Penyanyi terkenal Jennifer Lopez mengesahkan dirinya kini sudah bergelar isteri kepada pelakon Ben Affleck pada hari Ahad, selepas 18 tahun perhubungan percintaan on and off mereka.
Ads
Berita gembira itu turut dikongsikan sendiri oleh Jennifer menerusi laman web rasminya, On The JLo. Pasangan dua sejoli yang digelar Bennifer ini mengumumkan pertunangan mereka pada April lalu.
Jelas Jennifer dalam hantarannya, “Kami berjaya! Selepas 20 tahun menunggu, dan malam semalam (Sabtu) kami terbang ke Vegas, beratur bersama dengan empat pasangan lain mendaftar perkahwinan dalam satu tujuan yang sama.”
Jennifer Lopez yang dilihat berseri menyarung busana perkahwinan serba putih nyata anggun, terserlah perasaan cinta yang menyelebungi jiwanya setelah sekian lama menantikan hari bahagianya ini.
Berdasarkan lesen perkahwinan yang mereka failkan di Clark County, Nevada, pasangan yang terkenal dengan gelaran Bennifer ini melangsungkan perkahwinan di Little White Wedding Chapel, sebuah lokasi istimewa untuk pasangan yang ingin melangsungkan resepsi yang sederhana tanpa persiapan yang berlebihan.
Untuk pengetahuan, pasangan itu berkenalan ketika sesi penggambaran filem Gigli pada 2002. Hubungan mereka kemudian dapat dihidu para media serta mendapat liputan meluas, namun pasangan itu menangguhkan majlis perkahwinan yang dirancang pada 2003. Pada tahun 2004, kedua-duanya kemudian mengumumkan perpisahan.
Ads
Ini adalah perkahwinan keempat untuk Jennifer Lopez dan kedua untuk Ben Affleck Jennifer sebelum ini pernah berkahwin dengan Ojani Noa, Cris Judd dan penyanyi Marc Anthony yang mana mereka dikurniakan anak kembar Max dan Emme, 14.
Manakala Ben Affleck pula pernah berkahwin dengan pelakon jelita Jennifer Garner dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu, Violet, 16, Seraphina, 13, and Samuel, 10
Ads
Ulas Jen lagi “Apabila cinta itu benar, perkara paling utama adalah perkahwinan adalah penjanjian untuk saling menyayangi, memahami, serta menjadi lebih baik untuk satu sama lain. Malam yang sangat indah buat kami.”
Congratulations Bennifer!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti makanan, begitu jugalah pentingnya mencari keberkatan melalui pelitup muka yang diyakini suci dan bersih pembuatannya. Apatah lagi sejak pemakaiannya diwajibkan setiap hari, masyarakat harus lebih bijak memilih yang berpatutan tapi berkualiti untuk menangkis jangkitan virus COVID-19.
Sepagi di Kumpulan Media Karangkraf bersama Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Hussamuddin Haji Yaacub, Nona didedahkan tentang realiti pelitup-pelitup muka di pasaran negara.
“Kebanyakan pelitup separuh muka yang dijual murah, sama ada secara online atau di kedai-kedai runcit, berkemungkinan tidak menepati ciri medical grade yang sebenar.
Atau boleh jadi, ia tidak dibuat dalam suasana clean room. Cuba bayangkan pekerja di sana mungkin membuat pelitup muka kita tanpa sarung tangan, dengan tangan tidak dibasuh atau dihasilkan di belakang-belakang premis yang meragukan.
Akhirnya mask yang ‘diharapkan’ mencegah kuman dan bakteria, jadi sebaliknya pula. Sudahlah kualiti materialnya rendah, disusun pula pakai tangan (tanpa sarung tangan). Awal-awal lagi dah tercemar sebelum sampai ke pengguna,” katanya dalam nada kesal.
LANCAR PELITUP MUKA KARANGKRAF
Tambah Dato’ Hussamuddin lagi, pembuatan pelitup muka yang baik merupakan permulaan usaha beliau dalam mencegah penularan COVID-19. “Saya terpanggil untuk menghasilkan produk pelitup muka Karangkraf melalui jenama Karangkraf Medicare bagi mengisi pasaran pelitup muka yang suci dan benar-benar bersih di negara ini.”
Pelitup muka Karangkraf setakat ini telah mencapai standard ujian parameter EN14683:2019. Ujian yang dijalankan oleh Eurofins Lab ini membuktikan pelitup muka Karangkraf Medicare mencapai tahap penapisan tinggi dengan BFE ≥98% dan PFE ≥95%, sekali gus melayakkan pelitup muka yang dihasilkan mencapai gred MEDICAL.
Tagline ‘Suci dan Bersih’ diguna pakai sebagai langkah bagi memperkuatkan lagi jenama pelitup muka Karangkraf Medicare. Malah, Karangkraf Medicare diperakui mempunyai ruang pembuatan yang bersih dan terjamin dari segi pembuatannya.
Istimewanya, pelitup muka Karangkraf Medicare ini terletak pada ‘Hygiene Case’ yang didatangkan bersama set Karangkraf Plus.
Tujuan utama diperkenalkan ‘Hygiene Case’ ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya menjaga kebersihan pelitup muka di samping mendidik masyarakat agar sentiasa mengamalkan cara penyimpanan dan pembuangan pelitup muka yang betul.
PENGILANGAN SUCI & BERSIH
Bagi membuktikan kebersihan produk yang baru dilancarkan ini, Nona telah dibawa melawat ke kilang pembuatan pelitup muka Karangkraf Medicare di Shah Alam. Dari pintu masuk lagi, proses kebersihan dikawal ketat dan setiap petugas perlu disanitasi dari hujung rambut ke hujung kaki.
Mereka kemudiannya perlu memakai sut PPE yang dikhaskan sebelum ke stesen tugas masing-masing. Inilah yang menjamin kebersihan produk yang dihasilkan.
Material 3 ply yang digunakan juga adalah yang terbaik dan diyakini di pasaran iaitu PP Non Woven (dari China) dan Melt-Blown (dari Jepun). Ia mempunyai keupayaan menapis bakteria sehingga melebihi 98% dan zarah-zarah virus sehingga 95%.
Pelitup muka Karangkraf Medicare kini sedang bekerjasama dengan SIRIM untuk mencapai pensijilan produk spesifikasi.
Di pasaran, pelitup muka Karangkraf Medicare ini didatangkan dalam dua set iaitu set KARANGKRAF dan set KARANGKRAF PLUS.
Set KARANGKRAF:
Mempunyai 30 keping pelitup muka dalam satu kotak.
Ada 6 pilihan ‘design’ kotak.
Set KARANGKRAF PLUS:
Mempunyai 10 keping pelitup muka dalam satu kotak.
Ada 6 pilihan ‘design’ kotak.
Disertakan bersama 10 keping ‘Hygiene Case’. Setiap pelitup muka dipek dengan teliti di dalam ‘Hygiene Case’ yang berasingan.
Ada 6 ‘design’ ‘Hygiene Case’ (diberi secara rawak di dalam setiap kotak).
Pelitup muka Karangkraf kini boleh didapati secara online di www.karangkrafmall.com (klik sini) atau boleh datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menunaikan ibadah umrah sempena lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi bermula pada Rabu. Terdahulu Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada jam 6.42 pagi waktu tempatan atau 11.42 pagi (waktu Malaysia).
“Alhamdulillah, saya bersama Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan delegasi Malaysia selesai melaksanakan ibadah umrah sebentar tadi. Mendoakan kesejahteraan buat rakyat dan negara serta usaha kita menjadikan Malaysia kembali kuat dan gah diberkatiNya, Insya-ALLAH,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.
Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi bermula 22 hingga 24 Mac atas jemputan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.
Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi sulung Anwar ke Arab Saudi selepas menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Beliau turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil serta pegawai kanan kerajaan.
Selain itu menurut sumber Berita Harian, seorang pelajar Malaysia dipilih sebagai mutawif bagi membimbing Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasinya yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi, melaksanakan umrah hari ini.
Mohamad Zarid Misbari, 25, pelajar jurusan syariah di Universiti King Abdul Aziz di sini ketika ditemui berkata beliau menganggap peluang membimbing Perdana Menteri melaksanakan ibadat umrah sebagai satu pengalaman berharga.
Anak jati Bera, Pahang itu sudah empat tahun melanjutkan pelajarannya di sini di bawah tajaan kerajaan Arab Saudi.
“Sudah lebih kurang dua tahun saya jadi mutawif untuk jemaah umrah, tetapi kali ni jemaah umrahnya level lain sedikit,” katanya yang dipilih sebagai mutawif melalui Konsulat Malaysia di Jeddah.
Sumber: Sinar Harian dan Berita Harian
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khabar angin tentang penyakit yang dihidapi oleh pelakon cantik dan kecil molek, Ardell Aryana terus menjadi tanda tanya apabila beliau masih lagi mengambil keputusan untuk merahsiakan penyakitnya. Beliau menjadi perhatian pihak netizen sejak mula mengambil keputusan untuk berhijab dan ramai yang suka dengan imej terbarunya itu. Sehingga ada netizen yang cakap “pakai tudung style makcik-makcik pun cantik”.
Kemudian, Ardell sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila beliau dikatakan sedang melawan penyakit kanser. Status yang dimuat naik oleh Ardell di laman Instagram juga seolah-olah menggambarkan keadaan dirinya yang sedang berperang melawan keperitan sebuah kenyataan menguatkan lagi spekulasi itu. Siapa sangka, wajah yang sentiasa mengukir senyuman sebenarnya menyimpan seribu kisah duka.
Sekitar bulan lalu heboh di media sosial Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, yang dikatakan menghidap penyakit kanser tahap. Berita ini mula menjadi buah mulut netizen apabila rakan baik Ardell sendiri yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Nadzmi Adhwa memaklumkan perkara tersebut melalui satu status khas di laman Instagram miliknya.
Keakraban Ardell dan Nadzmi dapat dilihat apabila Nadzmi kerap upload gambar dan video tentang aktiviti yang mereka lakukan bersama-sama dan sering memberi kata-kata semangat untuk temannya itu. Dikala saat diuji macam ini lah kehadiran seorang kawan yang ikhlas memberi semangat tanpa rasa jemu diperlukan disisi.
Ketika masih ramai berteka-teki dan tertanya-tanya apakah penyakit sebenar Ardell, baru-baru ini, dia sempat memuat naik satu video yang dituju khas kepada ibunya sempena hari lahir insan tersayangnya itu. Apa yang menarik perhatian Nona, video tersebut menunjukkan dia berkerusi roda sambil disorong oleh ibunya telah menyentuh hati banyak pihak berserta kapsyen ucapan khas kepada ibunya itu,
“Hari ini hari jadi mama saya, terima kasih kerana sabar, untuk doa dan usaha, semoga Allah merahmati mama. Selamat ulang tahun i love you.
“Mama bukan sahaja ibu,tetapi juga kawan baik, hadiah istimewa dari Allah untuk saya sebagai anak. Saya nak mama tahu nama mama sentiasa ada dalam doa saya,” luah Ardell di laman instagramnya.
Rata-rata netizen juga masih lagi tertanya-tanya apakah yang sedang dilalui oleh Ardell dan tidak putus-putus mendoakan kesihatan Ardell supaya diberi kesembuhan dengan segera.
Semoga Ardell terus kuat menghadapi dugaan ini. Tak apa untuk menyerah Ardell, asal kan tidak mengaku kalah.
Sumber: instagram @ardellaryana
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...