Berdasarkan kajian Cancer Research Malaysia (CRM) hampir 5, 000 wanita berusia di antara 30 dan 60 tahun didiagnosis kanser payudara setiap tahun dengan 18 peratus daripadanya dikesan berada pada tahap ketiga atau empat. Merujuk kepada situasi tersebut, Perunding Klinikal Onkologi Institut Kanser Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Mastura Md Yusof mendedahkan keadaan ini berlaku kerana masih terdapat golongan wanita yang kurang maklumat mengenai kanser selain gemar melengah-lengahkan rawatan.

Ads

Berpeluang bertentang mata dengan Pengasas FashionValet, Vivy Yusof baru-baru ini, dia yang juga ibu kepada dua orang anak turut meluahkan rasa khuatir tentang bahaya kanser berkenaan.

Sebagai wanita yang sudah bergelar ibu, adakah Vivy membuat pemeriksaan payudara?

“Mula-mula saya takut. Saya dengar macam-macam cerita, sakitlah hendak check. Tapi saya buat juga sebab ia sangat penting dan lebih baik kita tahu lebih awal kalau ada masalah atau sebaliknya supaya sempat dirawat.

Ada sejarah keluarga yang menghidap kanser?

“Saya bersyukur kerana tak ada sejarah keluarga yang menghidap kanser. Tapi ada genetik diabetes. Tidak kira ada sejarah atau tidak, saya atau anda semua pun mesti jaga kesihatan diri.”

Nasihat Vivy kepada seluruh wanita sempena sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara

“Saya rasa ramai wanita yang tahu mengenai kanser payudara, Pink Oktober dan sebagainya. Tapi setakat itu saja. Kita patut belajar lagi tentang kanser ini dan bukan hanya membuat pemeriksaan diri kita saja tetapi juga keluarga tersayang. Sebab daripada kita tahu lambat dan tak boleh buat apa-apa, adalah baik kita dapat tahu sekarang.

Mahu atau tidak, kena atasi rasa takut dan teruskan menjalani pemeriksaan yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi dengan usia yang bakal memasuki 30 tahun membuatkan saya lebih sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan. Saya mahu ada kehidupan yang lebih baik dari segi pemakanan dan amalan gaya hidup sihat.”

Ads

Jawapan Vivy Yusof Tentang BARAH PAYUDARA Ini Pasti Buat Anda Tersentak! Ambil Tahu Sekarang

Tanda-tanda kanser payudara

  • Kulit menjadi berkedut seperti kulit limau
  • Lelehan keluar dari puting berwarna kekuningan atau berdarah selain susu
  • Ketulan di bahagian ketiak
  • Bengkak pada bahagian payudara
  • Puting atau kulit payudara berubah warna kemerahan atau berkeruping

Bagaimana kanser payudara dikesan?

Ads
  • Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) – wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajar daripada jururawat dan jika ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.
  • Mamogram – ujian x-ray payudara. Semasa ujian mamogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
  • Pengambilan tisu daripada payudara – Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan diuji di makmal.

Pusat Mamogram & Ultrasound Yang Disediakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Selangor

  • Columbia Asia Bukit Rimau
  • Pantai Klang Specialist Medical Centre
  • Selangor Specialist Hospital
  • Beacon International Specialist Centre Sdn Bhd

Kuala Lumpur

  • Cancer and Health Screening Clinic National Cancer Society Malaysia (NCSM)
  • Pantai Cheras Medical Centre
  • Tung Shin Hospital

Sumber: Laman Rasmi LPPKN

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI