Janggut Rebonding Jadi Trademark Dato’ Sri Mahadi, Ini Ilmu BRANDING Yang Ramai Tak Tahu!

Seharian di kediaman Dato’ Sri Haji Mahadi Badrul Zaman dan Datin Sri Hajah Nurheliza Helmi di Sunway South Quay, memang seronok dan mengujakan. Tak terasa masa berlalu, leka benar berbual dan bercerita soal bisnes daripada pasangan usahawan yang mesra dipanggil Abang Dee dan Kak Ja ini.

Sebagai Presiden AUF MBZ Consortium dan perunding kewangan Islamik, Dato’ Sri Mahadi sebenarnya seorang yang sangat pintar dan pemurah. Pengalaman dalam bidang ini sejak usianya 21 tahun banyak membentuk personaliti beliau, umpamanya seorang yang suka berfesyen dan bergaya sedondon dengan isteri tersayang!

Selalu tampil dengan baju dan warna yang sama dengan Heliza, ini jawapan beliau.

“Asalnya dari isteri. Personaliti Heliza dari dulu suka persefahaman dengan pasangan. Kalau dulu dia dan adiknya (Hazwani) suka pakai ‘matching-matching’, jadi lepas kahwin ni dia naklah sedondon dengan suami pula.

 

 

So far kami selesa dan tak ada sesiapa pun yang tukar imej. Masih diri kami yang dulu, cuma bila keluar bersama, kami suka berbaju serupa. Sampaikan bila ‘terpakai’ lain, orang mesti tanya… “Eh, kenapa lain?” Sampai tahap macam tu! (ketawa)” Dato’ Sri Mahadi

Agaknya selain janggut rebonding yang menjadi trademark

rasmi Dato’ Sri Mahadi, dari mana datangnya keberanian beliau untuk berfesyen lain dari yang lain?

“Konsepnya begini. Dulu saya pernah jumpa seorang Tan Sri di Cyberjaya. Di atas meja rumahnya, ada lebih kurang seratus ekor patung katak hijau. Di tengah-tengah meja, ada satu katak kuning. Saya tanya dia, ‘Tan Sri, kenapa ada satu katak kuning tu?’

Maka beliau pun menjawab, ‘Itulah marketing and branding. That’s successful people, if you want to be different, you have to that yellow frog…’

 

Dari situ saya belajar, saya kena menjadi si katak kuning tadi. Kerana kalau saya jadi seperti katak hijau yang lain, saya akan terkapai-kapai di antara ratusan yang lain.

Jadi saya pun mula jadi ‘yang lain’. Dari segi pakaian, cara percakapan, cara training, pejabat dan rumah… lain tapi tetap sempoi.” Dato’ Sri Mahadi

 

Bukan orang sahaja, kalau tinjau kediaman Abang Dee dan Kak Ja ni pun memang lain dari yang lain. Jom dekati gaya hidup mereka dalam Inspirasi Nona…

 

Baca lagi: Kekok Kena Soal Siasat, Dato’ Sri Mahadi Imbau Kenangan Pertama Jumpa Mertua – ‘Heliza Check Semua!’

Share
Published by
Norzalina