Gaya Hidup

Jangan ‘Overprotected’ Didik Anak, Biarkan Mereka Teroka 7 Kelakuan Ini Untuk Lebih PERCAYA DIRI!

Anak yang memiliki rasa percaya diri yang tinggi cenderung lebih berhasil dalam melakukan apa yang diinginkan. Rasa percaya diri anak perlu dibangunkan sejak awal kerana ia memerlukan proses yang bertahap. Rasa percaya diri anak menjadi salah satu asas yang paling penting dalam pembentukan perkembangan dirinya. 7 tip berikut bagaimana anda boleh membangunkan rasa percaya diri anak sejak awal.

AJARKAN CINTA

Jika anda melakukan kesilapan terhadapnya segeralah memeluk dan meminta maaf. Usah malu atau ego hanya kerana anda seorang dewasa. Katakan pada anak anda menyayanginya. Walau apa pun terjadi, tunjukkanlah cinta waima ketika anda marah kepadanya. Ajar anak untuk mencintai dirinya juga. Jika gagal ajarinya tentang rasa sakit. Secara tidak langsung anak akan lebih percaya diri.

BIARKAN ANAK MERASA GAGAL ATAU SALAH

Jangan mudah merasa kesal dengan kesalahan yang anak lakukan. Jelaskan setiap orang membuat kesilapan. Paling penting belajar daripada kesilapan kerana ia memberi kesan ketika mereka dewasa kelak. Anak tahu bagaimana berhadapan dengan situasi itu dengan tenang.

TUNJUK TINGKAH LAKU POSITIF

Apa jua yang anda buat, anak pasti akan belajar dan meniru. Jangan meremehkan diri anda sendiri atau mengeluarkan kata-kata negatif di hadapannya kerana ia memberi kesan buruk terhadap perkembangannya. “Children see, children do.” Jika anda seorang yang berani pasti anak pun akan berani.

JANGAN KEDEKUT PUJIAN

Memuji anak tidak semestinya hanya ketika dia cemerlang dalam akademik sahaja. Malah anda juga boleh memuji ketika mereka mencuci pinggan atau mengemas barang permainannya. Pujilah ketekunan dan semangatnya itu yang tidak mudah menyerah kalah.

BERI SOKONGAN & SEMANGAT

Berikan sokongan setiap apa yang anak suka atau hobinya selagi ia sesuatu yang positif. Hormati dan dorong semangat demi kepentingan anak. Berikan juga semangat buatnya untuk mencuba perkara-perkara baru.

TETAPKAN PERATURAN

Setiap anak akan mengalami perubahan seiring dengan usianya. Apa jua peraturan yang ditetapkan pastikan anda menjelaskan apa yang penting dalam keluarga. Anak-anak lebih percaya diri ketika mereka tahu siapa yang bertanggungjawab dan apa yang diharapkan. Anak akan belajar dan mengikut peraturan dengan tenang sekaligus lebih percaya diri.

BERI KEBEBASAN

Berikannya ruang dan bersedia dengan situasi di mana dia dapat melakukan berbagai perkara untuk dirinya sendiri. Benarkan anak untuk menyertai trip perjalanan bersama rakan-rakan sekolahnya, biarkan ia bereksplorasi dengan rakan-rakan. Secara tidak langsung mencetuskan percaya diri dan kemampuan untuk menangani situasi baru.

Share
Published by
Amy Mohd