Siapa kata wanita berkulit gelap tidak boleh tampil cantik dan menawan. Dengan teknik dan penggunaan alat solekan yang betul, mereka yang mempunyai kulit gelap juga pastinya akan kelihatan lebih menonjol. Lihat sahaja selebriti seperti Rihanna, Kim Kardashian dan Beyonce.
Mereka memiliki kulit gelap, namun kelihatan cantik dengan teknik solekan yang betul. Paling penting, anda kene yakin dan sentiasa menjadi diri sendiri. Jom kita kita lihat teknik solekan yang betul dan sempurna buat mereka yang mempunyai kulit yang agak gelap!
1. BEDAK ASAS/FOUNDATION
Agar sukar untuk memilih bedak asas yang tepat dan ramai wanita mengalami kesukaran untuk membuat pilihan. Bagi anda yang memiliki kulit berwarna gelap, anda disarankan memilih dua jenis bedak asas yang berbeza. Bedak asas tersebut perlu dicampur agar menjadi satu (blend) dan ia akan memberikan hasil warna yang kelihatan lebih natural serta melekat pada kulit anda. Hasilnya, kulit wajah anda akan nampak lebih bersih dan lembut seperti warna kulit asal.
2. PEMILIHAN BEDAK
Terdapat dua jenis pilihan bedak. Jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi atau berminyak, anda disarankan memilih bedak tabur. Manakala untuk kulit normal, anda boleh memilih bedak jenis padat. Bagi pemilihan warna bedak pula, sebaiknya gunakan yang agak gelap. Biasanya setelah diaplikasikan ia akan kelihatan lebih terang di kulit.
3. PEMBAYANG MATA/EYESHADOW
Penggunaan pembayang mata atau eyeshadow akan mempercantikkan lagi gaya solekan mata anda. Pilih eyeshadow yang mampu membuatkan penampilan anda nampak lebih istimewa. Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit gelap ialah ungu, chopper, biru dan hijau. Jika mahu, untuk kelopak mata bahagian atas, pilihlah warna coklat terang. Manakala di lipatan kelopak mata, gunakan warna coklat gelap dan baurkan keluar. Ia akan membuatkan mata anda nampak ‘dalam’ dan tajam.
4. PENGGUNAAN BRONZER
Supaya tampak lebih menyerlah, sapukan blusher dengan menggunakan bronzer serta hindari pemilihan warna yang terlalu merah dan pink kerana ia boleh membuatkan wajah anda kelihatan seperti badut. Warna bronzer akan menjadi shading yang cantik serta akan mengangkat tulang pipi anda. Untuk menyerlahkan lagi tekstur kulit anda, sapukannya di sepanjang tulang pipi. Sapukan hingga ia kelihatan merata dan tidak nampak bertompok-tompok di kulit.
5. UKIRAN KENING
Agar kening anda kelihatan lebih kemas dan semulajadi, hindari penggunaan pensel dengan warna hitam kerana ia boleh menciptakan kesan garang. Sebaiknya, gabungkan sahaja warna coklat dengan hitam sehingga menggoreskan kening yang natural dan eksotik.
6. RONA GINCU
Sebaiknya hindari warna-warna yang terlalu terang dan pucat. Warna seperti burgundy, merah, coklat dan plum adalah pilihan yang tepat. Ia mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih manis dan tampak dinamik sebaik sahaja disapu pada bibir anda.
This website uses cookies.