“JEMPUT MAKAN” Saji Suasana Buka Puasa Ala Kampung Di Sunway Resort

Kehadiran Ramadan tidak sah jika tidak memperkatakan tentang tradisi Bufet Ramadan di hotel di seluruh negara. Walaupun pandemik Covid 19 masih belum menemui noktahnya, kemeriahan bufet Ramadan di hotel-hotel terkemuka tetap diteruskan dalam suasana norma baharu yang perlu mematuhi perauran atau SOP yang ketat.

Sunway Resort mengetengahkan konsep Jemput Makan di Kampung Resort Café yang menampilkan pelbagai menu kampung yang istimewa dan sekaligus bakal mengembalikan nostalgia khususnya jika anda amat merindui suasana berbuka puasa di kampung halaman.

Mana tidaknya, Resort Cafe di Sunway Hotel turut mengembalikan nostalgia suasana menikmati juadah bersama keluarga dalam set up suasana kampung yang pastinya menggamit kenangan kemeriahan suasana berbuka puasa bersama keluarga tersayang! Bagi anda yang rindukan suasana berbuka puasa bertemakan kampung halaman, pasti Sunway Resort mengembalikan nostalgia selain ia merupakan lokasi insta-worthy untuk media sosial anda!

Makan Ala Kampung di Resort Cafe

Kali ini, pelbagai sajian enak disediakan dari dapur Resort Cafe di bawah kelolaan Chef Mohamad Yatim Supaat dan pasukannya. Lebih 30 menu istimewa bakal disediakan setiap hari di samping lapan gerai yang menyediakan hidangan yang dimasak secara live yang menyelerakan.

Antara warung yang menyaksikan sajian hebat termasuklah Warung Daging Panggang, Warung Bakar, Warung Sate dan Otak-Otak, Warung Tempoyak Patin, Warung Lemang dan Bubur Lambuk serta Warung Mangkuk Besar Nasi Briyani. Selain itu, jika anda menggemari hidangan berasaskan mee, ia turut menyediakan Mee Station yang menyajiikan hidangan istimewa nataranya termasulah Laksa Nyonya, Laksi Kari, Bakso dan Mee Makanan laut yang merangkumi udang harimau dan kerang-kerangan.

Nasi Station pula menawarkan hidangan enak seperti nasi hujan panas, nasi tomato, nasi minyak, nasi bukhari dan istimewa nasi kabsa yang berasasl dari Timur Tengah.
Beralih pula ke Warung Fusion, ia menyajikan hidangan pelengkap yang menjadi salah satu kemestian dalam hidangan makanan melayu. Beraneka pembuka selera seperi sambal belacan petai, tempe dan kuah kacang, aneka sambal dan sebagainya menjadikan ianya hidangan yang sentiasa diingati! Jangan lupa, nikmati aneka ulam-ulaman tempatan yang menyajikan pelbagai ulam tradisi kebanggaan masyarakat Melayu antaranya termasuklah daun selom, jantung pisang, petai dan sebagainya yang menjadi enak sekiranya dinikmati bersama sambal belacan, budu, cincalok dan sebagainya.

Warung Fusion menyajikan pelbagai hidangan pembuka selera

Tidak lengkap menikmati bufet tanpa menutup selera dengan aneka pencuci mulut. Warung pencuci mulut Resort Cafe menyajikan pelbagai pemanis mulut tradisional dan moden antaranya termasuklah aneka kuih-muih, agar-agar, puding, tapai ubi, apam kelapa, bubur, aneka kuih raya dan ais kacang serta cendol yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia.

Jika anda hendak mencuba sendiri keenakan hidangan di Resort Cafe, buffet ramadan ditawarkan pada harga RM168 nett untuk dewasa dan RM78 nett untuk kanak-kanak. Sunway Resort turut menyediakan kemudahan bawa pulang hidangan berbuka puasa untuk memudahkan anda menikmati hidangan enak bersama keluarga dari keselesaan kediaman sendiri. Maklumat lanjut, sila hubungi The Resort Café.

Share
Published by
Rosmah Idayu