Pada zaman sekarang, mungkin kahwin di usia muda dianggap sesuatu yang pelik dan dianggap sesuatu yang tergesa-gesa. Ramai di antara rakyat Malaysia kini terlalu mementingkan kerjaya, perkahwinan dan membina keluarga bukanlah menjadi keutamaan mereka.

IKLAN

Jangan Takut Untuk Berkahwin Di Usia Muda, Ini 6 Kelebihan Yang Perlu Anda Tahu!

Walhal, berkahwin di usia muda adalah perkara biasa dan sudah dipraktikkan sejak dahulu lagi dan ini boleh dilihat pada perkahwinan ibu bapa kita dahulu kala. Banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya anda menamatkan zaman bujang anda di usia yang masih muda. Jom Nona kongsikan 6 kelebihan pasangan yang berkahwin di usia yang masih muda!

1. MEMATANGKAN HUBUNGAN

Mesti ramai yang bersetuju apabila sesesbuah perkahwinan perkahwinan itu boleh mematangkan seseorang. Ia memberikan anda tanggungjawab baru dan anda akan seboleh-bolehnya cuba untuk memenuhi komitmen baru anda. Menjadi lebih bertanggungjawab dan komitmen merupakan di antara faktor seseorang itu cepat matang.

2. TIDAK MEMBUANG MASA

Tanya diri anda, dalam setahun, berapa ramai koleksi bekas kekasih yang anda ada? Ataupun berapa lama anda sudah bersama dengan kekasih sehingga kini? Berapa kerap dalam seminggu anda keluar tanpa arah tuju bersama dengan rakan anda yang masih bujang? Bayangkan sekiranya anda sudah berkahwin, pasti kehidupan anda jauh lebih teratur dan mungkin anda sudah mempunyai anak yang menjadikan perjalanan hidup anda lebih bermakna.

3. FAKTOR KESUBURAN

IKLAN

Sekiranya anda berkahwin selepas umur 30an, tahap kesuburan anda, tidak kira lelaki atau wanita, akan merosot. Bagi wanita, risiko untuk melahirkan anak setelah usianya meningkat menjadi semakin tinggi. Menurut kajian, faktor umur seseorang ibu turut mempengaruhi tahap kebijaksanaan dan kesempurnaan seseorang anak.

4. BOLEH BERSARA LEBIH AWAL

Tidakkah anda terfikir sekiranya anda berkahwin pada awal umur 20-an dan sudah mula menimang cahaya mata, ketika anda berusia 40-an, anak anda sudah mula bekerja. Anda sudah boleh bersara awal. Hidup lebih bermakna pabila anda sempat menyaksikan anak anda berumah tangga dan menimang cucu atau mungkin cicit. Anda dan anak anda juga kelihatan seperti adik beradik! Bukankah itu sesuatu yang baik?

IKLAN

5. LEBIH STABIL

Ramai yang menunggu untuk menjadi lebih stabil dari segi kewangan sebelum mendirikan rumah tangga. Namun begitu, tidakkah anda fikir, perkahwinan itu sendiri yang membuatkan anda menjadi lebih stabil. Dengan kehadiran orang baru di dalam diri anda, pasti anda akan bekerja lebih keras untuk memastikan kehidupan anda sekeluarga menjadi jauh lebih baik daripada sebelumnya.

6. ELAK MAKSIAT

Zaman sekarang ini cukup terkenal dengan trend “couple” buat golongan anak muda. Pergaulan bebas membuatkan hubungan cinta boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan dilarang oleh agama. Perkara ini boleh dielak sekiranya anda berkahwin di usia muda. Selain itu, banyak perkara boleh dibuat bersama dan boleh mengenali pasangan dengan lebih mendalam lagi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI