Cuaca panas di Malaysia kadangkala membataskan seseorang wanita untuk tampil bergaya. Pilihan pakaian yang salah boleh meyebabkan penampilan kelihatan pelik dan tidak sesuai digayakan dengan iklim di Malaysia. Contohnya memakai jaket tebal yang boleh menambahkan hangat buat si pemakai. Mungkin kerana kita sering terlepas pandang mengenai jenis pakaian yang sewajarnya dipakai. Nona kongsikan tip dan panduan mengenai pakaian yang sesuai dipakai sewaktu musim panas terik.

IKLAN

FABRIK YANG SESUAI

Jika anda buat kajian sebenarnya banyak fabrik yang paling sesuai dipakai sewaktu musim panas. Pemilihan fabrik yang sesuai amat penting kerana ia mempengaruhi aktiviti seharian anda dan kadangkala dek kerana pakaian yang sudah basah kerana berpeluh membataskan aktiviti atau jaduan harian anda. Fabrik yang sesuai untuk musim panas termasuklah kapas.

ELAK HELAIAN ATAS HELAIAN

Secara logiknya, pakaian berlapis sudah tentu menghasilkan kehangatan berganda. Oleh itu, hindari helaian tambahan seperti kardigen, blazer, jaket dan sebagainya.

PASTIKAN MEMAKAI STOKING JIKA MAHU BERKASUT

Ramai antara kita yang leka dan tidak prihatin bab penjagaan kasut dan tapak kaki. Kesannya kasut serta kaki anda akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi anda wajib mengenakan stokin sebelum memakai kasut.

AKSESORI YANG MINIMAL

Dah tau cuaca panas terik jangan pula anda memakai aksesori berlebihan. Tidak kiralah jika mahu ke tempat kerja, acara rasmi atau semi formal yang melibatkan lokasi terbuka, aksesori berlebihan akan membuatkan anda kurang selesa.

TAMBAH TOPI ATAU ‘HEADSCARF’ DALAM PENAMPILAN

Mahu tampil bergaya meskipun pada musim panas? Nah! gayakan topi atau headscarf dalam penampilan harian anda. Bukan sahaja melindungi kepala anda dari pancaran terus matahari bahkan ia boleh menaikkan aura pemakaian anda.