Kebanyakan gedung mekap terkemuka kerap menyediakan produk tester untuk kemudahan pelanggannya. Ini bagi membolehkan pelanggan mencuba dahulu dan menguji kesesuaian warna sebelum membeli.
Ads
Namun tular semalam, seorang wanita California bernama Elena Davoyan menyaman gedung Sephora sehingga $25,000, selepas dia mendakwa dijangkiti herpes oral apabila mencuba gincu tester di sebuah gedung itu di Los Angeles.
Mangsa katanya tidak pernah mengalami penyakit tersebut sebelum dijangkiti di situ, pada Oktober 2015 lalu. Dalam kenyataan saman tersebut, Elena menyelar Sephora kerana gagal memberi amaran tentang risiko menggunakan produk tester solekan pada pelanggan. Tester mekap yang disediakan, katanya boleh mendedahkan mereka terhadap pelbagai jenis penyakit.
Herpes oral merupakan sejenis jangkitan yang menyebabkan bintik-bintik seperti kudis tumbuh di bahagian bibir, gusi, lidah dan dalam pipi. Ia boleh berjangkit melalui air liur atau kulit yang telah dijangkiti.
Walaupun kejadian ini berlaku di luar negara, namun kita seharusnya berjaga-jaga dengan risiko sebelum menggunakan produk tester di mana-mana. Baca laporan lanjut di bawah.
Kisah Benar Yang Anda Perlu Tahu
Ads
“Dulu saya tiada masalah dengan tester mekap sampailah suatu hari, saya berkunjung ke Sephora dengan seorang kawan. Sebab tak sihat, saya nampak dia terbatuk-batuk berhampiran produk tanpa menutup mulut.”
“Perkara paling teruk yang saya tengok adalah seorang wanita mengoles gincu tester dan kemudian menjilat bibirnya dari hujung ke hujung. Kemudian dia menyapu selapis lagi warna gincu tester yang lain dan ulang tabiat yang sama.”
Ads
Menurut pakar dermatologi Dr. Joshua Zeichner, amalan menggunakan tester mekap yang kotor memang boleh menyebarkan penyakit jika ia telah tercemar. Persekitaran yang lembap, khasnya produk mekap seperti glos bibir dan maskara boleh membiak bakteria atau virus berbahaya.
Tip Berguna
Tester di kaunter kecantikan paling tercemar pada hari Sabtu dan Ahad berbanding hari kerja.
Jangan cuba sampel terus ke atas kulit. Lebih-lebih lagi kulit yang terluka.
Jangan gunakan tester tanpa perhatian staf kecantikan kerana anda tak tahu siapa yang menggunakannya sebelum ini atau cara penggunaan yang betul.
Gunakan common sense sebelum mencuba. Cari tester dengan bekas bertutup, span dan berus pakai buang.
Jangan sentuh tester yang kelihatan lama, merekah atau berbau aneh.
Sebaiknya uji di atas tangan atau leher (kawasan yang kurang sensitif daripada muka) dan bersihkan serta-merta.
Berbelanja di kedai yang menawarkan polisi pemulangan wang atau pertukaran percuma supaya anda dapat menguji produk yang dibeli di tempat yang betul. Norzalina Mohd Alias
Bagi memudahkan pengguna jalan raya khususnya pelancong asing yang datang ke Jakarta sempena Sukan Asia 2018, aplikasi navigasi Waze melancarkan program suara terbaru yang menggunakan suara selebriti cantik Indonesia, Dian Sastrowardoyo. Uniknya, aplikasi Waze di negara jiran ini bukan hanya menggunakan Bahasa Inggeris bahkan turut diprogramkan ke dalam Bahasa Indonesia.
Navigasi suara Dian ini juga hanya dilancarkan sepanjang temasya sukan terbesar negara Asia ini berlangsung iaitu dari 18 Ogos hingga 2 September 2018. Sesuatu yang baru tu! Tambahan lagi, bukan calang-calang orang boleh terpilih. Pastinya Dian memenuhi kriteria yang diinginkan.
Selepas dengar sorotan suara Dian di dalam aplikasi Waze khas untuk Sukan Asia Ke-18 Jakarta – Palembang seperti yang dimuat naik aktres Ada Apa Dengan Cinta ini … ia ternyata mengujakan para peminat dan rakyat Indonesia. Rata-rata mereka mengakui kerap menggunakan Waze sejak mengetahui perkhabaran ini meskipun hanya memandu dalam jarak yang singkat. Mesti masing-masing pun rasa ceria seolah-olah ‘ditemani’ wanita cantik ini sepanjang perjalanan.
Sebelum tiba Sukan Asia pada 18 Ogos lalu, rupa-rupanya Dian turut dipilih sebagai Pembawa Obor Asian Games 2018 di kota Solo, Jawa Tengah. Ia diadakan sempena acara Kirab Obor Asian Games 2018 yang memerlukan Duta Samsung ini merentasi kota berkenaan sejauh 500 meter.
Jelas Dian, sedar akan kemampuan diri.. dia sudah mempersiapkan diri dengan aktiviti kecergasan seperti latihan lari seminggu tiga kali sebelum menjelangnya acara itu pada 19 Julai lepas. Dengan adanya penglibatan selebriti dalam acara tersebut, secara tidak langsung dapat memupuk minat bersukan dan meraih perhatian masyarakat datang ke stadium untuk menyokong kontinjen negara masing-masing. Semangat wanita macam inilah yang kita mahukan!
Sumber: Instagram Dian Sastrowardoyo
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luar biasa, hebatnya penangan karnival paling bergegar tahun ni, teruja tengok usahawan wanita Malaysia berniaga bawah satu bumbung dan healing sama-sama!
Seperti masih segar di ingatan kemeriahan Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 yang dianjurkan oleh Majalah Nona dan Mingguan Wanita dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) serta MyMall Malaysia.
Bayangkan karnival tiga hari yang berlangsung dari 8 hingga 10 November 2024 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya itu dikunjungi hampir 10,000 pengunjung dengan 100 buah booth jualan para usahawan wanita tempatan! Memang meriah sangat-sangat. Selain dapat shopping, timba ilmu bisnes, berhibur dan healing sesama wanita, para tetamu yang hadir ke siri talkshow keusahawanan juga dapat banyak goodies.
Jutaan penghargaan buat para penaja rasmi iaitu Watsons Malaysia, Mustika Ratu, Buttonscarves, Bawal Exclusive, Telekung Haliza Maysuri, Sunway Resort Hotel, Madduna Honey, Central Sugars Refinery, Jasmine Food, 1 Minute Miracle, Temyracle, Siti Khadijah Apparels dan Minaz yang sentiasa menyokong Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024!
SOKONGAN
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 secara rasminya telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP), YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim pada 8 November 2024.
Acara ini turut disaksikan oleh YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Raja Syed Putra Jamalullail serta YM Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din; isteri Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud serta isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad menambahkan lagi kemeriahan dan sokongan terhadap agenda besar ini.
Dalam ucapan CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim menekankan kepentingan karnival ini sebagai pemangkin untuk wanita tempatan menceburkan diri dalam dunia keusahawanan dan menambah nilai kepada ekonomi negara.
“Karnival ini adalah bukti komitmen berterusan kerajaan untuk memperkasa wanita, menyediakan mereka dengan peluang dan platform untuk mengembangkan potensi perniagaan. Kita percaya, melalui usaha kolektif seperti ini, wanita Malaysia mampu menjadi tonggak ekonomi yang lebih kukuh dan seimbang.”
Para tetamu kehormat kemudian dibawa melawat reruai usahawan, memberikan sokongan moral kepada lebih 100 usahawan yang menyertai karnival ini.
PADAT PENGISIAN
Pelbagai program menarik telah disusun untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat pengalaman yang berbeza dan berharga, termasuk:
Bengkel dan Forum Keusahawanan: Pada setiap hari karnival, sesi perkongsian ilmu yang intensif akan berlangsung, seperti Talkshow ‘Berbisnes Di Dunia, Untung Sampai Ke Syurga’ yang mengetengahkan usahawan-usahawan hebat seperti Pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran dan Pengasas Arrayyan Hijrah, Datin Hafizah Saad. Talkshow ini memberi peluang kepada wanita untuk mendengar kisah-kisah inspirasi serta strategi praktikal dalam perniagaan.
Pertandingan Menarik: Tidak ketinggalan Pertandingan Mekap Duo-Sis So Cantik dan Segmen Game ‘Who Wants to Be Superwoman’, yang direka untuk memupuk semangat bersaing secara sihat di samping membina keyakinan diri dalam kalangan peserta. Ratu Jenga, lipat baju tower, dan permainan tradisional turut menguji kemahiran para peserta di karnival ini.
Sesi Santai Bersama Selebriti Usahawan: Pengunjung juga berpeluang berjumpa dengan selebriti terkenal yang berjaya dalam bidang perniagaan seperti Mek Dinda, Cikgu Samm, Christy Ng, Fatin Amirah Zaabar dan ramai lagi. Sesi-sesi ini bukan sekadar perkongsian pengalaman tetapi juga suntikan motivasi bagi para pengunjung yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
Aktiviti Riadah dan Persembahan Seni: Tidak lengkap karnival tanpa elemen hiburan. Karnival akan dimeriahkan dengan persembahan memukau daripada barisan artis terkemuka tanah air menerusi dua mini showcase yang akan berlangsung Sabtu dan Ahad, menampilkan nama-nama seperti Wany Hasrita, Bella Astillah, Wani Kayrie, Sharul Kamal, Farisha Iris dan Ahmad Syafiq Persembahan ini dijangka menjadi kemuncak malam karnival yang dinantikan.
Di samping aktiviti-aktiviti menarik, para usahawan juga dapat meneroka peluang kerjasama dan jaringan menerusi reruai MyMall dan sesi taklimat keusahawanan. MyMall—platform e-dagang yang diterajui oleh KUSKOP menawarkan akses kepada usahawan PMKS untuk menyertai ekosistem keusahawanan digital yang lebih luas.
Ini adalah peluang bagi mereka yang ingin memahami cara mengembangkan perniagaan melalui platform digital dan strategi pemasaran terkini.
Dengan jumlah 100 usahawan turut serta dalam karnival ini, pengunjung bukan sahaja dapat membeli produk-produk tempatan berkualiti tinggi, tetapi juga memahami cerita di sebalik setiap perniagaan yang dibangunkan dengan penuh usaha dan dedikasi.
Dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, IOI Grand Exhibition & Convention Centre akan menjadi pusat pertemuan komuniti usahawan dan mereka yang ingin menyokong perkembangan ekonomi tempatan.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 ini dibawakan secara eksklusif oleh Mingguan Wanita dan Nona serta diperkasakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta myMALL Malaysia.
Siapa yang tidak mahu bergelar graduan serta meraih pencapaian tertinggi dalam akademik. Bukan ibu bapa saja yang turut merasa bangga bahkan ia menjadi laluan kepada kejayaan pada masa depan yang lebih baik.
Tidak kurang juga ada yang tidak berpeluang untuk menggenggam segulung Ijazah, Sarjana mahupun PhD namun mampu mencipta kejayaan dengan cara yang berbeza berdasarkan potensi diri. Contohnya pakar dalam bidang perniagaan hingga ada yang bergelar jutawan. Hebat!
Apa yang penting jangan berhenti menggali ilmu untuk berjaya dalam kehidupan. Kejayaan itu bukan hanya buat diri sendiri bahkan untuk membantu golongan yang memerlukan. Jadikan perjalanan hidup kita sebagai motivasi dan pembakar semagat buat orang lain. Jangan pernah berputus asa dengan nasib diri.
Bagaimana cara untuk berjaya walau tidak berkelulusan tinggi?
CARI POTENSI DIRI
Setiap orang pasti ada potensi diri masing-masing. Orang yang berjaya sedar potensi diri dan berani mencarinya. Bakat atau kemahiran antara potensi diri yang boleh menjadikan anda seorang yang hebat. Pengetahuan yang minimum bukan alasan untuk tidak mendapat pengetahuan.
CARI PENGALAMAN SEBANYAK MUNGKIN
Berusaha untuk memanfaatkan seluruh waktu yang ada untuk mendapatkan pengalaman kerja sebanyak mungkin. Ia dilakukan supaya dapat menambahkan portfolio yang baik dan cemerlang. Usah terlalu memilih kerja kerana pengalaman kerja yang banyak akan mengembangkan lagi kerjaya anda.
KERJA KERAS DAN PANTANG MENYERAH
Untuk berjaya perlu gigih dan pantang menyerah kalah walau di saat kejatuhan. Mereka yang berjaya lahir daripada hasil kerja keras. Faktor kejayaan sebenar adalah bergantung kepada prestasi anda serta semangat untuk bekerja.
BIJAK CARI PELUANG
Banyak peluang sekarang ini yang tidak mengharuskan seseorang memiliki kelulusan yang tinggi. Contohnya menjadi blogger, pereka, online business dan sebagainya yang berpotensi untuk berjaya. Pendidikan yang tinggi kadangkala tidak menjamin seseorang menjadi kreatif dalam perniagaan.
BERSAING
Kehidupan yang kian mencabar hari ini menjadikan orang-orang berjaya ini perlu bersaing contohnya mencipta inovasi baru, kreatif serta menjadi yang terunggul untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...