Selepas bertahun-tahun menyimpan rambut panjang, tiba-tiba hari ini mood tak berapa betul. Terus potong rambut sampai pendek. Kemudian, menyesal tak sudah setiap kali menatap diri di hadapan cermin… Macam muka orang lain!
Timbul pula rasa kecewa dan kalau boleh mahu menyambung balik rambut yang telah dipotong itu. Nasi sudah menjadi bubur, tiada apa yang boleh dilakukan. Cuma apa yang boleh dilakukan hanya berusaha memanjangkan kembali rambut. Ayuh, cuba panjangkan semula dengan tip pantas ini.
(a) Kuasa perapi
(b) Elak alat pengering rambut
Jika selama ini anda menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut selepas bersyampu, tinggalkan amalan itu. Keringkan rambut secara semula jadi kerana kepanasan akibat daripada alat pengering rambut akan membuat rambut menjadi rapuh dan mudah putus. Tekanan panas yang ditimbulkan juga boleh menghalang proses pemanjangan rambut.
(c) Urut kulit kepala
Bagi merangsang pertumbuhan rambut, anda boleh mengurut kulit kepala secara konsisten. Urut kulit kepala sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Urutan ini boleh membantu melancarkan peredaran darah pada kulit kepala lantas merangsang proses pertumbuhan rambut baru. Boleh lakukan sendiri di rumah, urut kulit kepala selama tiga hingga lima minit atau boleh lakukan cream bath
(d) Elak warna rambut
Jika anda suka bertukar-tukar warna rambut baik, jangan lakukan lagi. Pewarna rambut mengandungi bahan kimia yang boleh membantutkan pertumbuhan rambut baru. Malah ia boleh merosakkan lagi rambut yang sedia ada.
(e) Ambil protein
Makan makanan yang kaya dengan protein agar folikel rambut mendapat nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut. Malah, sumber protein ini juga boleh mengekalkan kesihatan rambut agar tidak mudah rosak.
(f) Hindari kolam renang
Amalan berenang adalah salah satu senaman untuk mengekalkan tenaga dan bentuk badan. Tetapi jika anda berhasrat untuk mempercepatkan proses pemanjangan rambut, berhenti seketika berenang di dalam kolam renang. Kandungan klorin dalam kolam renang boleh merosakkan rambut dan membantutkan proses pertumbuhan rambut.
(g) Guna teh hijau
Teh hijau dapat membantu mempercepat pertumbuhan rambut kerana kaya dengan antioksidan. Antioksidan ini berkuasa untuk melancarkan peredaran darah pada kulit kepala sehingga merangsang tumbuhnya rambut baru. Oleskan bancuhan teh hijau pada kulit kepala dan balut dengan tuala beberapa ketika. Bilas bersih. Hamizatul Maizan Mohamed
This website uses cookies.