Pengabaian penjagaan rambut yang betul mampu merosakkan penampilan yang sempurna. Apakah punca di sebalik masalah ini? Adakah anda pernah meneliti tiga hal penting seperti tahap kesihatan, kebersihan rambut dan produk yang bersesuaian untuk kulit kepala? Pelajari dahulu langkah terbaik untuk merawatnya agar kesihatan rambut kembali terpelihara.
1. DIET KETAT
Pertumbuhan rambut bergantung pada diet yang kita lakukan. Diet terlalu ketat boleh mengakibatkan rambut gugur yang disebabkan oleh kekurangan zat besi penyebab anemia. Rambut boleh kehilangan zat besi akibat diet. Sedangkan zat besi boleh diperoleh daripada daging, telur, bijirin, gandum dan kekacang. Perbanyakan pengambilan buah dan sayuran segar untuk memenuhi keperluan tubuh akan vitamin C yang berfungsi dalam penyerapan zat besi.
2. GUNTING RAMBUT
Rambut pendek akan lebih memudahkan kita menjaga kebersihan kulit kepala. Menggunting rambut secara teratur tidak akan membuat rambut kita lebih cepat tumbuh.
3. PUNCA RAMBUT ROSAK
Meskipun kulit kepala kita cukup kuat dan boleh bertahan jika ditarik namun akan mudah rosak disebabkan beberapa perkara. Terlalu banyak penggunaan bahan kimia, pewarnaan dan urutan antara penyebabnya. Berhati-hatilah jika menggunakan pewarna rambut yang mengandungi hydrogen peroxide. Jika rambut sering terkena bahan ini, rambut akan menjadi rapuh, kasar dan bercabang.
TRIK RAMBUT CEPAT PANJANG
Memanjangkan rambut tidak dapat dilakukan dalam masa sehari dan memerlukan usaha yang berlanjutan. Jom semak cara selamat untuk merangsang pertumbuhan rambut agar kembali lebat dan sihat.
1. MEMOTONG RAMBUT
Sebelum ingin memanjangkan rambut, anda perlu memotong rambut yang sudah rosak. Hujung rambut biasanya rosak dan mudah bercabang. Sebaik-baiknya gunting rambut setiap 3-4 bulan sekali. Gunting hujung rambut minimum beberapa sentimeter untuk touch up.
2. SUPLEMEN
Anda digalakkan pengambilan suplemen yang dapat mempercepat perkembangan rambut. Suplemen yang dapat menolong perkembangan rambut seperti Vitamin B, melebihkan B6 dan asid amino. Jauhi perawatan rambut menggunakan bahan kimia serta peralatan rambut seperti curlers dan flat irons mengakibatkan rambut rosak hingga menghambat usaha untuk memanjangkan rambut.
3. ELAK KOLAM RENANG
Kolam renang mengandungi klorin yang dapat mengakibatkan rosaknya pada rambut serta menghalangi pertumbuhan rambut anda. Di samping itu, air masin alami atau air laut turut merosakkan rambut.
4. PERBANYAK PROTEIN
Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti kacang hijau, kacang tanah, biji-bijian yang membantu perkembangan rambut. Sisir rambut dengan lembut serta hati-hati dan elak melakukannya secara kasar.
This website uses cookies.