Kafe Eatropica adalah dari singkatan dua ayat EAT at TROPICA mengetengahkan konsep tropikal. Memulakan operasi sekitar Mac lalu, kafe yang membuka pintu di Menara 1 Sentrum, bersebelahan KL Sentral (rooftop NU Sentral Mall) ini cukup sesuai untuk anda yang mahukan kedamaian tatkala menjamu selera tanpa sebarang gangguan.

Ads

Jom Ke EATROPICA CAFE Sempena Cuti Hari Kemerdekaan, Sesuai Buat Family Gathering!

Pemiliknya, Azlin Zulkarnian, berkata pilihan konsep sedemikian mampu memberikan ketenangan dan kedamaian kepada penghuninya sebaik melangkah masuk. Terutamanya apabila ingin “melarikan diri” daripada kesibukan suasana ofis hutan konkrit Kuala Lumpur.

Memahami bagaimana tekanan di tempat kerja mampu mempengaruhi kehidupan dan emosi seseorang, Azlin mengilhamkan dekorasi kafe yang mendamaikan dan dipenuhi kehijauan bagi memberikan elemen ketenangan sambil para pelanggan menjamu selera dengan hidangan yang enak dalam suasama yang santai dan harmoni.

“Eatropica merupakan outlet pertama dan tidak terdapat di mana- mana lokasi sebelum ini.  Terdapat banyak hidangan istimewa di Eatropica di antaranya adalah Pulled Lamb Burger. Ia merupakan daging kambing dicarik halus, menjadi patty burger (bukan daging kisar), digandingkan dengan keju feta dan sos tzatziki ala greek.

Hidangan ini sering menjadi pilihan untuk dinikamti oleh golongan korporat untuk hidangan makan tengahari kerana ianya mudah dan mengenyangkan terutamanya di kala sibuk dengan mesyuarat dan tugasan lain di pejabat. Selain itu, kami juga ada Melting Moroccan Lamb Shank, kambing yang dimasak hingga empuk, dinikmati dengan kemanisan apricot chutney dan kentang putar.

Jom Ke EATROPICA CAFE Sempena Cuti Hari Kemerdekaan, Sesuai Buat Family Gathering!

 

 Jom Ke EATROPICA CAFE Sempena Cuti Hari Kemerdekaan, Sesuai Buat Family Gathering!

Ads

Jom Ke EATROPICA CAFE Sempena Cuti Hari Kemerdekaan, Sesuai Buat Family Gathering!

Hidangan lain yang turut mendapat sambutan termasuk Crispy Chicken Tenders, Melted Leek Risotto dan Crispy Skin Salmon Fillet dan Naked Burger (burger tanpa roti untuk pengamal sihat Keto diet). Manakala untuk pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai pengunjung adalah Sticky Date Pudding, iaitu puding kurma borsama sos butterscotch dan aiskrim vanila”, jelasnya.

Kafe yang memulakan operasi dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari isnin sehingga Jumaat ini turut beroperasi pada hari  sabtu pula pada jam 8.00 pagi hingga 6 petang dan turut menerima tempahan untuk sebarang majlis yang hanya dibuat pada hari Ahad sahaja.

Ads

Jom Ke EATROPICA CAFE Sempena Cuti Hari Kemerdekaan, Sesuai Buat Family Gathering!

Selain hidangan yang menarik, lokasi yang strategik dan hiasan dalaman Eatropica ini amat sesuai sebagai lokasi alternatif bagi business meetings, workshop, majlis pelancaran produk, family gathering dan lain-lain lagi kerana mempunyai keluasan kapasiti 160 tempat duduk  dan 300 tetamu untuk jamuan secara berdiri atau koktel.

Impian Eatropica di masa akan datang adalah untuk mempunyai rantaian cawangan restoran pelbagai konsep unik. Keunikan rasa setiap hidangan dengan konsep dekorasi yang menawan pastinya menjadikan Eatropica sebagai salah sebuah kafe pilihan masyarakat kini yang mementingkan kualiti makanan setanding dengan konsep dekorasi yang diterapkan!

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI