
Kunjungan Majalah Nona ke Alor Setar membawa kami bertemu seorang usahawan muda, cantik dan berjaya, Nurul Nabihan Azmi atau Bihan yang merupakan pengasas produk kosmetik terkenal Bihan Girly Makeup (BGM).
Berusia 34 tahun, Bihan sebenarnya merupakan wanita kelahiran Kelantan namun membesar dan menetap sejak kecil di Kedah. Mula menubuhkan Bihan Girly Makeup (BGM) pada tahun 2015, bisnes kosmetik ini mula menembusi pasaran sejak lapan tahun lepas.
Selain mahir bersolek dan bercakap soal kecantikan, ibu anak tiga ini menjadikan minat menghias rumah sebagai terapi fikiran. Dengan bantuan suami yang pernah berkecimpung dalam bidang firma seni bina, mahligai Bihan bertambah seri dengan konsep moden mewah.
Suka dengan rona emas sebagai penaik seri, Bihan mengambil masa sekitar 3-4 bulan untuk menyiapkan rumah idamannya. Paling suka tengok kawasan dapur Bihan yang kemas dan menggunakan kabinet rona hitam. Membangkit aura mewah!
Jom tonton video eksklusif Nona bersama Bihan ni, terinspirasi betul dengan semangat dan kejayaan beliau dalam bisnes…
Barbie ‘Mendunia’, Pengarah & Sutradara GRETA GERWIG Pecah Dominasi Lelaki & Suntik Inspirasi

Penangan filem Barbie sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi! Hanya dalam masa tiga minggu ditayangkan di layar perak, filem Barbie arahan sutradara wanita, Greta Gerwig kini melepasi kutipan angka sebanyak AS$1 bilion (RM4.56 bilion) dalam jualan tiket global, lapor akhbar New York Post semalam.
Kutipan tiket itu memecahkan rekod untuk seorang pengarah wanita yang sebelum ini dipegang oleh Patty Jenkins.
Selain itu, filem Barbie juga berjaya memecahkan rekod pembukaan tertinggi hujung minggu untuk filem bukan sekuel, bukan pembuatan semula (non-remake) dan bukan adiwira. Filem Barbie juga meraih kutipan pembukaan hujung minggu terbesar pernah ada untuk filem bertemakan mainan.
Di kala pencapaian memberangsangkan dan nama Barbie disebut-sebut antara calon filem yang akan bertanding untuk kategori filem terbaik untuk anugerah Oscar tahun hadapan, mata dan perhatian pasti tertumpu pada pengarah dan sutradaranya, Greta Gerwig.
Pernah dicalonkan untuk Anugerah Akademi dalam kategori Filem Terbaik sebanyak dua kali untuk filem Lady Bird pada 2017 dan Little Women pada 2019, pelakon dan pengarah berusia 39 tahun ini ternyata ‘mendunia’ dengan bakat serta sentuhan kreatifnya.
Bermula sebagai seorang penulis drama dan seterusnya pelakon, pelajar lulusan Barnard College dan lahir di California Amerika Syarikat ini dilihat berjaya memecah tembok yang sebelum ini dikuasai oleh kaum lelaki.
Pada tahun 2011, Gerwig yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata ini menerima penghargaan dari Festival Film Athena untuk karyanya sebagai salah satu aset Hollywood terbaik generasi ini. Pada tahun 2014, Greta juga terpilih sebagai anggota juri untuk Festival Film Internasional Berlin ke-64.

Hebat juga penangan Greta Gerwig ini kan! Semoga kisah kejayaan beliau boleh menjadi inspirasi buat kita semua. Anda dah tonton Barbie?
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Bintang Filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ Oki Setiana Dewi Yakini Rezeki Allah, Pernah Di Marah Kerana Enggan Buka Tudung!

Isi Kandungan
ToggleSebut sahaja filem Ketika Cinta Bertasbih, pasti kenal dengan pelakon watak utama, Anna Althafunnisa’ yang dibawa oleh pendakwah terkenal Indonesia, Dr Oki Setiana Dewi yang sememangya dilihat begitu sopan dan manis dalam penampilan patuh syariah yang digayakan.
Terdahulu, Neelofa sempat menemubual Oki ketika beliau hadir sebagai tetamu jemputan bagi episod ketujuh program ‘Next To Neelofa 2’ dan Oki telah berkongsikan detik sukar yang pernah dialaminya sewaktu baru bergelar pelakon.
Bayaran Lumayan Menanti, Jika Sanggup Buka Tudung Sekejap
A post shared by نور نيلوفا (@lofa.page)
Oki secara eksklusif telah berkongsikan momen di mana dirinya pernah menerima tawaran bayaran yang lumayan sekiranya dia sanggup membuka tudungnya bagi beberapa babak lakonan. Namun, Oki dengan tegas telah menolak tawaran tersebut.
“Saya kata tak boleh sebab saya pakai tudung. Dia kata tak apa lepas sekejap, selepas tu pakai balik.
“Dia tanya yakin ke tak nak terima tawaran ini dalam nada marah. Wang tawaran masa tu sangat banyak. Tapi saya tetap pertahankan hijab saya.
“Dia kata lagi kepada saya, kamu berhijab tak akan pernah jadi siapa-siapa,” ujar Oki.
Tambah Oki lagi, dia menangis begitu teruk ketika detik itu, kerana dia amat memerlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya, dan mahukan ibunya mendapat rawatan terbaik dengan menggunakan wang itu.
Oki Yakin Rezeki Di Tangan Allah, Tak Perlu Gadai Maruah
Bagaimanapun, dia yakin dan percaya bahawa jika dia berkeras mahu memakai tudung maka Allah akan membantunya.
“Tapi saya minta kepada Allah dan percaya kepada Allah. Saya tetap nak pertahankan hijab saya.
“Meskipun wang yang ditawarkan sangat lumayan, saya masih berpegang pada pendirian di mana dia harus memakai hijab tanpa membukanya,” jelasnya.
Alhamdulillah, setiap ujian yang Allah beri pada seseorang pasti ada ganjaran yang sedia menanti, NONA doakan agar Oki Setiana Dewi kekal istiqamah dalam perjuanganya untuk sentiasa memberi contoh yang baik sebagai seorang muslimah sejati.
Sumber: Instagram Lofa.page
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Jual Koleksi Peribadi Hermes, Chanel & Dior Untuk Kebajikan, Baiknya Isteri Cantik Irwansyah!

Terpesona tengok selebriti muslimah dari negara jiran, Indonesia ini. Walaupun berpenampilan sopan dan menuntut syariah namun isteri Irwansyah ini sangat ‘fashionable’ orangnya. Kalau diteliti setiap aksesori yang dipakai semuanya berjenama mewah! Apa yang pasti, Zaskia Sungkar punya cita rasa fesyen mengagumkan.
Berbekalkan minatnya dalam bidang fesyen, Zaskia merealisasikan hasrat untuk memiliki perniagaan melalui label pakaian yang menggunakan namanya sendiri iaitu Zaskia
Sungkar. Bisnes yang mengetengahkan busana wanita ini turut menjual pelbagai jenis kelengkapan muslimah antaranya jubah, tudung, vest, telekung dan blouse. Memang
cantik rekaan yang dihasilkan sekaligus mencerminkan gaya sofistikated seorang wanita beragama Islam.
Bersandarkan pengaruh dan kesenangan yang dinikmati hari ini, Zaskia tidak lokek berkongsi rezeki dengan insan memerlukan. Memandangkan rakyat di Indonesia turut
terkesan dengan penularan wabak Covid-19, sebagai public figure dia ‘terpanggil’ untuk menghulurkan sumbangan. Apa yang mengejutkan, Zaskia sanggup melelong sebahagian koleksi beg tangan mewah miliknya untuk tujuan tersebut.
Antara beg tangan yang dilelong termasuk dari jenama mewah terkemuka Hermes, Chanel, Christian Dior dan Louis Vuitton. Yang pasti, lelongan ini jauh lebih murah daripada
kos belian. Misalnya, beg tangan Hermes dilelong dengan harga serendah 60 juta rupiah atau kira-kira RM18,135. Seratus peratus daripada hasil kutipan akan disalurkan
terus kepada golongan terjejas dan frontliners di sana.
“Saudara-saudaraku sekalian, kami mahu lelong beberapa barang berikut. 100% hasilnya akan disumbangkan untuk dampak Covid-19 iaitu 50% untuk keperluan alat pelindung
perubatan dan 50% lagi untuk makan gratis (percuma) kepada saudara-saudara kita yang terkena kesan ekonomi daripada wabak ini. Konsepnya adalah dengan membeli
makanan daripada pengusaha kedai makan, pedagang kaki lima dan sebagainya yang terkena impak Covid-19 kemudian membahagikannya secara percuma untuk saudara-saudara kita yang memerlukankan di sekitar warung makan atau sebaliknya,” kongsi Zaskia di Instagramnya yang kini sudah pun memiliki lebih 21 juta followers.

Tidak sampai seminggu jualan lelong koleksi beg tangan peribadi Zaskia dihebahkan kepada umum, kesemuanya berjaya dijual. “Terima kasih untuk para pembeli barang lelongan kami. Semoga Allah mudahkan semuanya. Sebahagian dana sudah kami gunakan untuk petugas barisan hadapan dan sebahagian lagi sudah kami gunakan untuk membeli dagangan warung nasi, katering dan pedagang yang terkesan di beberapa daerah.”
Selain kagum dengan peribadi mulia dan kejayaan yang diraih Zaskia, pengakuan jujurnya tentang persepsi pakaian bagi wanita Islam turut menarik perhatian Nona. Lebih mengagumkan, perniagaan ini bukan berpaksikan keuntungan semata-mata bahkan ia menjadi salah satu cara ‘dakwah’ Zaskia kepada para pelanggan.
“Waktu awal memutuskan untuk pakai pakaian yang InshaAllah sesuai dengan syariat, agak bingung. Baru saja beli seluar dan baju yang ada banyak detailnya di dada tapi
berkat rahmat Allah dengan modal hati yang ketakutan.. Bismillah! Diri ini perlahan-lahan mula ikhlas dengan perubahan yang bakal dibuat.
Aku rasa malu sangat pakai skirt labuh dan stoking kaki apalagi dress. Tapi ternyata setelah melalui perubahan ini rasa lebih tenteram. Ke mana-mana pergi tak perlu
bawa telekung. Lebih mudah untuk mengerjakan solat. Gaya fesyen juga tak bosan walaupun ketika pergi ke undangan, bercuti atau gaya harian. Cuma perlu pilih fabrik
yang sesuai dan mix and match sendiri.
Selain itu, aku juga khuatir tentang jualan butik sebab selama ini aku banyak menjual seluar. Bimbang kalau jual skirt / dress peminatnya berkurang. Yang paling jadi tentangan ialah ketika Indonesia Fashion Week (IFW). Baju pertunjukan sudah siap semuanya. Seperti biasa ciri khas Zaskia Sungkar adalah seluar dan details di dada. Sudahnya, semua di rombak.
Alhamdulillah, Allah bantu dan semuanya berjalan lancar saja. Sejak itu aku banyak belajar, “Lumrah bagi semua manusia yang selalu merasa ‘berat’ untuk ke arah kebaikan, fikir susah untuk berpakaian sopan.” Tapi kalau kita terus menjalani perintah Allah yang pastinya dengan bantuan kekuatan dari Allah, selagi ada kemahuan untuk mendapat reda Allah dan yang paling penting doa minta Allah jaga dan tambah iman di dalam diri.. inshaAllah semuanya menjadi mudah.”
Sudah mendirikan rumah tangga bersama Irwan Syah selama sembilan tahun, personaliti cantik ini bagaimana pun belum dikurniakan rezeki anak. Pun begitu, kedua-duanya
tetap kelihatan bahagia dan tak putus asa mencari ikhtiar untuk menimang cahaya mata. Khabarnya, Irwan dan Zaskia turut pernah mendapatkan rawatan kesuburan di Malaysia
beberapa tahun lepas.
Sesuatu yang menarik untuk anda di sini.
Sumber: Instagram Zaskia Sungkar