier seni mahupun bisnes, Sherry tetap nampak tenang dan bahagia. Apa yang penting Sherry bukan seorang yang mudah melatah jika berhadapan dengan sebarang situasi yang kurang enak. Rahsia ketenangan Sherry ialah sentiasa meletakkan keluarga sebagai rujukan utama dalam setiap perkara, barulah hidup diberkati.
Ads
TAK LUPA PENGORBANAN MAMA & PAPA
“Pendorong utama saya semestinya ibu bapa, adik beradik, saudara terdekat dan sahabat-sahabat. Walau apa pun terjadi mereka tetap akan menyokong. Kalau saya ada buat silap mereka akan tegur kerana mahukan yang terbaik untuk saya.
Buat semua followers terima kasih kerana tak pernah lupakan saya walaupun dah jarang muncul di kaca TV. They are still there. Bukan saja rajin memberi komen-komen di gambar yang saya post bahkan ada juga yang DM. Saya rasa sangat bertuah kerana memiliki keluarga yang baik, sahabat-sahabat dan followers yang hebat. Merekalah yang sering mendorong saya ke depan.
Banyak pengorbanan Mama dan Papa yang tak mungkin dapat saya balas dengan wang ringgit. Demi memudahkan kerja saya, mereka sanggup buat apa saja. Salah satu detik menyentuh hati yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila ialah Mama dan Papa sanggup pindah rumah demi memudahkan saya ke tempat kerja. Ketika itu kami sekeluarga masih tinggal di rumah lama kami.
Disebabkan saya mengalami kesukaran kerana tiada transport untuk ke tempat kerja (ketika itu masih bergelar pramugari), setiap hari saya akan memandu pukul 2-3 pagi dan terpaksa menempuh perjalanan yang sangat jauh dari Bandar Baru Selayang ke Subang.
Disebabkan Mama dan Papa terlalu ambil berat tentang saya mereka sanggup pindah ke Pantai Hill Park. Mereka sangat lega kerana di Pantai Hill Park banyak transportation yang boleh pick upand drop saya ke airport. Itu merupakan pengorbanan yang sangat besar daripada Mama Papa. Saya amat bersyukur dan rasa bertuah memiliki mereka.”
Ads
NASIHAT BISNES
“Nasihat saya, dalam bisnes ni usah takut dengan pesaing selagi ia memberi kesan yang positif. Bagi saya adakalanya seorang usahawan itu memerlukan pesaing untuk tingkatkan bisnesnya. Bila ada cabaran dan pesaing barulah seseorang itu dapat meningkatkan lagi kemampuannya sekaligus dapat mencari kelebihan diri.
Ads
“Jangan letakkan diri kita terlalu atas, sombong dan selalu rasa the best. Hidup ini ibarat roller coaster. Kadang-kadang kita di atas, kadang di bawah. Ini yang selalu saya tanam dalam diri. Setiap hari adalah learning process.
Kalau kita lihat orang lain lebih baik daripada kita jangan rasa cemburu atau dengki. Belajarlah dengan kelebihan dan kebaikan bagaimana dia menjadi sangat sukses dan kaya. Itu yang kita nak bila berbisnes. Dengan izinNya kita akan berjaya, tak kira lambat atau cepat.
Kalau lambat pun ia mengajar kita untuk sentiasa bersabar. Sebab kalau suatu hari kita diduga dengan saat kejatuhan maka kita tahu bagaimana nak handle situasi. Maka, persaingan adalah pencetus kekuatan untuk kita seterusnya bisnes menjadi lebih baik.
Superpower saya ialah jujur dengan apa yang dilakukan. Begitu juga dalam bisnes, persahabatan dan perhubungan. Bagi saya seorang superwoman haruslah melindungi dan mencintai dirinya terlebih dulu kemudian barulah insan-insan tersayang di sekelilingnya.”
Kredit Foto: Sherry Ibrahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda penggemar muzik Indonesia, lagu Sang Dewi nyanyi Titi Dj sememangnya tidak asing lagi. Lagu yang dicipta oleh Andi Rianto / Titi Dj pada tahun 2001 kembali popular hasil garapan arrangement muzik lebih segar oleh Andi Rianto yang dinyanyikan semula oleh Lyodra Ginting. Lyodra Ginting merupakan juara Indonesian Idol musim kesepuluh.
Kehadiran penyanyi yang berusia 19 tahun di persada muzik Indonesia semakin menyinar apatah lagi dia berjaya merangkul pelbagai anugerah muzik Indonesia antaranya termasuklah Album of the Year dalam acara Indonesian Music Awards 2021.
Namanya sekali lagi menjadi sebutan apabila Lyodra Ginting menerima penghargaan kategori Asia Celebrity dalam acara Asia Artist Awards 2022 yang berlangsung di Jepun semalam. Lyodra merupakan satu-satunya selebriti dari Asia Tenggara yang menerima penghargaan tersebut.
Lebih membanggakan, penyanyi ini turut membuat persembahan di acara berprestij tersebut dan membawakan lagu “Sang Dewi” di panggung AAA 2022 sehingga mendapat pujian netizen dari Jepun dan Korea dan lagu tersebut menjadi viral di TikTok!
Melalui perkongsian di Instagram miliknya, Lyodra mengucapkan terima kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa atas berkat yang telah diberikan oleh-Nya.
“Merupakan kehormatan besar bagi saya, untuk berdiri di sini menghadiri dan juga menerima penghargaan ini, the Asia Celebrity Award,” tulis Lyodra.
Gadis yang menginjak usia 19 tahun ini turut mengucapkan terima kasih di atas apresiasi yang telah diberikan terhadap karyanya.
“Pencapaian saya saat ini tidak akan mungkin terjadi tanpa bantuan orang-orang hebat dan tulus yang telah memercayai saya sejak saya memulai karier saya,” tutur Lyodra.
Oleh karena itu, ucapan terima kasih tersebut dikhususkan kepada manajemen, label musik, penulis lagu hingga musisi yang sudah bekerja sama dengannya selama ini. “Terutama terima kasih mas @andirianto_official atas kerjasama kita ily. Terima kasih kepada keluarga saya, ibu dan ayah saya juga adik laki-laki saya yang telah ada untuk saya dan telah menjadi pendukung terbesar,” tulis Lyodra. Kepada penggemarnya, My Lyodra, Lyodra juga mengucapkan terima kasih kepada mereka karena terus memberikan semangat hingga detik inu.
Kebanyakan pengkarya muzik Indonesia menyifatkan Lyodra “memiliki kekuatan suara untuk mencapai nada tinggi” dan “karakter vokal yang sangat kuat”. Malah penggemar muzik juga melihat kemantapan vokal penyanyi berasal dari Medan, Sumatera Utara ini sebagai karakter vokal yang “kuat dalam membawakan lagu-lagu pop yang powerful“.
Tidak hairanlah mengapa penyanyi muda ini mula dikenali di rantau Asia Tenggara lantaran kehebatan vokal yang luar biasa dan bakal menjadi pelapis penyanyi-penyanyi hebat di Indonesia!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mulianya jiwa Anzalna Nasir tatkala berkongsi rezeki dengan seorang bapa tunggal anak satu sehingga mengundang pujian ramai serta doa.
Seperti yang kita tahu, Anzalna seorang yang sangat prihatin.
Jiwa keibuannya juga mudah tersentuh lebih-lebih lagi bila melibatkan kisah kanak-kanak serta keluarga yang memerlukan.
Memuat naik satu video di akaun Instagramnya, Anzalna dilihat menyantuni bapa tunggal, Mohd Azlan Roslan bersama anak perempuannya Nur Irdina Sofea yang berusia 11 bulan.
Difahamkan, bapa tunggal itu membesarkan anak tunggalnya seorang diri selepas berpisah dengan isteri sekitar Mei 2022.
Dalam video berdurasi seminit 18 saat itu, Anzalna membawa mereka keluar membeli-belah di sebuah kedai menjual barangan serta keperluan bayi.
Tidak berseorangan, pelakon berusia 35 tahun ini turut membawa bersama anak sulungnya, Mohamad Eidrees.
Tulis Anzalna di ruangan kapsyen: –
“Rezeki yang Allah bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
“Kali ni Anzalna bawa bapa tunggal bersama anak kesayangan membeli-belah di tempat kesukaan Anzalna.”
Dalam kapsyen sama, pelakon drama ‘Dendam Aurora’ itu turut meminta bantuan para pengikutnya untuk berkongsi maklumat jika terdapat keluarga yang memerlukan bantuan dari segi keperluan bayi.
“InsyaAllah nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah membeli-belah.
“Korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang bayi.”
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Anzalna selain mendoakan pelakon itu dimurahkan rezeki.
Semoga Anzalna sentiasa dimurahkan rezeki serta kekal bahagia bersama suami dan dua cahaya mata tersayang.
Kredit Foto: Instagram Anzalna Nasir
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasaan bangga dan bersyukur! Itulah gambaran perasaan Datuk Aaron Aziz dan Datin Diyana Halik tatkala berkunjung ke Jepun untuk menghadiri majlis graduasi anak mereka, Danish Anaqi.
Biarpun berat melepaskan anak sulung menyambung pembelajaran di luar negara ketika dunia ‘berperang’ dengan COVID-19 pada tahun 2020, Datuk Aaron Aziz, reda dengan pilihan Danish Anaqi, 16 untuk mengejar cita-citanya di Jepun. Danish berada di Jepun mengambil kursus pra diploma di sebuah sekolah selama tiga tahun.
Menurut perkongsian Datuk Aaron Aziz di laman Instagram miliknya, dia tidak menyangka tiga tahun sudah berlalu dengan begitu pantas. Danish berlepas ke Jepun pada tahun 2020 ketika COVID-19 masih berada pada tahap membimbangkan dan ketidaktentuan.
“Alhamdulillah Danish berjaya melepasi pelbagai halangan sepanjang tiga tahun ini. Berhadapan dengan Covid, kehilangan Oma, masalah keretakan tulang kaki, berhadapan dengan gempa bumi di bumi Jepun dan sudah semestinya liku-liku dalam pengajian IB program. Tetapi semuanya berjaya ditempuhinya, syukur Alhamdulillah.”
Danish mengambil kursus pra-diploma dalam jurusan Politik Global. Pada majlis graduasi tersebut, Danish segak mengenakan sepasang Baju Melayu serba hitam dan keluarganya turut hadir mengenakan busana kebangsaan tatkala menghadiri majlis istimewa tersebut.
Datin Diyana Halik turut merakamkan penghargaan buat suami tersayang yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan anak-anak.
“Pesan saya cuma satu. Jangan tinggal solat dan jangan lupa jasa dan pengorbanan daddy dalam setiap perkara yang dilakukan oleh Danish dan adik-adiknya,” ujar Datin Diyana Halik yang ternyata amat berbangga dengan pencapaian satu-satunya anak lelaki sulungnya itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home...