Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan semua rakyat Malaysia diarahkan untuk berada di kediaman masing-masing bagi membantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Pihak majikan perlu membenarkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah (work from home – WFH) sepanjang tempoh tersebut.
Namun, tak semua pekerja boleh melaksanakan tugas dari rumah dan dibenarkan untuk bekerja di tempat kerja masing-masing. Jika terpaksa keluar bekerja tak perlu risau kerana masih boleh melakukan langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit COVID-19 ini.
Dr Liyana Dhamirah yang juga pernah mengacara rancangan Tanya Doktor ketika dihubungi Nona telah berkongsi tip keluar bekerja sepanjang tempoh PKP ini. “Yang masih perlu bekerja seperti diri saya sendiri, balik haruslah terus MANDI sebaik saja sampai di rumah dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko menyebarkan penyakit kepada ahli keluarga,” kata Dr Liyana.
Bagi mengekang jangkitan COVID-19, Dr Liyana turut menasihatkan agar orang ramai mengamalkan penjarakan sosial, memakai topeng muka, sentiasa membersihkan tangan dan jangan keluar rumah sekiranya tidak perlu. “So I think let me help make it clear, as it is not ‘cuti cuti berjemaah’ as this is a serious matter,” tutur Dr Liyana.
KENDURI/MAJLIS/TAHLIL
Semua jenis majlis keramaian yang melibatkan rakan atau ahli keluarga yang bukan dari keluarga rapat dan yang anda tidak pasti pergerakan hidup mereka haruslah ditunda, atau jika perlu diteruskan hanya melibatkan keluarga asasi dan sangat rapat sahaja.
TEMU JANJI KLINIK/HOSPITAL
Kebanyakan klinik sudah menunda temu janji pesakit stabil, jika tidak pasti tolong hubungi klinik tersebut. Ubat akan diteruskan sehingga temu janji akan datang, dan masih boleh diambil dari farmasi oleh ahli keluarga tidak perlu pesakit yang datang sendiri bagi mengurangkan risiko. Sekiranya masih ada temu janji di klinik atau hospital tolonglah datang dengan seorang sahaja peneman dan bukan sekeluarga. Kes-kes kecemasan masih seperti biasa.
WARGA EMAS/KANAK-KANAK
Sewajarnya hanya duduk di rumah dan tidak perlu keluar.
MEMBELI KEPERLUAN
Walaupun kedai masih dibuka, tetapi hadkan seorang atau dua orang sahaja daripada keluarga untuk pergi membeli barangan keperluan dan bukan sekeluarga.
AKTIVITI SOSIAL
Tidak patut diadakan sama sekali, makan di tempat awam juga sepatutnya tidak berlaku, kedai makan hanya patut menawarkan khidmat take away
Diharap tiada lagi kekeliruan, kerana masih ada yang tidak pasti apa yang patut dilakukan ketika PKP ini. Duduk saja di rumah bersama keluarga anda jika tiada keperluan untuk keluar seperti di atas. Berikan lah kerjasama agar isu ini tidak berleluasa dan dapat dikawal sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan darurat lebih ketat harus dilaksanakan,” tegas Dr. Liyana mengakhiri bicara.
*Tak perlu susah-susah keluar rumah kalau nak beli barang, cari kat sini jer.
This website uses cookies.