Jisoo dari kumpulan BLACKPINK telah dinobatkan sebagai Wanita Tercantik di Dunia 2022 oleh Majalah Nubia yang berpangkalan di UK. Jisoo yang lahir pada tahun 1995 itu menewaskan Chou Tzuyu dari kumpulan TWICE yang menduduki tempat kedua dan Lisa Manoban yang berada di tempat ketiga.
Ads
Memetik halaman Majalah Nubia, Jisoo mendapat 44.78 peratus daripada jumlah undian masuk dari 155 negara atau hampir 500 ribu undi. Manakala Tzuyu di tempat kedua memperoleh 39.23 peratus atau sekitar 420,830 undi dan diikuti Lisa dengan 95,312 undi atau sekitar 8.88 peratus.
Kedudukan keempat dimenangi pelakon Turki bernama Hande Ercel dengan 37,722 undian atau sekitar 3.52 peratus.
Sebagai pemenang, Jisoo berhak mendapat sijil sebagai Wanita Tercantik yang akan dihantar tidak lama lagi kepada YG Entertainment, agensi yang menempatkan Jisoo.
Majalah Nubia turut menjelas bagaimana mereka memilih. Sebelum pengundian, pihaknya mengadakan tinjauan terlebih dahulu bagi mendapatkan 20 nama artis wanita yang dianggap paling cantik oleh orang ramai menerusi laman web mereka.
Ads
Antara 20 nama itu ialah artis terkenal, seperti Bella Hadid, Zendaya, Ariana Grande dan Scarlett Johansson.
Jisoo memulakan kerjayanya sebagai ahli BLACKPINK pada 2016 sebagai vokalis utama. Keupayaannya untuk memiliki nada rendah dan sederhana yang stabil ketika melakukan persembahan secara langsung amat dikagumi. Malah Jisoo juga turun aktif dalam bidang lakonan di mana beliau pernah membintangi drama Korea bertajuk Snowdrop.
Ads
Malah Jisoo juga menjadi ‘wajah’ kepada jenama fesyen antarabangsa, DIOR.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dunia kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Namakan apa sahaja bahan-bahan di sekeliling kita, pastinya ada bersangkut-paut dengan kecantikan.
Perkongsian tip ini mungkin kedengaran pelik tetapi ada kalanya perkara di luar jangkaan akan memberikan perbezaan dalam rutin kecantikan kita. Kongsikan juga tip ini dengan rakan lelaki anda!
(1) ELAK MATA SEMBAP
Hanya menggunakan sudu, anda boleh menghilangkan kesan sembap di bawah mata. Letakkan sudu di dalam peti sejuk selama lima minit. Apabila sejuk, tekupkan pada mata untuk mengurangkan bengkak pada mata.
Hiris timun dan tekupkan pada bahagian mata untuk menghilangkan sembap. Biarkan semalaman dan boleh lihat kesannya. Jom buat malam ni?
(2) SKRUB
Percutian yang diambil khas untuk meredakan ketegangan dan keletihan dikelilingi kerja-kerja pejabat adalah waktu terbaik untuk anda mula ‘berkawan baik’ dengan skrub.
Sekiranya perancangan percutian anda di tepi pandai, jemurkan tubuh di bawah sinaran matahari. Lumurkan pepasir pantai pada tubuh dan lakukan seperti skrub. Cara yang semula jadi, sihat dan jimat!
(3) PEWARNA RAMBUT
Jika anda merancang percutian di bawah jemuran matahari, anda juga boleh mewarnakan rambut atau membuat highlight dengan hanya menggunakan jus lemon. Campurkan nisbah 1:1 air dan jus lemon kemudian sapukan pada bahagian nipis rambut yang hendak difokuskan.
Berteduhlah di bawah sinaran matahari. Asid dari jus lemon bertindakbalas dengan cahaya matahari dan memberi sedikit impak warna pada rambut anda. Paling penting, ia nampak semula jadi!
(4) PUTIHKAN GIGI
Strawberi membantu anda memutihkan gigi. Bagaimana? Ambil sebiji buah strawberi dan sental pada gigi. Anda juga boleh menumbuk lumat buah strawberi dan jadikan ia sebagai ubat gigi. Jika dilakukan beberapa kali, anda boleh nampak keberkesanannya.
Asid pada strawberi bertindak balas pada gigi dengan baik. Pastikan anda membersihkan mulut selepas itu agar dapat mengurangkan keasidan dalam mulut. Jangan lakukan setiap hari kerana ia boleh merosakkan gigi.
(5) HALANG JERAWAT
Siapa sangka ubat gigi bukan hanya bertindak untuk membersihkan gigi tetapi ia juga boleh melawan jerawat. Sapu ubat gigi pada jerawat sebelum tidur dan biarkan semalaman. Ambil ubat gigi berwarna putih sahaja. Solusi ini amat berkesan terutamanya jika anda sudah kehabisan krim wajah. Tapi jangan gunakan selalu!
(6) BEDAK RAMBUT
Kini lebih ramai memilih menggunakan syampu kering atau dry shampoo untuk penjagaan rambut. Ia mudah dan merawat rambut dengan lebih cepat. Tetapi, jika anda tidak mempunyai syampu kering, anda juga boleh menggunakan bedak bayi berbentuk talkum.
Untuk kesan lebih baik, gunakan berus solekan besar pada akar rambut dan gunakan berus sikat untuk membuang lebihan bedak yang ada pada helaian rambut anda. Rambut anda akan kelihatan segar semula, seperti baru lepas mencuci.
(7) GINCU AKAR BIT
Tahukah anda pemerah bibir boleh didapati di dalam peti sejuk? Akar ubi bit yang berwarna ungu dan merah boleh menjadi lipstick stain yang terbaik dan semula jadi untuk anda. Tekap sedikit pewarna pada bibir dan anda boleh tampil lebih berseri!
(8) AIR SEJUK
Mandi air sejuk pada waktu pagi memberikan anda glow yang sangat cantik. Peredaran darah yang mengalir lancar membolehkan kulit anda bagai memberi cahaya. Ia juga membantu mengecut dan mengetatkan pori wajah. walaupun air sejuk tetapi ia juga merangsang minda untuk bekerja dengan lebih baik.
(9) TIDUR YANG CANTIK
Beauty sleep, istilah yang biasa digunakan untuk mengajak para wanita tampil cantik dan mendapat rehat secukupnya. Secara logik, jika anda kurang tidur, wajah akan kelihatan murung sehingga menyebabkan senyuman anda menjadi hambar. Lingkaran gelap di bawah mata juga sukar dilindungi dengan bedak asas mahupun cecair penyamar noda.
(10) RESIPI DI RUMAH
Kecantikan semula jadi bermula dari rumah. Tanamkan minat suka memasak kerana anda bukan sahaja boleh mengawal kadar pengambilan lemak, garam dan manis tetapi anda juga boleh menghasilkan penawar untuk kesihatan kulit hanya dari bahan-bahan yang ada di dapur. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak hidup sihat dan ceria, kena rajin bersenam! Amalan gaya hidup sihat dan rutin senaman Julie Rhee yang juga isteri Jehan Miskin ini memang patut dijadikan panduan. Tidak hairanlah wanita kelahiran Korea Selatan ini sentiasa tampil sihat dan ramping.
Malah, dia juga tidak lekang dengan senyuman. Sekaligus membuatkan Julie atau nama sebenarnya Julie Camelia Rhee dilihat seorang wanita yang ceria, mudah didekati dan berfikiran positif.
Agak lama tak dengar khabar dan tonton lakonan pelakon kacak, Jehan Miskin di kaca televisyen.
Bagaimana pun di laman media sosial, Jehan kelihatan sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang. Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata lelaki mereka.
Menerusi perkongsian Jehan, dia sekeluarga dan ibu mentua menyambut 1 Syawal lalu di Thailand dan menikmati percutian di Pai, Thailand.
Terserlah wajah bahagia seisi keluarga ini melancong ke negara Gajah Putih berkenaan yang sarat dengan keindahan alam semula jadi. Meskipun sedang bercuti, Julie tetap aktif melakukan rutin yoga.
Difahamkan Julie merupakan guru yoga di Kuala Lumpur dan bertugas sebagai krew pakaian sukan Korea iaitu Xexymix Malaysia. Dia juga ‘Legacy Ambassador’ bagi jenama Lululemon.
Ibu kepada seorang anak ini berusia 39 tahun dan bergelar isteri Jehan Miskin pada Mei 2013. Tahun ini usia perkahwinan Julie dan Jehan bakal melangkau 11 tahun.
Pasangan ini dilaporkan menunggu hampir tujuh tahun untuk menimang zuriat dan menerima kehadiran anak sulung yang diberi nama Axel Nova Rhee pada 20 Februari 2021.
Peminat fesyen Muslimah tentu sekali familiar melihat wajah Husna Mustaffa. Model jelita berusia 34 tahun ini seringkali menjadi wajah pilihan Galeri Ariani, Tudung People, SofeaRose, Ameera Zaini, Bawal House serta pelbagai lagi jenama tersohor di Malaysia.
Tidak mensia-siakan bakat yang ada, Husna juga bergiat aktif sebagai pelakon dan pernah membintangi beberapa drama popular. Antara yang sedang hangat ditayangkan sekarang adalah drama Mencari Kiblat Cinta bersama Syazuwan Hassan dan Shah Hazvee terbitan produksi Darling Ngasri.
Malah bermula hari ini, Husna bakal memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod untuk TV Alhijrah. “Demi melancarkan urusan shooting drama, saya akan berehat sekejap daripada bidang peragaan. Urusan bisnes pula berjalan seperti biasa dan waktu pandemik ini kami beroperasi hanya dalam talian,” kata Husna yang turut bergelar usahawan Hanalluna.
Pemilik nama sebenar Sharifah Husna Syed Mustaffa ini juga merupakan anak jati Johor Bahru dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. “Adik-beradik saya semuanya perempuan tapi saya seorang saja yang terjun ke bidang seni. Yang lain semua kerja dalam bidang profesional.”
Meskipun terjun ke bidang lakonan agak lewat berbanding pelakon senior lain, Husna bertuah kerana laluan untuk memegang watak utama agak mudah baginya.
Tambahan pula, dia sudah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Putera Adam Harith, 11 tahun, dan Puteri Adra Hana, 8 tahun.
“Tidak dinafikan kerjaya saya agak terkesan sewaktu pandemik. Banyak projek yang ditunda sebab kami tak dibenarkan bekerja ketika PKP. Tapi saya bersyukur masih boleh jana income dengan perniagaan pakaian secara dalam talian.
Tapi walaupun janggal mulanya dengan perubahan, dari seorang yang kuat bekerja tiba-tiba disuruh duduk di rumah, lama-kelamaan saya jadi suka dan selesa dapat meluangkan masa dengan keluarga. Saya dapat pantau pembelajaran anak-anak dan buat lebih banyak aktiviti bersama,” ujar Husna berterus-terang.
BUAL CANTIK
Tidak puas bertemu si cantik ini kalau tidak bertanyakan rahsia kecantikannya. Mujurlah banyak perkongsian Husna yang boleh kita praktikkan, umpamanya cara menguruskan badan dengan bermain badminton!
Mengakhiri pertemuan, Husna turut menyatakan harapan beliau dalam kerjaya. “Saya mahu capai tahap yang tinggi lagi. Seperti dalam bidang peragaan, alhamdulillah saya dah capai tahap yang diingini, dikenali sebagai seorang model Muslimah Malaysia.
Dalam bidang lakonan pula, saya target mahu dikenali sebagai seorang pelakon Malaysia yang berbakat. Itu pun sudah memadai bagi saya,” akhiri beliau.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...