Bagi peminat siri web Pretty Little Liars (Indonesia), pastinya anda mengenali pelakon cantik dari seberang, Anya Geraldine yang juga merupakan seorang model, selebriti dan usahawan. Kerjayanya bermula selepas membintangi filem pertamanya, Tusuk Jelangkung di Lubang Buaya ada 2018, kemudian namanya terus melonjak selepas filem keduanya, Yowis Ben 2.
Selain bakat dianugerahkan, Anya juga terkenal dek kejelitaannya yang cukup terserlah. Gadis berumur 27 tahun ini sememangnya bertuah dikurniakan wajah mulus dan cantik, menjadikan Anya bintang baru yang kian mekar dalam industry seni Indonesia. Bagaimana agaknya rutin kecantikan yang diamalkan Anya ya? Menurut TribunBatam.id, ini dia antara rutin kecantikannya, namun yang keempat itu pasti mengejutkan!
Handal menyolek merupakan salah satu bakat yang ada Anya Geraldine. Anya sememangnya seorang selebriti yang bijak dalam menentukan bila ingin menggunakan solek tebal, semulajadi atau ‘nude’. Kemahirannya menggunakan alat solek sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi. . Malah, Anya juga sering mengemaskini skil makeupnya dengan trend-trend terbaru seperti penggunaan gincu ombre, teknik shading dagu, blending eyeshadow, dan sebagainya.
Selain arif dalam solekan, Anya juga seorang yang hebat ketika beraksi di hadapan kamera. Anya sememangnya diketahui seorang suka mengambil swafoto, jadi padanlah Anya tahu mengambil gambar dengan angle yang tertentu bagi memastikan dirinya sentiasa tampil anggun setiap kali gambarnya dimuatnaik ke dalam akaun Instagramnya. Dah namapun model kan, mesti Anya hebat teknik-teknik pose ini.
Anya juga seorang yang gemar bersukan. Sukan kegemaran Anya termasuk menunggang kuda, berbasikal, malah dia sanggup pergi ke pusat kecergasan setiap hari bagi mendapatkan bentukbadan yang diingini. Anya juga pernah menyebut dalam salah satu live Instagramnya, bahawa memiliki pipi tembam membuatkan dirinya dia tidak yakin ketika berada di hadapan kamera.
Mengejutkan tapi itulah kebenarannya! Anya mengakui yang dia merupakan salah seorang wanita yang jarang sekali untuk mandi. Menurut Anya, jika aktiviti harian yang dilaluinya tidak melibatkan pengeluaran peluh yang banyak, Anya tidak akan mandi dan hanya membiarkan tubuh segar tanpa sebarang air yang mengenai tubuhnya. Tapi Anya mendedahkan sekiranya dia perlu mandi, dia akan mengambil masa yang lama di dalam bilik air, boleh sampai sejam sehingga 2 jam.
Sumber: Batam Tribunenews
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.