Sebak, sedih dan ada yang turut menitiskan air mata mendengar luahan hati Datuk Yusof Haslam mengenai kemelut rumah tangga di antara anaknya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.
Jika selama ini ramai yang melihat pengarah terkenal berkenaan seorang yang tegas, tapi kali ini sisi berbeza Datuk Yusof Haslam nyata meruntun perasaan ramai pihak.
Bagai tidak mampu membendung perasaan sedih dan kecewa yang bersarang di lubuk hati, akhirnya air mata seorang bapa ini tumpah jua!
Menahan sebak sambil mengesat air mata, jelas terpancar betapa luluh hati bapa ini saat pernikahan anak tersayang yang juga pengarah filem Mat Kilau berkenaan di Thailand tanpa pengetahuannya dan isteri, Datin Patimah Ismail baru-baru ini.
Mengulas lanjut situasi tersebut menerusi Melodi, Datuk Yusof dalam temu bual itu berkali-kali mengingatkan Syamsul tentang tanggungjawab seorang bapa dan suami.
“Bohong saya kata saya tak kecewa tapi perasaan dan luahan hati saya tak sama seperti Datin. Sang ibu rasa sedih, marah sedikit tapi saya minta doa yang baik-baik. Kalau timbul permasalahan selepas ini saya harap Syamsul memberi penjelasan dan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
Jika ditakdirkan, saya harap tak berlaku, jika mereka tiada jodoh saya harap Syamsul harus jalankan tanggungjawab terhadap isteri anak-anak dia.
Tanggungjawab seorang suami bukan bagi duit samata-mata, banyak aspek lain. Saya harap Syamsul move on, Sarah menantu saya move on dan saya juga isteri juga perlu move on. Tak boleh menoleh ke belakang lagi.”
Ujarnya, “Sesuatu yang dah berlaku tak boleh patah balik, harus terima qada dan qadar. Saya seorang ayah, sentiasa doakan yang terbaik. Itu saja. Saya tak mahu cakap soal kecewa. Saya harap Syamsul lebih bertanggungjawab. Hidup ini perjuangan.
Suami harus menjaga perasaan isteri dan isteri juga harus jaga perasaan suami. Saya dah kawin dengan Datin hampir 40 tahun dan selama 40 tahun yang mengekalkan hubungan itu ialah saya bersifat pemujuk.
View this post on Instagram
Kalau isteri merajuk, kita pujuk. Jangan biarkan isteri diasingkan daripada kita, jangan biarkan isteri pendam rasa. Sang isteri dan suami tak sempurna. Kalau ada kesalahan selesaikan, terutama suami kerana suami imam keluarga.
Jangan menyimpan rahsia, inshaAllah rumah tangga kekal. Tak boleh ada sikap pentingkan diri dan tak boleh anggap isteri dengar cakap kita 100 peratus. Isteri bukan robot, isteri juga manusia. Manusia yang suci di sisi kita, yang lahirkan anak-anak kita.”
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata comel.
Berita keretakan rumah tangga pasangan selebriti ini dikatakan mula bergolak kira-kira empat tahun lepas. Namun berita pernikahan yang disampaikan Syamsul bahawa dia sah bergelar suami Ira Kazar pada 6 Januari lalu menggemparkan industri seni.