Pelakon berbakat besar, serta pelantun lagu hit Gatal, Janna Nick atau nama sebenarnya Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner dipilih antara 12 anak seni yang menerima anugerah Ikon Ekspresi Seni anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), yang berlangsung semalam. Menerusi laporan Utusan, Janna berkata dia tidak menyangka terpilih sebagai ikon dalam kategori pelakon dan mengganggap penghargaan itu sebagai satu suntikan semangat dalam mempersembah dan memperjuangkan bakat seni serta menghasilkan naskhah berkualiti tinggi.
View this post on Instagram
Janna menyatakan penghargaannya meneusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini. “Thank you juga@finasmalaysia kerana telah memilih saya sebagai IKON EKSPRESI SENI 2022”
“Saya akan terus berkarya dan menghasilkan produk seni berkualiti tinggi. Saya percaya, ini adalah suntikan semangat untuk saya dan anak seni lain terus memartabatkan industri perfileman tanah air,” ujarnya.
Janna ditemui selepas majlis penyerahan yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis perasmian penutup program Ekspresi@Finas di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Finas, Senator Datuk Seri Zurainah Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Dr. Md. Nasir Ibrahim.
Selain Janna, antara nama lain yang terpilih ialah sutradara Adrian Teh, Erra Fazira, Datuk Adi Putra, Datuk A. Aida dan Syamsul Yusof yang turut diangkat sebagai Ikon Ekspresi Seni untuk menghargai sumbangan mereka dalam dunia perfileman dan kreatif.
Sumber: UTUSAN