Tidak dinafikan ada beberapa orang yang rasa tidak berkeyakinan atau rasa ‘tak kena’ apabila terpaksa memakai cermin mata akibat masalah rabun yang dialami. Ada wanita juga yang bagi alasan tak nak pakai cermin mata kerana menyusahkan mereka untuk bergaya lagi-lagi untuk mereka yang memakai tudung. Katanya, nanti nampak tudung kembang la, tak sesuai dengan bentuk muka, tak cantik, rimas dan macam-macam lagi. Itu lah lumrah seorang wanita, sanggup membahayakan penglihatan sendiri demi kelihatan cantik dengan alasan beauty is pain.
Cermin mata atau mata rabun sebenarnya bukan masalah untuk bergaya. Kalau rasa seperti tidak mahu pakai cermin mata, anda boleh gantikan dengan kanta lengkap. Macam-macam warna dan corak ada. Orang yang tak rabun pun boleh pakai kanta lengkap. Tidak kisah lah apa cara sekalipun, penjagaan mata sangat penting dan kita seharusnya berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatan mata kerana ia merupakan satu organ terpenting dalam tubuh kita dan dijadikan sebagai salah satu medium komunkasi.
Nona kongsikan tiga cara untuk memulih di samping meningkatkan penglihatan dengan cara semula jadi tanpa sebarang rawatan yang mahal-mahal. Apa yang paling penting sekali, orang yang tidak rabun pun boleh menggunakan cara-cara ini untuk mengekalkan kesihatan mata mereka. Bak kata pepatah inggeris, prevention is better than cure.
1. MAKANAN UNTUK PENGLIHATAN YANG BAIK
Tambahkan menu makanan yang baik untuk mata anda untuk meningkatkan tahap kesihatan. Antara beberapa nutrien yang mata perlukan untuk berfungsi dengan baik ialah Vitamin A, C dan E. Mineral seperti Zink juga sangat berkesan untuk mata. Antara sayuran popular yang selalu dikaitkan dengan mata ialah lobak merah. Lobak merah kaya dengan kandungan beta-kerotin, yang diubah menjadi vitamin A dalam hati. Vitamin A ditransformasikan dalam retina, untuk rhodopsin, pigmen ungu yang diperlukan untuk mempertajam penglihatan di malam hari.
Selain itu perbanyakkan makan sayuran berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, ubi dan labu kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari.
2. LAKUKAN SENAMAN MATA
Senaman mata ini sangat ringkas dan sesuai dilakukan di mana-mana sahaja tapi jangan lah waktu ketika memantu ya! Lakukan senaman mata ini sejurus bangun tidur, sebelum tidur atau pada bila-bila masa ketika mata anda letih. Lakukan senaman ini setiap hari dan pastikan jari anda bersih ketika melakukannya.
3. WAKTU REHAT MATA
Sama seperti tubuh badan yang letih dan perlukan rehat, mata juga memerlukan hal yang sama. Cuba bayangkan berapa lama kita gunakan organ mata setiap hari dari celik mata awal pagi, sehingga lewat malam? Tidur yang tidak cukup akan melemahkan tahap kesihatan mata anda. Tidur akan membuatkan mata rehat sepenuhnya dan membaiki secara semula jadi kondisinya.
Lebih-lebih lagi buat individu yang kerjanya perlu menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata anda ke tempat lain. Rehatkan penglihatan anda. Jika mata anda terlalu penat, tidak selesa dan berasa pedih, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata.
Jangan tunggu sehingga dah tua baru nak jaga kesihatan mata anda. Mata juga memerlukan set penjagaan yang sempurna bagi mengekalkan fungsinya secara menyeluruh.
This website uses cookies.