Siapa yang tidak mengenali pelakon dan model jelita, Amelia Henderson. Bukan sekadar cantik, namun Amelia juga seorang yang sangat bijak membawa diri malah memiliki IQ yang tinggi. Dari seorang model cilik, kini Amelia Henderson dilihat semakin aktif meluaskan bakatnya.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang berkongsikan perkara tentang Amelia yang tidak semua tahu.
Menerusi cuapan tersebut, individu tersebut mendedahkan yang Amelia merupakan ahli kepada Mensa International, dengan rekod penilaian IG sebanyak 180. “Dia sangat cantik, kelakar, bijak dan juga genius”.
Namun turut menarik perhatian adalah respon seorang pengguna yang menyentuh hal peribadi serta status Amelia yang suatu ketika dahulu pernah mendirikan tumahtangga. Dan perkara tersebut turut mendapat perhatian Amelia yang agak terkesan dengan status tersebut.
Amelia membalas dengan menulis, “ Jangan rendahkan martabat kaum wanita dengan status hubungan. Andai status saya yang sudah berkahwin mendatangkan masalah, itu bukan masalah bagi saya,” Amelia turut menulis yang dia tidak suka dengan perkataaan “janda” yang dilemparkan padanya, seakan-akan merendahkan dirinya.
“Saya benci perkataan janda”, jelasnya lagi. Amelia juga turut menyatakan yang dia ingin dikenali dengan pencapaiannya dalam industri sebagai seorang pelakon yang pernah memenangi anugerah, model, pengacara, penerbit dan berpengalaman di dalam industri selama 27 tahun.
Untuk rekap, Amelia Henderson pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 2018 dengan bekas suami, Tunku Harunnarashed Putra namun perhubungan mereka tidak bertahan lama.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.