“Jangan Panggil Orang, Si Gemuk!”, Prilly Latuconsina DAPAT PENGAJARAN Selepas Pengsan Kerana Diet Ketat!

Demi kecantikan, seorang wanita sanggup berkompromi dengan kesakitan. Sanggup berlapar, bersenam tanpa henti, mengamalkan diet ketat, memuntahkan makanan dan mencuba pelbagai pil atau krim pelangsingan yang mengarut!

Bagi mereka yang menceburi bidang seni, tekanan agar sentiasa kelihatan cantik tentulah lebih hebat. Ini diakui sendiri oleh aktres terkenal Indonesia, Prilly Latuconsina yang pernah melalui peristiwa pahit iaitu jatuh pengsan dan diwadkan gara-gara diet ketat yang diamalkan.

Gadis berusia 21 tahun ini cukup terkenal di Indonesia sebagai seorang pelakon, personaliti televisyen, penyanyi dan duta produk yang popular. Desakan untuk sentiasa kelihatan ‘sempurna’ di depan masyarakat memaksa Prilly agar mengamalkan diet ekstrem.

Kenyataan Prilly terhadap peristiwa tersebut cukup mengejutkan ramai wanita. Tak sangka begitu sekali usahanya untuk mendapatkan tubuh badan ideal, hingga membahayakan diri sendiri.

Kata Prilly,

Maybe after i post this picture, you will think that i have a good body. Ya because I don’t eat normaly like you all. And of course i lose weight. But what just happened? I fainted. I was black out. My blood and heart pressure is very low. And its not healthy! i was just realize i was trying to be what people want me to look like without thinking about what actually my body needs. So for those girls out there who feel so insecure because some people or even your boyfriend tell you that you’re fat. Please dont listen to them! Your body is not theirs. And every human has different type of body so we don’t need to look alike! Love yourself first. Cause beautiful is not about our size. Its about your heart. And the way you can spread positive energy to other people! And one last thing, please stop calling our self “Fat”! Every type of body is body goal as long as we’re healthy! #loveyourself #stopbodyshaming

Nona tertarik dengan pesanan Prilly bahawa setiap wanita itu mempunyai tubuh yang berbeza. Jadi tidak perlu memanggil seseorang dengan gelaran Si Gemuk kerana apa yang paling penting adalah tubuh yang sihat.

Sikap suka mengejek atau memalukan kekurangan tubuh orang lain (body shamer) adalah satu istilah negatif yang boleh memberi kesan psikologi kepada mangsa.

Beberapa selebriti Hollywood sebelum ini juga pernah menjadi mangsa peminat sebegini hingga menyebabkan tekanan yang hebat. Antaranya Demi Lovato, Selena Gomez, Tyra Banks dan Kelly Clarkson. Norzalina Mohd Alias

Tyra Banks
Kelly Clarkson
Demi Lovato
Selena Gomez
Share
Published by
Norzalina