Pelakon dan penyanyi Janna Nick sah bergelar isteri kepada aktor, Dini Schatzmann dengan hanya sekali lafaz tepat jam 8.35 pagi di Pulau Langkawi.
Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini bin Azan Schatzmann, 29, sah bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah binti Muner, 28.
Mereka dinikahkan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya, berwalikan bapa kepada aktres itu dan bersaksikan sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri serta Amar Fikri di Masjid Aisyah.
Dalam majlis tersebut yang diadakan di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 sertas seutas rantai emas.
Dalam pada itu, ahli keluarga kedua belah pihak dilihat sedondon mengenakan busana berona putih.
Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan dua sejoli tersebut. Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Ads
Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Malam tadi berlangsung majlis doa selamat dan bacaan yassin yang turut dihadiri penceramah, Ustaz Wadi Annuar dan rakan-rakan artis serta ahli keluarga kedua-dua belah mempelai Mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Dini juga teruja untuk memulakan fasa perjalanan kehidupan baharu sebagai seorang suami dan mengharapkan agar setiap langkah merekam Melayari bahtera perkahwinan diberkati.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.
“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.
“This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” ujar Dini. “Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah.
Ads
Sementara itu, Dini berkata, mereka memilih lokasi berbulan madu di Koh Lipe. Thailand. “Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, Alhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.
Janna dalam pada masa sama turut berkongsi perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu, katanya.
“Kami tidak sempat untuk merancang berbulan madu di destinasi lebih jauh kerana penggambaran drama sudah bermula.
Ads
“Tetapi kesempatan bercuti ini kami tetap bercuti bersama di Koh Lipe. Ini adalah destinasi bulan madu pertama kami,” katanya.
Bercakap tentang kerjaya seni dan soal perancangan zuriat. Janna berkata, mereka bakal meneruskan kerja-kerja seni dan bersedia sekiranya dikurnia rezeki cahaya mata.
“Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga,” kongsinya.
Tahniah sekali lagi NONA ucapkan, dan selamat melayari alam berumahtangga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari mata kasar, dillihat kehidupan berpoligami ni sangat mudah dan menyeronokkan. Iya lah, lelaki mana yang tidak suka apabila dapat beristeri dua atau lebih. Cantik-cantik pula tu. Namun, hidupberpoligami bukan suatu perkara mudah kerana seseorang suami itu bukan sekadar perlu berlaku adil terhadap pasangan namun harus bijaksana dan disiplin dalam mengemudi rumah tangga.
Bertuah nasib badan pelakon lelaki kacak Ashraf Muslim apabila dia dilihat berjaya mengharungi kehidupan perkahwinan berpoligami dengan baik bersama kedua-dua isterinya.
Apa yang menariknya, bilangan ahli keluarga Ashraf Muslim akan bertambah lagi apabila isteri keduanya, Wan Sakinah kini sedang hamil anak ketiga. Ashraf berkongsi sendiri berita gembira itu kepada peminatnya di laman instagram miliknya. Ashraf turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis.
Walaupun sudah masuk minggu kedua Syawal, Ashraf Muslim dan kedua-dua isterinya masih lagi dalam mood beraya kerana mereka sekeluarga masih berkesempatan pulang ke kampung halaman yang terletak di Serkam Pantai, Melaka. Untuk Syawal kali ini, Ashraf dan dua bidadari syurganya memilih busana raya sedondon berwarna coklat.
Ashraf berkahwin dengan isteri pertama, Dr Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Makkah dan kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Selatan Thailand. Hasil dua perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Sarah Ashraf (4 tahun), Adam Ashraf (3 tahun), dan Anas Ashraf (2 tahun).
Gembira melihat pasangan ini boleh hidup dengan bahagia lebih-lebih lagi melihat hubungan antara Dayana dan Sakinah yang sangat akrab seperti adik-beradik yang tidak dapat dipisahkan walaupun terpaksa berkongsi suami dan hidup bermadu. Tidak semua wanita yang sanggup dimadukan. Diharapkan semoga hubungan baik antara mereka sekeluarga terus berkekalan dan terus dilindungi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untung Sasha Saidin dikurniakan anak prihatin macam Adam Arya. Walaupun baru nak menginjak usia 9 tahun beberapa hari saja lagi, tapi kelakuan kanak-kanak comel ini sangat mengharukan. Dah macam orang dewasa! Mungkin sebab terlalu risau dengan kesihatan ibu tersayang kebelakangan ini. Sampai dia sanggup jadi ‘doktor peribadi’ Sasha terutamanya dalam bab berkaitan pemakanan.
Menerusi posting yang dikongsikan Sasha, Adam menyenaraikan menu diet sihat khusus buat dirinya. Lengkap dengan minuman dan hidangan pencuci mulut atau snek lagi. Macam admitted di hospital pula, kan? Jelas Sasha, semua ini disebabkan insiden yang dialaminya tidak lama dulu.
“Beberapa hari lepas saya pengsan. Tapi nasib baik waktu tu ada di rumah. Perkara terakhir yang saya ingat masa tu bila saya beritahu my mum tentang kek hari jadi Adam Arya. Sedar-sedar je saya dah ada atas lantai. Dengan kepala yang masih sakit.. saya tanya my mum apa yang berlaku.
Kali terakhir saya pengsan kira-kira empat tahun lepas dan beberapa kali ketika masih bersama ELITE. Sebenarnya saya menghidap anemia yang juga penyakit keturunan keluarga sebelah my mum. Sebab itu saya mudah mengalami pening kepala dan kebiasaannya saya akan bawa makanan yang manis untuk kawal daripada pengsan. Tapi kejadian yang berlaku kali ini disebabkan sikap sambil lewa saya walaupun dah nampak simptom ‘amaran’ terutamanya bila banyak sangat benda nak fikir.
Alhamdulillah, saya dah beransur baik cuma terpaksa membatalkan beberapa undangan pertunjukan fesyen di luar negara atas nasihat doktor. Apa-apa pun jangan risau sebab Adam Arya sentiasa ada di sisi dan rajin menyediakan menu diet harian saya seperti yang dikongsikan ini.”
Buat Sasha, jaga diri baik-baik dan amalkan pemakanan sihat lebih-lebih lagi yang mampu menaikkan hemoglobin dengan mengambil makanan yang mengandungi zat besi seperti bayam, kerang, hati ayam, daging merah dan kekacang. Elakkan juga daripada terlalu kuat bekerja dan memikirkan hal-hal yang dirasakan tidak perlu.
Sumber: Instagram Sasha Saidin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allah, besar dugaan tuan rumah ini. Kalau yang mati cuma seekor dua mungkin boleh dimaafkan. Ini lebih daripada 20 ekor. Yang mati pun bukan ikan-ikan biasa.. cantik dan mahal pula tu harganya.
Macam-macam hal berlaku musim perayaan ini. Paling menakutkan, bila ada ibu bapa yang bersikap sambil lewa terhadap kelakuan anak-anak ketika pergi beraya sampai habis rosak harta-benda tuan rumah.
Terbaru, satu lagi kes seumpamanya terjadi. Kali ini melibatkan ikan ternakan yang mengorbankan puluhan ekor. Seperti yang dilaporkan Pen Merah Dot Com yang dipetik dari Aman Mokhtar, “Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dalam air & tv plasma tuan ruman jatuh dan pecah. Dua-dua pasal kes datang beraya bawa anak-anak yg hyperactive tapi tak pantau.
And now one of my friend on IG. Ikan-ikan dalam kolam dia banyak mati sebab kes yang sama, bawa anak datang beraya tak pantau jaga. Ni kes tabur sebalang makanan kat ikan mcm tu je pastu ikan tak makan dan effect kat air kolam. Esoknya 20 ekor semua terapung mati.
Pleaselah ya yang ada anak-anak kecik tu terutamanya. Jaga elok-elok dan pantau. Jangan sedap nak penuhkan perut sendiri sampai anak sendiri tak terpandang perangai kat tempat orang.
Ikan-ikan kolam ni bukan murah nak beli. Last gambar tu ikan tu dah ready nak bertelur tapi dah sampai ajal. Kesian tuan rumah.
Lain kali kalau tau anak tu dah perangai buas sangat dan sendiri tak reti nak control, better tinggal jelah anak kat rumah. Jangan nanti menyusahkan orang lain. Ni datang beraya rumah tau, bukan kat padang bola.”
Bagi ibu bapa yang hendak keluar beraya kelak, pastikan anda awasi setiap gerak-geri anak. Jangan bila dah terjadi baru hendak menyesal.
Sumber : Pen Merah Dot Com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.