Berjiwa emas dan prihatin terhadap nasib rakyat tatkala dilanda krisis COVID-19, hasrat murni puteri sulung Yang di-Pertuan Agong, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, yang dilantik sebagai Penaung Antarabangsa untuk Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 mencuri tumpuan.
Ads
Dalam satu hantaran Istana Negara pada 10 Oktober lalu, momen manis Tengku Puteri Iman Afzan yang mengenakan lencana reben hijau pada pakaian ayahanda dan bondanya membawa makna besar terhadap penghidap masalah mental.
Reben hijau ialah simbol kesihatan mental antarabangsa, selain sebagai tanda sokongan bagi kesedaran dan penyebab kesihatan mental serta membantu membina solidariti untuk komuniti itu.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan, berkenan mengenakan reben hijau bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020 yang jatuh pada 10 Oktober setiap tahun.
Tengku Puteri Iman Afzan dalam pesannya meminta rakyat dan pemerintah di seluruh dunia untuk bersatu dalam usaha menegakkan hak mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental kerana itu adalah tanggungjawab bersama.
Ads
Pandemik COVID-19 cukup mencabar kehidupan rakyat di seluruh dunia. Banyak perubahan besar dan ketidakpastian yang memberi impak kepada kesihatan mental kita.
“With mental health now at the forefront, the pandemic has increased the pressure to address both pre-existing and newer issues. There has also been no shortage of coverage on staying mentally healthy – why it is important, how it can be done, and how we can support one another.”
Ads
Sebagai seorang isteri dan ibu, sikap Tengku Puteri Iman Afzan, 28 tahun, yang begitu menyanjungi tradisi adat Melayu sememangnya disenangi rakyat. Isteri kepada YM Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah ini juga terlihat cukup penyayang dan aktif membantu golongan kanak-kanak serta remaja kurang berkemampuan.
Selain menjadi Penaung Antarabangsa untuk Hari Kesihatan Mental Dunia 2020, Tengku Puteri Iman Afzan turut menjadi Penaung Yayasan JKeb Malaysia (YJM), iaitu sebuah yayasan yang membantu menyediakan alternatif kepada anak dari institusi JKM yang sudah tamat tempoh perintah mahkamah, namun tiada atau dipinggirkan waris, selain tidak ada hala tuju dan tempat perlindungan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang meminati dunia masakan sudah pasti mengenali sosok tubuh selebriti chef yang anggun ini. Wanita yang diberi nama Diana Chan ini mula menempa nama setelah berjaya merangkul gelaran juara pertandingan MasterChef Australia musim ke-9.
Sekali gus melayakkan wanita yang dilahirkan di Sitiawan, Perak ini membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah AUD250,000 bersamaan dengan RM834,000.
Pertandingan yang berlangsung pada tahun 2017 itu telah melonjakkan nama wanita yang dibesarkan di Johor Bahru sejak usia tiga tahun ini untuk beraksi di rancangan masakan termasuk baru-baru ini Unplated with Diana Chan di SBS Food Channel. Terpegun melihat anak Malaysia ini menghidangkan sajian yang begitu istimewa.
Diana Chan mula berpindah ke Australia di usia 18 tahun untuk menyambung pelajaran di Deakin University dalam jurusan perdagangan. Selepas menamatkan pengajian Diana Chan telah bekerja di sana sebagai akauntan.
Wanita yang berusia 32 tahun ini mendapat inspirasi untuk memasak dari masakan Peranakan Baba-Nyonya yang diwarisi dari ibu dan bapanya. Semoga Diana Chan terus bersemangat membawa masakan Malaysia ke persada dunia dan terus mencipta nama dalam dunia masakan.
*Dengar nya kalau beli barang dapur 12.12 di sini ada bayak diskaun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita zaman sekarang kebanyakannya pandai berdikari malah ada yang berjaya dalam karier mahupun bisnes.
Attyra Saari, usahawan wanita dari Terengganu yang berusia 30 tahun ini salah satu contoh wanita sukses. Attyra merupakan pengasas produk Daura Beauty Legacy. Sebelum bergelar usahawan, Attyra merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.
“Tahun 2016 saya mula berniaga dengan menjual tudung bermodalkan RM100 saja. Ketika ini saya tiada pengalaman langsung dalam berniaga, hanya minat sahaja.
“Inilah detik paling struggle. Stok pula bergerak perlahan. Memang sangat-sangat struggle. Namun alhamdulillah dengan rezeki berniaga, sekarang segala urusan dipermudahkan.
“Kepuasan dalam berniaga ialah dapat bantu orang yang memerlukan. Saya memang suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Bukan dengan suami saja malah kepada followers, rakan-rakan dan keluarga pun saya berikan hadiah setiap kali birthday atau hari biasa.
“Selain itu, bila berniaga banyak waktu untuk diri sendiri dan keluarga kerana kerja tak terikat dengan sesiapa.
“Nasihat saya buat mereka yang terkesan dengan pandemik mahupun keadaan sekarang, usah mudah putus asa. Bila kita mula berniaga harus enjoy. Cari ilmu sebanyak mungkin.
“Semua merasa kesannya tetapi jadikannya cabaran untuk kita berusaha lebih lagi untuk majukan perniagaan.
“Guna segala platform yang ada untuk perkenalkan perniagaan kita,” kongsi Attyra yang menyifatkan suaminya adalah tulang belakang utama di sebalik jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan. Banyak lagi pengorbanan suami yang tidak terbalas.
Untuk kekal bahagia, mereka saling menjaga perasaan masing-masing agar tidak mudah merasa tertekan. Attyra juga gemar berjenaka bila berada di samping suami.
Paling penting bagi Attyra ialah sentiasa mendengar nasihat dan tidak melakukan perkara yang tidak disukai suami.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerajaan Negeri Kelantan melalui agensi media rasmi Kerajaan Negeri Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah atas penerimaan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK) membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan.
Menerusi gambar yang dikongsikan Unit Media Pejabat Kelantan, kelihatan Sultanah Kelantan itu anggun bertudung litup. Semenjak dimahsyurkan pada 2 Ogos lalu, Sultanah Kelantan itu sering mencuri pandangan menerusi perkongsian foto di laman sosial.
Sultanah Nur Diana Petra mendahului 769 penerima kurniaan darjah kehormatan tersebut di Istana Balai Besar, semalam.
Dalam istiadat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-53 itu juga, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra yang dikurniakan gelaran Tengku Bendahara Kelantan.
Dalam istiadat yang sama, Che Puan Sofie Louise bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dari Brunei Darussalam menerima darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) yang membawa kepada gelaran Dato’.
Manakala Exco Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, YB Dato’ Dr Izani Husin diperkenankan baginda menerima kurniaan Darjah Kebesaran Jiwa Mulia Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK), membawa gelaran Dato’.
Gambar: FB Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...