Musim panas ini, jenama mewah dan revolusioner dari Kanada, Kaimirra Tutan, melancarkan koleksi barang kemas sulungnya Ammolite, yang menampilkan permata eksklusif di lokasi utama jenama itu di Midvalley Megamall.

IKLAN

Jenama Berprestij Kaimirra Tutan Meraikan Kehidupan Mewah Dengan Barang Kemas Ammolite

Selaras dengan penghargaan Kaimirra Tutan terhadap kehidupan serba mewah, jenama tersebut berhasrat untuk meraikan satu-satunya batu permata organik pelbagai warna di dunia menerusi reka bentuk yang unik dan abadi – ini dimanifestasikan melalui khidmat rekacipta khas yang menyemarakkan rasa pemilikan sebenar kepada pelanggannya.

Jenama Berprestij Kaimirra Tutan Meraikan Kehidupan Mewah Dengan Barang Kemas Ammolite
Butik Kaimirra Tutan, yang memberi setiap pelanggan gambaran visual kepada barangan kemas mewah dan berkualiti tinggi terletak di tingkat dua Centre Court Midvalley Megamall.

Jenama Berprestij Kaimirra Tutan Meraikan Kehidupan Mewah Dengan Barang Kemas Ammolite

Butik ini direka dengan elegan untuk melambangkan ilham kemewahan ala Mesir dan mempamerkan barisan barangan kemas buatan tangan yang mengkagumkan. Permata Ammolite besar dan belum dipotong yang menunjukkan bentuk asal fosil Amonit turut dipamerkan di butik ini.

Jenama Berprestij Kaimirra Tutan Meraikan Kehidupan Mewah Dengan Barang Kemas AmmoliteRekaan barangan kemas terunggul Kaimirra Tutan ditempatkan di bawah Couture Collection. Koleksi ini menampilkan statement pieces yang direka istimewa untuk menyerlahkan batu permata eksklusif – sesuai untuk pelanggan berciri trendsetter yang mendambakan kelainan.

Jenama Berprestij Kaimirra Tutan Meraikan Kehidupan Mewah Dengan Barang Kemas Ammolite

Fine Jewellery Collection menampilkan barisan barang kemas mewah unik yang rumit rekaannya. Ianya versatil dan sesuai digayakan di tempat kerja mahupun di majlis.

IKLAN

Jenama Berprestij Kaimirra Tutan Meraikan Kehidupan Mewah Dengan Barang Kemas Ammolite

 

Jewellery Collection pula membariskan rekaan-rekaan yang menonjolkan permata tersendiri Ammolite dalam reka bentuk ringkas dan minimalis. Rekaan dari koleksi ini menambah keanggunan serta memberi fleksibititi kepada pemakainya.

IKLAN

Jenama Berprestij Kaimirra Tutan Meraikan Kehidupan Mewah Dengan Barang Kemas AmmolitePermata Ammolite Kaimirra Tutan diperoleh daripada lombong di Bearpaw Formation, Kanada, yang menjangkau Alberta hingga ke Saskatchewan, dan di lombong dengan cara yang mesra alam.

Jenama Berprestij Kaimirra Tutan Meraikan Kehidupan Mewah Dengan Barang Kemas Ammolite

“Kami telah bekerjasama dengan Korite, pengeluar ammolit komersial terbesar di dunia, untuk mendapatkan permata ammolite semula jadi untuk rekaan kami dengan cara yang mampan dan beretika,” kata Damien Foo, Pengarah Urusan Kaimirra Tutan.

Jenama Berprestij Kaimirra Tutan Meraikan Kehidupan Mewah Dengan Barang Kemas Ammolite“Sejak penubuhan kami pada 2010, ibu pejabat kami dan rakan kongsi, serta kurator berpakaran tinggi di Kanada telah berhempas pulas untuk mendapatkan permata Ammolite tulen dengan kualiti terbaik untuk pelanggan kami. Pada tahun ini, kami akhirnya dapat mempersembahkan hasil usaha kami kepada pelanggan – melalui rekaan-rekaan eksklusif yang melambangkan gaya hidup mewah,” tambah Encik Foo.

Jenama Berprestij Kaimirra Tutan Meraikan Kehidupan Mewah Dengan Barang Kemas AmmoliteWalaupun pelanggan boleh melangkah masuk ke butik untuk meninjau barangan kemas Kaimirra Tutan, jenama itu juga menyediakan pengalaman yang lebih istimewa melalui laman web mereka. Para pelanggan boleh membuat janji temu peribadi, untuk mencuba sendiri rekaan yang ada dan juga membuat tempahan rekaan khas khusus untuk mereka.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI