Pelakon dan penyanyi Janna Nick sah bergelar isteri kepada aktor, Dini Schatzmann dengan hanya sekali lafaz tepat jam 8.35 pagi di Pulau Langkawi.
Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini bin Azan Schatzmann, 29, sah bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah binti Muner, 28.
Mereka dinikahkan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya, berwalikan bapa kepada aktres itu dan bersaksikan sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri serta Amar Fikri di Masjid Aisyah.
Dalam majlis tersebut yang diadakan di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019 sertas seutas rantai emas.
Dalam pada itu, ahli keluarga kedua belah pihak dilihat sedondon mengenakan busana berona putih.
Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan dua sejoli tersebut. Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Malam tadi berlangsung majlis doa selamat dan bacaan yassin yang turut dihadiri penceramah, Ustaz Wadi Annuar dan rakan-rakan artis serta ahli keluarga kedua-dua belah mempelai Mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Dini juga teruja untuk memulakan fasa perjalanan kehidupan baharu sebagai seorang suami dan mengharapkan agar setiap langkah merekam Melayari bahtera perkahwinan diberkati.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.
“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.
“This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” ujar Dini. “Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah.
Sementara itu, Dini berkata, mereka memilih lokasi berbulan madu di Koh Lipe. Thailand. “Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, Alhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.
Janna dalam pada masa sama turut berkongsi perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu, katanya.
“Kami tidak sempat untuk merancang berbulan madu di destinasi lebih jauh kerana penggambaran drama sudah bermula.
“Tetapi kesempatan bercuti ini kami tetap bercuti bersama di Koh Lipe. Ini adalah destinasi bulan madu pertama kami,” katanya.
Bercakap tentang kerjaya seni dan soal perancangan zuriat. Janna berkata, mereka bakal meneruskan kerja-kerja seni dan bersedia sekiranya dikurnia rezeki cahaya mata.
“Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga,” kongsinya.
Tahniah sekali lagi NONA ucapkan, dan selamat melayari alam berumahtangga.
This website uses cookies.