Saban waktu menunggu perkembangan terbaharu nahas tanah runtuh di tapak perkhemahan Batang Kali hari ini, cukup menyesakkan dada. Syukur bila mendapat khabar mangsa berjaya diselamatkan, tapi yang terkini penemuan dua mayat ibu dan anak berpelukan jam 4.30 petang tadi membuatkan orang ramai menitiskan air mata.
Siapa menyangka, rancangan bercuti dengan keluarga bertukar tragedi hitam yang meragut nyawa. Melalui carian di Facebook, lokasi tapak perkhemahan yang tertimbus memaparkan tarikan alam semula jadi yang dilengkapi kemudahan asas seperti tandas, tempat barbeku, parkir, sungai, bilik mandi dan liputan Internet.
Ads
Kelihatan juga tapak tersebut dikelilingi anak sungai dan ladang organik. Memang tempat yang ideal untuk beristirahat dan membawa anak-anak bercuti pada musim cuti sekolah ini.
Namun melihatkan keadaan cuaca yang tidak menentu, kejadian seperti tanah runtuh tidak mustahil terjadi. Paling menyedihkan apabila mendapat khabar penemuan mayat ibu dan anak berpelukan. Sedihnya ya Allah!
Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, dua mayat mangsa ditemui pada pukul 4.30 petang berhampiran tapak perkhemahan di tepi sungai.
“Mayat yang dipercayai seorang ibu dan anaknya ditemui dalam keadaan berpelukan.
Kita percaya kedua-duanya pada asalnya sama ada di kawasan puncak bukit atau ladang, dan mayat mereka dibawa oleh pergerakan tanah ke arah kawasan tepi sungai.” Jurucakap Bomba
SELAMATKAN ANAK
Menerusi temu bual Astro AWANI dengan salah seorang mangsa di Balai Polis Ulu Yam menceritakan detik-detik cemas yang menimpa mereka.
Jelas lelaki berusia 30-an itu yang berasal dari Melaka, kejadian berlaku ketika dia bersama dua anaknya dan isteri sedang tidur di dalam khemah di lokasi tanah runtuh.
“Kita tak nampak, kita dalam khemah tengah tidur, sekali bunyi sangat kuat. Nasib saya punya khemah yang akhir sekali, ada sedikit terseliuh di kaki sebab lari.
Ads
Ketika kejadian, kami dengar bunyi sahaja, semua mangsa yang selamat keluar angkat lampu suluh, semua cari mangsa yang tertimbus.” Mangsa
Jelas lelaki itu lagi, dia dan rakannya dapat menyelamatkan seorang wanita dan bayinya yang turut tertimbus.
“Tengok berapa lama kita boleh, kita korek tanah, korek tanah sampai kita nampak kepala wanita, kita pun tak tahu dia siapa.
Ads
Nampak wanita itu boleh bernafas, wanita itu kata jangan selamatkan saya, selamatkan bayi saya.
Kita pun korek sebelah kawasan tu, kita korek selepas itu ternampak seorang bayi, saya dan kawan saya kemudian tarik keluar bayi itu. Nasib baik dapat selamat, ibu dia pun turut serta korek tanah.”
Tambah lelaki itu, dua anaknya dan isterinya berjaya melarikan diri ketika kejadian dan tiada kecederaan dialami mereka.
Semoga dengan izin Allah, segala ikhtiar pencarian mangsa tanah runtuh yang tertimbus di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya dipermudahkan dan semua mangsa dapat diselamatkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lawanya anak gadis Datuk Afdlin Shauki! Berusia 22 tahun, Mia Sara Shauki yang merupakan anak sulung kepada pelakon komedi dan penerbit popular ini rupa-rupanya mengikut jejak langkah ayahanda tersayang dalam dunia seni.
Selain berbakat besar dalam bidang lakonan, Mia Sara juga ada bakat menyanyi. Memang jelas terbukti darah seni dan bakat Datuk Afdlin ‘mengalir’ dalam diri gadis cantik ini. Bak kata pepatah, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.’
Menurut pengarah filem Papadom dan personaliti televisyen yang sudah berkecimpung dalam industri seni tanah air selama bertahun-tahun ini mengakui dia agak keberatan jika ada di antara anak-anaknya memilih kerjaya seni seperti beliau.
Ujar Datuk Afdlin, “Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri seni.
Namun apa yang saya lihat sekarang, anak-anak saya dah mula menunjukkan minat dalam bidang seni. Salah seorangnya meminati muzik, seorang lagi sudah mula berlakon sementara anak yang bongsu pula sangat tertarik dengan muzik K-Pop.”
Buat pertama kalinya, Datuk Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom Disney Wizards of Warna Talk yang bersiaran di saluran Disney kira-kira dua tahun lalu. Mia Sara merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College.
Bergelar anak sulung daripada tiga beradik, Mia Sara mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin. Melihat minat mendalam Mia terhadap dunia seni tidak mustahil suatu hari nanti dia mampu menjadi pelakon berjaya dan versatil seperti Datuk Afdlin Shauki.
Apatah lagi, dengan usia masih muda dan statusnya sebagai anak selebriti… ia menjadi ‘bonus’ buat Mia Sara untuk mempelajari selok-belok dunia seni daripada bapa tersayang.
Kredit foto: Instagram Mia Sara & Afdlin Shauki
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali datang bulan pasti mengundang berbagai rasa kurang selesa pada sesetengah wanita. Selain senggugut satu lagi ketidakselesaan yang sering mengganggu ialah masalah perut kembung. Kira-kira 85% wanita mengalami perut kembung semasa haid.
Walaupun keadaan ini normal tetapi penting untuk anda mengetahui puncanya serta mencari cara bagaimana untuk mengatasi. Salah satu puncanya ialah pengaruh estrogen di mana kadarnya sering turun naik sehingga menyebabkan berlebihan air dalam badan seterusnya perut menjadi kembung.
Punca seterusnya ialah gangguan pencernaan yang boleh menjejaskan nafsu makan sepanjang haid. Kajian menunjukkan peningkatan dan penurunan kadar estrogen mempengaruhi sistem pencernaan sehingga menyebabkan sembelit dan perut kembung.
Lakukan 4 cara berikut untuk mengatasi masalah perut kembung semasa haid.
ELAK MAKANAN BERLEMAK
Sepanjang kedatangan haid sebaiknya elakkan mengambil makanan berlemak kerana ia sukar dicerna. Sebaiknya gunakan sedikit minyak sahaja ketika memasak bagi mengelakkan pengambilan lemak yang tidak perlu.
KURANGKAN GARAM & GULA
Jika boleh elakkan makanan bergaram kerana ia cenderung menyerap kelembapan dan air. Badan akan lebih mudah menyimpan air menyebabkan perut terasa kembung. Jauhi juga makanan bergula bagi mengelakkan berat berlebihan.
MAKAN BANYAK SAYURAN & BUAH
Sayuran berserat seperti bayam serta buah-buahan segar seperti pisang, tomato, anggur, limau dan avokado sangat bagus untuk mengurangkan gejala kembung perut ketika haid.
SENAMAN RINGAN
Membantu mengurangkan rasa perut kembung dan gas berlebihan. Secara tidak langsung anda akan merasa lebih baik. Cubalah naik turun tangga beberapa kali bagi mengurangkan masalah perut kembung semasa haid.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua penyanyi era 80an Francissca Peter dan Siti Fairuz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Francissca Peter yang terkenal dengan lagu Sekadar Di Pinggiran, manakala Siti Fairuz yang popular dengan lagu Bila Rindu Ke Sebut Namamu.
Mereka berdua menerima anugerah tersebut dari Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang berkenan menyempurnakan istiadat pengurniaan kepada dua penyanyi itu serta 99 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang.
Ini bersempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shayang berlangsung di Istana Abu Bakar di Pekan hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga berkenan mencemar duli berangkat ke majlis santapan yang berlangsung selepas istiadat pengurniaan berkenaan selesai.
Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan barisan pentadbiran negeri diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Francissca atau nama sebenarnya Luciana Francissca Lucian G Peter berumur 61 tahun dan merupakan anak kelahiran Ipoh Perak, manakala Siti Fairuz Sheikh Mohamed pula lahir di Kuantan Pahang.
Sementara itu, selain mereka berdua antara lain yang mendapat penganugerahan tersebut ialah empat bekas pemain bola sepak dan jurulatih juga menerima DIMP iaitu Dollah Salleh yang kini Ketua Jurulatih Interim Pahang, Zainal Abidin Hassan (Ketua Jurulatih Penang FC), Ahmad Yusoff (Jurulatih Sri Pahang Football Club) dan Ahmad Yunus Mohd Alif.
Sumber: Utusan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memulakan kerjaya awalnya sebagai pegawai perubatan kerajaan, nyata membibitkan rasa cinta yang mendalam terhadap bidang estetik buat Dr Wan Hidayu Wan Ahmad yang akhirnya menubuhkan Klinik Nur Raisha kerana minat terhadap dunia kecantikan.