Pasti kebanyakan pembaca-pembaca majalah NONA adalah mereka yang membesar menonton drama lipur lara atau telenovela yang mencipta fenomenanya sendiri sekitar awal tahun 20-an. Telenovela dari Sepanyol dan Mexico seperti Maria Mercedes, La Usurpadora, Mis Tres Hermanes, Rosalinda dan Rubi yang ditayangkan di TV3, RTM dan NTV7 suatu ketika antara telenovela popular yang cukup digemari.
Dilakonkan oleh barisan pelakon jelita lagi menawan seperti Gabriella Spanic, Scarlet Ortiz, Barbara Mori dan Thalia sudah pastinya wajah mereka kekal dirindui sehingga kini. Tidak lupa juga seorang lagi pelakon jelita terkenal yang pernah membintangi telenovela terkenal seperti Paloma, Cuando Seas Mia dan Catalina Y Sebastian, iaitu si cantik Silvia Navarro.
Ads
Lahir pada 14 September September 14, 1978 di Irapuato, Guanajuato; Silvia Navarro ialah pelakon Mexico yang memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 1997 menerusi telenovela terkenal Perla. Sebelum itu, Silvia merupakan seorang model dan pernah membintangi beberapa buah iklan sejak dari usianya masih bayi.
Selepas Perla, Slivia mencipta kemasyuran membintangi telenovela terkenal di bawah rangkaian TV Mexico TV Azteca, dan kemudian untuk Televisa dan Telemundo seperti Quando Seas Mia, Catalina Y Sebastian dan lain-lain, sehingga pernah menggondol beberapa buah anugerah.
Selepas dari dua telenovela hit tersebut, populariti Silvia terus mencanak dan dia kemudiannya membintangi pelbagai projek, dan wajahnya juga terus menjadi perhatian jenama-jenama kosmetik terkenal. Kali terakhir Silvia berlakon adalah menerusi drama La Suerte De Loli pada tahun 2021.
Memiliki seramai 3.6 juta pengikut di Instagram, sudah pasti wajah Silvia menjadi dambaan ramai peminat yang membesar menonton telenovela dibintanginya. Dek parasnya, malah dilihat masih kekal awet muda di usia 44 tahun, Silvia kelihatan masih lagi jelita walaupun sudah memiliki seorang anak yang diberi nama León Casanova hasil perkahwinan bersama pelakon Gerardo Casanova, namun perhubungan selama 8 tahun mereka tidak kekal lama.
Jika dilihat di akaun Instagramnya, Silvia banyak menghabiskan masa bercuti dan menikmati kehidupan bersama anak dan teman rapatnya, malah Silvia juga masih lagi menjadi pilihan jurugambar untuk sesi pengambaran majalah serta jenama terkemuka seperti Garnier dan lain-lain.
Dan khabarnya juga Silvia dikatakan kini sedang dilamun cinta dengan buah hatinya, Flavio Medinal yang juga aktor terkenal di sana namun tidak dipastikan sejauh mana keseriusan perhubungan mereka. Semoga yang baik-baik saja buat Silvia!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali imbas pasti ramai yang menyangka wanita ini baru meniti usia 20an. Hakikatnya, wanita Indonesia bernama Puspa Dewi ini merupakan nenek kepada dua orang cucu dan berusia lebih separuh abad.
26 September nanti, Puspa mencecah usia 56 tahun! Namun penampilannya tidak mencerminkan usia berkenaan bahkan kekal awet muda.
Nama Puspa mula menarik perhatian warga maya termasuk di Malaysia apabila foto dirinya menyambut ulang tahun kelahiran bertebaran di media sosial. Waktu itu, dia berusia 50 tahun dan sama sekali tidak menyangka meraih perhatian luar biasa.
Puspa merupakan isteri kepada Andreas Hadi dan sudah berkahwin selama hampir 29 tahun. Bukan hanya dikurniakan suami dan anak-anak penyayang, wanita ini juga bertuah kerana mempunyai dua orang cucu comel iaitu Neil Haver Hadi dan Leeon Haver Hadi.
Kongsi Puspa di Instagram miliknya, “Foto saat ulang tahun 50, empat tahun lalu. Tuhan berikan aku viral mendadak sampai aku bingung. Mulai dikenal orang-orang yang semula aku tidak mengerti buat content IG, setelah itu harus belajar buat content dari anak-anakku.”
Ketika sambutan hari lahir ke-55 yang lepas, Puspa berkongsi momen istimewa di samping keluarga. “Perayaan ulangtahun sederhana bersama cucu-cucu tercinta Neil Haver Hadi dan Leeon Haver Hadi serta hubby, Andreas Hadi dan anak-anak Dennis Hadi, Alex Daniel Hadi, menantu Veronica Vivi tidak termasuk calon menantu Priscilla Setio yang tak hadir kerana bertepatan ada acara lain.”
Melihat perkongsian Puspa di media sosial, wanita ini kelihatan seperti gadis remaja. Lebih-lebih lagi tengok stamina Puspa setiap kali bersenam. Aktif betul!
Ketika namanya tular, dia merupakan seorang pegawai di Bank Danamon Indonesia. Namun kini dia ialah usahawan minuman fiber iaitu Flimty. Flimty mula berada di pasaran Indonesia pada tahun 2020.
Bersandarkan populariti, wajah cantik dan kesihatan Puspa, perniagaan yang diusahakan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Apatah lagi anak sulungnya ialah pakar nutrisi dan kecergasan.
Tak hairanlah Puspa boleh mengekalkan tubuh ideal dan mementingkan kesihatan diri.
Tak lekang mengukir senyuman, ibu kepada Dennis Hadi dan Alex Daniel Hadi ini gemar menjalani amalan gaya hidup sihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika seseorang itu memiliki rambut yang kuat dan sihat, penampilannya bukan saja terlihat segar bahkan menarik. Tahap keyakinan juga tinggi contohnya ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.
Jika anda seorang yang tidak gemar ke salun rambut serta memilih cara semula jadi untuk merawatnya, anda boleh memilih salah satu daripada tiga cara yang dikongsikan ini. Mulakan usaha dengan menghasilkan masker rambut semula jadi anda sendiri hari ini.
(1) MASKER TELUR
Sediakan sebiji telur kemudian pukul bersama minyak kelapa dan minyak zaitun. Seterusnya campurkan 1 sudu besar madu asli. Lenyek sebiji pisang hingga halus kemudian masukkan ke dalam bahan telur tadi. Kacau sebati hingga ia kelihatan seperti susu pekat. Setelah itu sapu rata pada rambut dan biarkan 20 minit. Bilas dengan syampu dan air bersih.
Lakukan secara rutin 3 kali seminggu bagi hasil maksimum. Setelah melakukannya selama beberapa minggu, vitamin semula jadi ini akan bekerja pada rambut hingga ia menjadi lebih sihat, berkilau, tidak mudah rapuh dan tidak berkelemumur.
(2) MASKER PISANG
Sediakan pisang bersama 200ml air bersih, 3 sudu besar mayonis dan 2 sudu besar madu. Sediakan juga minyak zaitun, minyak kelapa dan minyak jojoba. Masing-masing 1 sudu besar. Campur semua bahan dan kisar halus.
Kemudian sapu rata pada rambut. Biarkan selama 20 minit lalu lalu dibilas disertai syampu hingga bersih. Lakukan 3 kali seminggu secara teratur. Masker ini bagus untuk mengatasi rambut kering dan kusam.
(3) MASKER AVOKADO
Masker ini sangat bagus sebagai vitamin rambut semula jadi kerana avokado sangat kaya dengan vitamin E yang penting untuk rambut agar menjadi lebih kuat dan halus.
Ambil isinya setengah daripada sebiji avokado kemudian haluskan. Campur dengan 1 sudu besar minyak kelapa, 1 sudu besar minyak zaitun dan 100ml air. Gaul sebati lalu sapu ke seluruh rambut. Biarkan selama 25 minit. Cuci rambut serta syampu hingga bersih. Amy Mohd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiap kali melihatnya pasti ramai yang tertarik dengan wajah comel dan lesung pipit yang dimiliki Preity Zinta. Dilahirkan pada 31 JanuarI 1975 di Shimla, Preity merupakan graduan Bahasa Inggeris dan pernah mengikuti pengajian Psikologi Jenayah dari St. Bede’s College, Shimla. Sebelum berkahwin pada tahun 2016, Preity menetap di Mumbai tetapi kini dia memilih untuk tinggal di Amerika Syarikat bersama suami tercinta, Gene Goodenough.
Preity merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga dan anak kedua daripada tiga beradik. Abang sulungnya Deepankar merupakan anggota tentera India sementara adik lelakinya pula iaitu Manish tinggal di California. Bapa Preity, Durganand Zinta ialah bekas tentera India dan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dia baru berusia 13 tahun. Disebabkan kemalangan tersebut, ibunya Nilprabha hanya mampu menjadi suri rumah.
Menerusi portal Hans India, Preity Zinta cukup prihatin soal kecergasan tubuh badan dan kecantikan wajah dengan menitikberatkan pengambilan diet seharian. Tidak hanya mencatu makanan yang boleh menyebabkan berat badan bertambah, dia juga mengamalkan pengambilan air secukupnya untuk memastikan kecantikan dalam dan luaran sentiasa terpelihara.
Kira-kira enam tahun lalu Preity pernah berkongsi sakit belakang yang dialaminya di laman Twitter akibat kekurangan Vitamin D. Ujar pelakon Veer-Zaara ini, “Saya mendapati kebanyakan masyarakat India mengalami masalah yang sama.” Enggan perkara tersebut terus berlarutan, Preity berkongsi tip yang diamalkan kepada para peminat.
* Makan dalam kuantiti yang sedikit dan mengambil sekurang-kurangnya enam ke tujuh hidangan kecil
* Minum air kosong secukupnya
* Elakkan pengambilan kanji dan karbohidrat seperti roti putih, pasta dan nasi. Sebaliknya pilih roti gandum penuh atau roti bijirin.
* Elakkan menikmati jus buah-buahan. Adalah lebih baik menikmati khasiat buah-buahan tersebut tanpa dijadikan jus.
* Praktikkan senaman ringan pada setiap pagi dengan perut yang masih kosong. Jika tidak mampu berbuat demikian, amalkan rutin senaman ringkas seperti berjalan. Misalnya dengan melakukan brisk walk.
* Nikmati apa saja yang anda mahu ketika ‘cheat day’. Ia membantu mengekalkan diet anda untuk minggu tersebut.
* Amalkan gaya hidup sihat, gembira dan banyakkan senyum. Tiada apa yang lebih bermakna melainkan kekal ceria dan menghargai kehidupan serta orang sekeliling.
* Makan secara perlahan dan kunyah banyak kali.
* Boleh cuma amalkan rutin tarian ringkas sekurang-kurangnya lima kali seminggu. Ia juga salah satu bentuk kardio untuk kecergasan badan
* Minum sekurang-kurangnya dua gelas air kosong sebaik bangun dari tidur dan makan sedikit pada 15 minit pertama. Ia bagus untuk sistem tubuh
Menyentuh penjagaan kulit wajah pula, aktres popular Bollywood ini mengamalkan khasiat lobak merah yang dipercayai mampu menyingkirkan toksik dalam badan, mencegah dehidrasi dan menjadikan kulit lebih bermaya. Malah, dia juga memastikan penggunaan pelembap dan penyegar wajah setiap hari selepas membersih muka.
Selain mengambil nutrisi lobak merah, Preity turut gemar menikmati khasiat buah betik dan sayur-sayuran hijau serta buah-buahan segar. Tambahnya lagi, tidur yang cukup
menjadi salah satu amalan yang patut dititikberatkan. Kekurangan tidur akan boleh menyebabkan berat badan seseorang bertambah dan berupaya menambah selera. Waktu
tidur yang paling disyorkan ialah di antara tujuh hingga sembilan jam sehari.
Sumber: Hans India & Style At Life
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...