Gaya Hidup

Jangan Salahkan NASI Kalau Berat Badan Naik, Begini Cara Sihat Untuk Nikmati Hidangan Nasi!

Ramai yang beranggapan bila makan nasi putih boleh jadi gemuk dan berisiko untuk menghidap penyakit kencing manis (diabetes). Tapi tahukah anda, jika nasi putih diambil dengan cara dan kuantiti yang betul sebenarnya ia juga memberi manfaat kepada kesihatan.

Terdapat beberapa saranan kombinasi antara nasi putih dengan bahan lain yang dapat memberi manfaat untuk kesihatan. Jom cuba!

Minyak kelapa

BERAS PUTIH DENGAN MINYAK KELAPA

Nasi putih mengandungi banyak kanji. Apabila anda makan nasi putih, badan akan mengubah kanji menjadi gula dan ia sangat berbahaya jika berlebihan. Tetapi, proses ini dapat dikurangkan jika anda mencampurkan satu cawan air tambhahan bersama dua sudu makan minyak kelapa sebelum menanak nasi. Maka, kesan sampingan daripada kanji dapat dineutralkan.

Stok asli

BERAS DAN STOK ASLI

Kalau anda mahu menambah rasa pada nasi dan meningkatkan khasiatnya, cubalah menggunakan stok ayam asli. Sayuran dan stok ayam asli memberi rasa serta zat yang dapat diserap dengan baik oleh nasi putih.

halia

BERAS DAN HALIA

Menanak nasi bersama halia dapat membantu menyihatkan jantung. Cara membuatnya sangat mudah. Anda hanya perlu memarut sedikit halia lalu masukannya ke dalam nasi yang sedang ditanak. Menambahkan sedikit minyak kelapa dapat menjadikan nasi lebih sedap sekaligus menyihatkan.

BERAS DAN ANTIOKSIDAN

Anda juga boleh memanfaatkan bahan-bahan yang mengandungi antioksidan contohnya sayur-sayuran, cendawan atau bawang putih. Kombinasi nasi dan bawang putih dapat menjadikan nasi putih lebih terasa sedap dan menyihatkan.

Share
Published by
Amy Mohd