Jemaah Lari Bertempiaran, Tapi IMAM Ini Tetap Teguh Solat! Kuatnya Iman Beliau

MashaAllah, kuatnya iman Imam Masjid As-Syuhada di Bali ini. Dalam keadaan kelam-kabut dan jemaah lari bertempiaran menyelamatkan diri saat gegaran gempa bumi melanda Lombok Ahad lalu, tindakan Imam yang teguh menunaikan solat tersebut nyata menerbitkan rasa kagum di kalangan umat Islam seluruh dunia.

Sesungguhnya beliau membuktikan rasa takut itu hanya kepada Allah dan kepada-Nya juga kita berserah nasib hidup atau mati.

Meskipun rakaman video yang berdurasi seminit dan memaparkan sebahagian detik cemas yang berlaku di Bali itu berlaku dalam tempoh singkat.. namun kesannya cukup menginsafkan!

 

Dari paparan itu jugalah kita sedar betapa kecilnya manusia. Ajal mungkin datang menjemput pada bila-bila masa walaupun ketika dalam keadaan beribadat. Allahu, bertuahnya mereka yang dikurniakan ‘pemergian’ sebegitu rupa.

Menurut laporan yang dikongsikan Astro Awani, gegaran kuat di Masjid As-Syuhada, Bali mencecah 7.0 skala richter yang  menggoncang wilayah Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia sekaligus menyebabkan beberapa jemaah meninggalkan saf pada rakaat kedua.

Kejadian cemas yang berlaku 5 Ogos lalu itu juga adalah kali kedua Lombok dilanda bencana gempa bumi selepas gegaran pertamanya pada 29 Julai lepas mengorbankan seorang rakyat Malaysia, Siti Nur Iesmawida Ismail ketika gegaran gempa bermagnitud 6.4 skala richter.

 

Share
Published by
Suzi