Negara Brunei sebuah negara bekas jajahan British yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam. Sultan Brunei telah pun mengeluarkan arahan untuk melaknsanakan undang-undang Syariah yang membenarkan hukuman rejam sampai mati untuk pesalah zina dan homoseksual.
Pelaksanaan undang-undang ini telah mendapat kritikan di peringkat global termasuk artis-artis terkenal di Barat. Antara artis yang lantang memperkatakan tentang isu ini adalah George Clooney. Pelakon Hollywood ini menyeru orang ramai memboikot sembilan hotel milik keluarga diraja Brunei ini.
Begitu juga Ellen yang mengacara The Ellen Show telah menyenaraikan 9 buah hotel milik keluarga diraja Brunei untuk diboikot. Jom kita lihat kemewahan hotel milik keluarga diraja ini yang berdiri megah di lokasi terkenal di dunia.
1. Hotel Bel-Air (Los Angeles, USA)
2. The Beverly Hills Hotel (Beverly Hills, USA)
3. The Dorchester (London, UK)
4. 45 Park Lane (London, UK)
5. Coworth Park (Ascot, UK)
6. Le Meurice (Paris, France)
7. Hotel Plaza Athenee (Paris, France)
8. Hotel Eden (Rome, Italy)
9. Hotel Principe di Savoia (Milan, Italy)
Sebagai umat Islam dan rakyat Brunei yang faham pelaksanaan undang-undang ini mereka menerima baik pelaksanaan hukum hudud sejak ia dilaksanakan pada Mei 2014. Setakat ini, belum ada mana-mana rakyat Islam Brunei yang dikenakan dan menjalani hukuman hudud tersebut.
Pada 3 April 2019 lalu, Brunei mengumumkan hukuman rejam sampai mati akan dikenakan bagi kesalahan homoseksual (hubungan seks sejenis). Hukuman inilah yang ditentang hebat kumpulan LBGT sebagai bertentangan dengan hak asasi manusia.