“Pengalaman ini saya alami sekitar dua tahun lalu. Suatu hari sekitar pukul 1.30 pagi, saya tiba-tiba terbangun dari tidur. Ketika mahu duduk, saya merasakan jantung tiba-tiba berdebar dengan kuat.
Saya panik, nafas pun termengah-mengah. Saya menarik nafas sekuat tenaga agar terus terjaga. Dalam keadaan panik terdetik di hati adakah ajal saya sudah sampai?
Sebaik keadaan pulih, saya terus meluru ke bilik tidur ibu bapa dan mengejutkan mereka. Saya menceritakan detik cemas tadi. Semasa serangan saya tidak mengalami rasa sakit, hanya jantung saja berdegup kencang disertai nafas yang termengah-mengah.”
Kesimpulan daripada kisah tadi ialah peka terhadap kesihatan jantung. Ini kerana jantung adalah motor penggerak utama tubuh. Maka, perhatian yang lebih perlu diberikan agar tubuh dapat berfungsi secara normal seterusnya jantung sentiasa sihat.
Amalan berikut dapat membantu mencegah berlakunya jantung berdebar tanpa sebab. Apa yang penting jaga tabiat pemakanan anda disamping elakkan tekanan berlebihan.
(1) Amalkan pola pemakanan yang sihat serta seimbang. Pilih seleksi hidangan yang sihat dan tidak mengandungi lemak serta kolesterol jahat contohnya daging dan masakan bergoreng. Sebaiknya, pilihlah makanan yang kaya dengan serat seperti oat, sayur-sayuran dan buah-buahan.
(2) Berusaha untuk mengawal berat badan. Pastikan ia berada pada tahap normal atau ideal. Obesiti berisiko untuk menekan jantung seterusnya membuatkannya bekerja lebih keras.
(3) Sebaik-baiknya hindari tekanan yang melampau kerana ia akan mempengaruhi kesihatan jantung seterusnya fungsi menjadi tidak normal.
(4) Amalkan makanan laut yang kaya dengan kandungan Omega 3 dan 6. Ini kerana makanan laut terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan jantung. Namun begitu, amalkan pengambilannya secara bijak dan tidak berlebihan.
(5) Bersenamlah dan pilih aktiviti olahraga yang ringan. Dengan berolahraga, ia dapat melatih jantung agar kuat seterusnya menjadikan pembuluh-pembuluh darah dalam tubuh menjadi lancar.
(6) Elakkan merokok, minuman beralkohol, penggunaan dadah serta ubat-ubatan yang berbahaya. Ia bukan keperluan untuk dalaman tubuh kerana pengambilannya adalah di atas nasihat serta pengawasan doktor serta untuk penggunaan bahagian luar tubuh.
(7) Melakukan pemeriksaan secara berkala. Ini kerana organ-organ dalam tubuh kita ibarat sebuah mesin. Maka, perlu dilakukan pemeriksaan secara berkala untuk memastikan fungsi-fungsinya berjalan pada tahap optimum.
(8) Menyayangi jantung dengan bijaksana dalam memilih apa yang harus dan perlu dielakkan dalam pemakanan akan membantu jantung tetap berfungsi dengan baik. Kesihatan jantung sangat penting. Jangan sampai anda menyesal di kemudian hari jika fungsinya mulai merosot. Maka, mulai saat ini sayangilah jantung anda sebelum terlambat. Amy Mohd
This website uses cookies.