Prihatin terhadap kesihatan ibu bersalin, majalah NONA berkongsi enam sajian yang ditawarkan untuk memenuhi cita rasa buat ibu yang masih dalam pantang atau bakal pantang nanti! Selamat mencuba.
KERUTUK DAGING
Bahan-bahan:
Cara membuat:
Separuh daripada bawang dan halia dikisar dan dicampur dengan rempah kerutuk. Separuh lagi dihiris. Kemudian, tumis bawang dan halia yang dihiris serta rempah penumis sehingga wangi. Masukkan pula rempah kerutuk. Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak. Seterusnya. masukkan daging bersama sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta daging empuk. Tuang santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Bubuh garam, gula, gula Melaka dan asam keping. Jika mahu, masukkan jua pes tomato. Siap untuk dihidang.
KERABU NASI ULAM DAGING
Bahan-bahan utama:
Bahan-bahan ulam:
Cara membuat:
Hiris halus semua bahan terutama ulam-ulaman. Asingkan seketika. Nasi yang siap dimasak, disejukkan terlebih dahulu sebelum digaul bersama garam. Seterusnya, sangai ikan bilis dan bawang serta tumbuk lada hitam hingga hancur. Gaulkan dengan bawang, serai, lengkuas, halia, cili kering yang telah diracik halus bersama kerisik. Akhir sekali, campur dan gaulkan pula dengan ulam-ulaman. Boleh juga dihidang bersama sup kosong.
SUP BURUNG PUYUH BEREMPAH
Bahan-bahan:
Cara membuat:
Basuh bersih burung puyuh dan potong dalam bahagian kecil jika mahu. Didihkan air dan masukkan semua bahan ke dalam masakan. Biarkan selama beberapa minit sehingga semua bahan masak. Kemudian, masukkan rempah sup dan bunjut. Kacau sebati dan akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan diikuti garam bukit secukup rasa. Sedia untuk dinikmati.
IKAN SALMON PANGGANG LADA HITAM
Bahan-bahan ikan salmon:
Bahan-bahan sos lada hitam:
Cara membuat:
Perap ikan salmon bersama minyak zaitun, bawang merah, bawang putih, serbuk lada hitam, serbuk daun rosemary dan garam secukup rasa. Biarkan ia perap selama 4 ke 5 jam sebelum dipanggang. Apabila sudah masak, ketepikan. Untuk membuat sos, cencang bawang merah dan tumiskan ke dalam kuali berisi minyak panas. Campurkan tepung bersama air yang digaul bersama ke dalam satu mangkuk. Apabila bawang telah garing, tuangkan bancuhan tepung tadi ke dalam kuali. Masukkan kuib ayam dan kacau hingga sekata. Seterusnya, masukkan pula lada hitam dan kicap. Biarkan sehingga mendidih. Jika kurang pekat, campurkan tepung dan air lagi. Hidang ikan salmon bersama sos yang telah siap dimasak.
TORTILLA KEJU DAGING
Bahan-bahan:
Cara membuat:
Panaskan kepingan tortilla terlebih dahulu. Kemudian, gaul semua bahan yang telah dihiris bersama keping daging yang telah dibubuh dengan garam secukupnya. Ambil tortilla dan letakkan salad serta kepingan keju di atasnya. Jika mahu, letakkan sos lada hitam di dalamnya. Sesudah itu, bubuh bahan yang telah digaul tadi dan digulung kemas. Sedia untuk dinikmati.
SUP HERBA HARUAN LIAR
Bahan-bahan:
Cara membuat:
Bersihkan ikan dengan menggunakan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan bersih dan potong kepada dua bahagian. Toskan. Seterusnya, panaskan minyak jagung di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Tuangkan air ke dalam masakan tadi. Apabila sudah mendidih, masukkan pula lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak sekali lagi hingga mendidih. Campurkan serbuk rempah sup dan gaul. Tabur daun bawang, daun sup dan garam bukit. Kacau rata sebelum dihidangkan. KR
This website uses cookies.