Siapa kata lemak tidak penting untuk tubuh. Tahukah anda, lemak membekalkan tenaga dan asid lemak penting untuk membantu tubuh dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K. Selain di dapati di dalam santan, ia juga wujud dalam susu, hasil tenusu dan daging. Meskipun kandungan lemak juga mendatangkan kebaikan kepada tubuh namun pengambilan secara berlebihan berupaya menaikkan berat badan atau obesiti, di samping meningkatkan kolesterol darah dan risiko penyakit jantung.
Ads
Kolesterol sememangnya bahaya untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan penyakit kronik termasuklah penyakit jantung. Oleh itu, anda harus bijak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan tahap kesihatan yang baik. Jom lihat antara cara mengurangkan pengambilan lemak.
TIP KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK
Ads
Buangkan semua kulit serta lemak pada bahagian daging sebelum dimasak.
Masak dengan menggunakan kuali kalis lekat (non-stick pan).
Gunakan minyak yang sedikit semasa menggoreng. Pastikan ia benar-benar panas sebelum menggoreng untuk mengurangkan penyerapan minyak.
Kurangkan menggoreng makanan yang bersalut tepung.
Pelbagaikan cara masakan yang sihat seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang.
Ubahsuai resipi untuk mengurangkan penggunaan santan. Gantikan dengan susu tanpa lemak dan rempah asli.
Elakkan makanan ringan yang kaya lemak trans dengan buah-buahan dan sayuran segar.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ingat dengan gelagat dua kanak-kanak comel berlainan bangsa di dalam sebuah iklan kemerdekaan popular suatu ketika dahulu? Telatah manja Tan Hong Ming mengusik Ummi Khazriena di perkarangan sebuah sekolah ternyata menyentuh hati satu Malaysia. Walau hanya berdurasi 33 saat, namun iklan yang bertajuk Tan Hong Min In Love itu nyata meninggalkan impak yang besar, hasil sentuhan magis Allahyarham Yasmin Ahmad.
Iklan yang disiarkan pada tahun 2007 itu menyaksikan Tan Hong Ming dengan penuh keikhlasan, naif dan selamba menceritakan kisah cinta pertamanya dengan rakan sekelas Ummi Khazriena Skhrudin, dilihat berjaya menyampaikan mesej keharmonian kaum kalangan rakyat Malaysia sehingga kini.
Selepas 15 tahun, kini mereka berdua disatu dan dipertemukan kembali menerusi iklan Merdeka yang diterbitkan oleh pengeluar jersi sukan dan gaya hidup terkemuka yang berpengkalan di Pulau Pinang, Lokalteez dan Teamwear.
Di dalam video tersebut, jelas kelihatan keterujaan Ummi Khazriena dan Tan Hong Ming yang dipertemukan semula selepas terputus hubungan. Walaupun timbul sedikit kejanggalan berikutan sudah lama tidak bertentang mata, namun kedua-duanya masih lagi erat dan akrab seperti dahulu.
Bila kali terakhir anda berdua berjumpa? “Beberapa tahun lepas, pada tahun 2016 untuk satu iklan tidak silap, dah lama dah.” Jelas Ummi. Selepas itu apa yang terjadi? Ujar Tan Hong Ming, “Kami berdua terus terputus hubungan, mungkin kedua-duanya sibuk dengan kehidupan masing-masing”.
Ummi yang kini bertugas sebagai seorang eksekutif dan Tan Hong Ming pula baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi dari Sunway University sempat mengimbas kenangan bekerja di bawah arahan pengarah tersohor, Yasmin Ahmad.
Apakah pendapat Tan Hong Ming tentang arwah Yasmin Ahmad? “Arwah Yasmin Ahmad berjaya menyerlahkan rasa muhibah dalam karyanya. Dan saya rasa itulah kualiti terbaik yang ada pada Yasmin Ahmad. “Dia seorang yang berbakat besar, malah Yasmin mampu keluarkan rasa dan jiwa dalam karyanya. Bagi Ummi, dia adalah seorang dalam sejuta”, ulas Ummi pula.
Untuk makluman, pengarah tersohor itu pengsan ketika mengadakan pertemuan bersama Siti Nurhaliza dan suami, pada 23 Julai 2009 di Sri Pentas. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Damansara dan menjalani pembedahan di kepala berikuta darah beku di otak kerana saluran darahnya yang pecah.
Beliau kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya. Setelah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan tersebut, Yasmin akhirnya kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2009 pada jam 11.25 malam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak dinafikan pasangan selebriti Alif Satar dan Shadila Hadid menjadi antara suami isteri inspirasi masyarakat. ‘Mengunci’ rapat hal rumah tangga daripada pengetahuan umum dan tidak keterlaluan menunjukkan kebahagiaan kepada khalayak memperlihat sisi matang suami isteri ini dalam mengemudi alam rumah tangga.
Sepanjang sembilan tahun berkahwin, tiada berita kurang enak mengenai perkahwinan mereka kedengaran.
Pastinya Alif dan Shadila mempunyai persefahaman yang baik dan saling menghormati pasangan sekaligus menjadi antara kunci kebahagiaan mereka berdua.
Baru-baru ini, nama penyanyi lelaki berkenaan kembali menjadi bualan ramai. Semuanya selepas niat murni Alif mengimarahkan masjid.
Galakan bapa berusia 33 tahun tersebut mengajak golongan lelaki solat Subuh berjemaah di masjid menjadi viral dan usaha berkenaan membuahkan hasil.
Bersandarkan hashtag ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, isteri Alif Satar menjadi wanita terbahagia melihat kebaikan dan kejayaan suami tercinta dalam mengajak orang ramai berbuat kebaikan.
“MasyaAllah what a beautiful morning with all pejuang Subuh #GengSubuhMacamJumaat. Alhamdulillah for this brotherhood and sisterhood. Saudara seIslam.
“The ummah of Prophet Muhammad SAW is like ONE BODY. When one part of the body feels pain, the WHOLE BODY feels pain.”
May Allah SWT give us strength till the hereafter and reward us victory, insyaAllah. Keep on praying! We stand with Palestine.”
Shadila dan Alif baru pulang bercuti ke Korea Selatan pada Disember lepas bersama anak-anak tersayang.
Pada 29 Disember lalu, peminat turut dikejutkan dengan berita kemalangan Alif selepas pulang dari Solat Jumaat.
Bagaimana pun dia tidak mengalami kecederaan serius. Ujar Shadila, “Thank you everyone for the doa and well wishes. Thank you for all the calls, texts, dms. No heart is ever ready for any accident news but syukur no serious injuries. Alif is better today, alhamdulillah. Syukur ya Allah.”
Pasangan ini dikatakan mula berkenalan ketika Shadila bertugas di Media Prima sekitar tahun 2010. Keserasian yang terjalin di antara mereka membawa pasangan ini ke jenjang pelamin pada tahun 2014.
Shadila dan Alif bernikah pada 15 September 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerapkan reka bentuk binaan bangunan berinspirasikan molekul air zam-zam, Hospital Al-Sultan Abdullah menjadi mercu tanda baharu Universiti Teknolgi MARA (UiTM) yang menawarkan perkhidmatan rawatan dan kesihatan kepada hampir 1.5 juta rakyat di Selangor dan Perak Selatan.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenaan berangkat menyempurnakan perasmian Hospital Al-Sultan Abdullah di Puncak Alam, pada 23 Julai 2022 yang lalu.
Turut berangkat DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda turut berkenaan melawat tapak pameran hospital, perpustakaan dan Clinical Simulation Centre (CSC).
Seri Paduka Baginda yang juga selaku Canselor UiTM bertitah agar hospital tersebut dapat mencipta kaedah perubatan yang boleh menaikkan nama Hospital Al-Sultan Abdullah selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Seri Paduka Baginda turut bertitah agar pengurusan hospital menghasilkan kaedah perubatan atau vaksin sendiri dan bukan sekadar perkhidmatan yang ada ketika ini.
Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Hospital Al-Sultan Abdullah menjadi antara yang terbaik di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Untuk rekod, Hospital Al-Sultan Abdullah sebelum ini dikenali sebagai Hospital UiTM Puncak Alam berkeluasan 18.4 hektar (46 ekar). Ia siap dibina pada tahun 2020 dan mula beroperasi pada 5 April 2021.
Sumber: Istana Negara & Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...