Pertemuan dengan wanita berdarah kacukan Melayu-Scottish ini benar-benar telah mengusik hati penulis tatkala melihat sifat keibuan yang menebal dalam dirinya. Lembut tutur kata, tingkah laku bersopan dan bahasa tubuh langsung tidak menampakkan lelah melayan anak keduanya, Jammal Raess Ross-Iddin Shaharuddin yang telah disahkan autisme. Catriona Ross menatang anugerah Allah SWT yang satu ini bagai minyak yang penuh tanpa merungut walaupun sedikit.

Ads

Jika dilihat secara luaran kanak-kanak autisme ini membesar seperti kanak-kanak yang lain. Situasi ini sering mengundang pandangan serong kepada masyarakat kepada kanak-kanak ini apabila tengah meltdown.

“Jika berlaku meltdown memang kelam-kabut sikit tetapi jarang-jarang berlaku. Namun jika berlaku di khalayak ramai, selalunya saya cepat-cepat minta maaf dan berterus-terang, anak saya autisme. Biasanya mereka angguk tanda faham dan memberi isyarat dengan tangan bererti tak apa. So far people around me has been kind dengan body language yang begitu. Saya bersyukur sangat.

“Jika Berlaku Meltdown, Segera Minta Maaf & Berterus-terang, Anak Saya Autisme,” – Catriona Ross

Sebagai selebriti yang dikenali dan mempunyai anak autisme, timbul rasa tanggungjawab untuk sama-sama tingkatkan kefahaman tentang anak autisme ini. Sebab itu daripada awal saya jujur dan beritahu kepada famili serta kongsi di Instagram dan Facebook. Ini penting agar masyarakat sama-sama faham fasal autisme.

Saya berharap perkongsian ibu bapa lain yang tampil berani dan jujur untuk mendidik masyarakat tentang autisme. Ramai ibu bapa masih malu dan tak berani untuk berkongsi sebab malu pada anggapan masyarakat tapi, itu merugikan kita. Alangkah bagus jika kita kongsi dan berani bercerita dan sama-sama memberi inspirasi. Masyarakat akan menuding dan menghakimi selagi mereka tidak faham. Itu tanggungjawab kita. Jadi mereka akan faham sekiranya berlaku meltdown di tempat awam, mereka juga akan dapat membantu kita jika perlu,” tutur Cat sambil mengusap lembut rambut anaknya.

“Jika Berlaku Meltdown, Segera Minta Maaf & Berterus-terang, Anak Saya Autisme,” – Catriona Ross

Kredit foto: Instagram @catrionabrianross

Ads

Wanita yang berusia 37 tahun ini nyata positif dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan bersama keluarganya yang tersayang. Cat bersemangat bercerita tentang hala tuju pendidikan yang mahu diterapkan untuk anak syurga ini.

“Saya akan pastikan Raess boleh berdikari dan menguruskan dirinya sendiri. Itu objektif saya buat masa ini. Supaya dia dapat berdiri atas kaki sendiri. Anak-anak autisme ini kebiasaannya delay 3 tahun ke belakang berbanding anak tipikal. Jadi saya nak pastikan Raess boleh pakai baju, mandi dan memasak makanan diri sendiri. Jika semua ini teratur, lega sikit hati ini.

Saya akan study minat dia dan akan hantar ke sekolah vokasional atau ke pusat latihan buat anak-anak  istimewa. Di sana ada berbagai latihan seperti housekeeping, mekanikal dan sebagainya. Tapi buat masa sekarang saya akan fokus kepada toilet training dan perkara-perkara asas saja dulu ini memandang dia baru berusia 6 tahun.

Ads

“Jika Berlaku Meltdown, Segera Minta Maaf & Berterus-terang, Anak Saya Autisme,” – Catriona Ross

Alhamdulillah sekarang pun dia akan buka pakaian sendiri untuk bilik air. Apa pun segalanya kita tempuhi dengan sabar dan yang penting, jangan soal kenapa Allah SWT beri nasib sebegini. Tetapi kita lalui dengan yakin, apa cara terbaik untuk kita layari hidup kita. Tak perlu kita soal kenapa tapi, kita soal apa yang boleh kita lakukan,” ujar Cat yang wajar diangkat menjadi salah seorang wanita inspirasi.

Biasanya keluarga menjadi pendorong utama dalam mengharungi dugaan hidup. Cat bersyukur kerana dikelilingi dengan keluarga yang memahami. “Kedua-dua belah keluarga menerima dengan baik kekurangan yang ada pada Raees. Sejak dari awal lagi saya jujur menerangkan keadaan sebenar. Bagi saya penting untuk kita beritahu yang sebenar agar mereka faham dan boleh beri sokongan,” ungkap Cat jujur.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI