Sekitar hujung bulan Mac lalu Che Puan Juliana Evans telah membuat kejutan dengan mengumumkan berita kehamilannya yang sudah menjangkau usia 6 bulan. Che Puan Juliana mengumumkan berita gembira yang dinantikan oleh seluruh peminatnya menerusi laman media sosial miliknya.
Che Puan Juliana Evans atau Juliana Sophie Johari Evans telah berkahwin pada 30 April 2017 bersama kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.
Menyentuh tentang isu merahsiakan kandungan pertamanya itu, Che Puan Juliana Evans telah dinasihati untuk tidak memberitahu perkara itu kepada orang ramai pada awal kehamilan.
Menurut Che Puan Juliana Evans, banyak perkara yang boleh berlaku pada awal kehamilan, jadi dia memilih untuk berdiam sebelum kandungannya terkini telah mencecah enam bulan.
“Saya merahsiakan kehamilan saya sebelum ini kerana dinasihati untuk tidak memberitahu orang ramai terutamanya pada tiga bulan pertama.
Seperti yang kita tahu, banyak perkara yang boleh terjadi pada awal kehamilan, jadi sebab itulah saya mendedahkannya sekarang dimana kandungan saya telahpun mencecah enam bulan.
Saya pun sudah yakin dan bersedia untuk berkongsi berita baik ini kepada semua peminat,” kata Che Puan Juliana Evans.
Nampaknya sudah tidak lama lagi pasangan sama cantik sama padan ini bakal menimang cahaya mata. Terbaharu Che Puan Juliana Evans telah berkongsi gambar-gambar yang diambil sekitar majlis Baby Shower mereka.
Memang nampak jelas sinar bahagia yang terpancar di wajahnya sambil menunggu kehadiran orang baru dalam hidup pasangan ini. Che Puan Juliana kelihatan begitu anggun menggayakan pakaian dari pereka terkenal Alia Bastamam. Diraikan bersama insan terdekat pasangan ini, majlis kelihatan meriah dan susunan dekor yang begitu indah.
Sumber: Astro Awani
Foto: Instagram @julianaevans
This website uses cookies.