Masih ingatkah lagi dengan filem aksi The Mask of Zorro? Filem popular yang mencetus fenomena sekitar tahun 90-an.
Bintang utamanya ialah Catherine Zeta Jones dan Antonio Banderas.
Kini, Catherine Zeta Jones masih menawan walaupun usianya kini mencecah 53 tahun.
Memetik perkongsian Wall Street Journal, pelakon berketurunan British ini ada mendedahkan rahsia awet mudanya.
Rupa-rupanya, antara rahsia Catherine ialah menjaga pemakanan. Catherine mengakui, dia sangat mengambil berat tentang makanan yang diambilnya.
Isteri kepada pelakon Michael Douglas ini juga tidak mengambil sebarang makanan manis.
“Apabila usia semakin meningkat, saya mula mengambil banyak vitamin supaya saya dapat makan pencuci mulut sepanjang hayat saya,” kongsi Catherine.
Buat masa ini, Catherine mengakui hanya makan makanan sihat dan tidak diproses sebagai menu hariannya.
“Saya hanya makan makanan yang tidak diproses kerana terpaksa,” katanya.
RAHSIA KEKAL BAHAGIA
Bukan itu sahaja, Catherine turut berkongsi rahsia keharmonian rumah tangganya bersama Michael Douglas.
Usia perkahwinan mereka kini mencecah 23 tahun dan mereka berdua sentiasa kelihatan bahagia.
Perbezaan umur yang agak jauh iaitu 25 tahun bukanlah penghalang buat pasangan ini menjalinkan hubungan yang berpanjangan.
Catherine mendedahkan, rahsia hubungan yang harmoni adalah menjadi diri sendiri dan menghormati antara satu sama lain.
“Kami menghormati ruang antara satu sama lain, dan kami mampu bertahan lama,” kata pelakon pemenang Oscar itu.
Untuk info, pasangan bahagia Hollywood ini memiliki dua cahaya mata iaitu Carys dan Dylan.
Dylan dilihat mengikuti jejak langkah ibu bapanya dalam dunia perfileman. Sementara adiknya, Carys menceburkan diri dalam bidang modeling dan nyanyian. Memang keluarga seni!
This website uses cookies.