Jom Sokong Kempen ZERO WASTE. Ikuti Tips DR HALINA Untuk Mula Selamatkan BUMI!

 

Dalam sibuk-sibuk kita laungkan Save The Earth, adakah kita benar-benar melakukannya? Kadang-kadang cakap saja lebih, buatnya tidak! Tapi mungkin lepas baca pasal Dr Halina ni, kita akan lebih bersemangat.

Better late than never kan! Masih belum terlambat sebenarnya untuk anda mulakan mengitar semula bahan terbuang. Sebagai wanita, andalah contoh terbaik yang boleh ditunjukkan kepada keluarga kerana semuanya bermula dari rumah.

Baru-baru ini Dr Halina Mohd Yunos berkongsi satu post di Instagram info grafik bertajuk 7 Single-Use Swaps And The Trash You Can Save In One Year. Info yang terkandung di dalam post ni cukup menarik dan membuka mata orang yang membacanya. Malah, ramai pula berkongsi pengalaman masing-masing yang sudahpun mula mengitar semula bahan terbuang.

 

Kempen Zero Waste yang cuba diikuti Dr Halina masih dalam peringkat awal. Maklumlah, apabila kita sudah terbiasa dengan amalan menggunakan plastik dan sebagainya, ia pasti mengambil masa untuk berubah menerima perubahan dan dia bermula dengan Less Waste. Dr Halina sendiri baru mengetahui mengenai banyak lagi kelebihan yang boleh dilakukan jika kita mengitar semula.

Tengoklah apa yang dibawa Dr Halina setiap kali ke pasaraya. Beg shoppingnya ‘beranak’ menjadi beg-beg kecil yang ringan dan senang di cuci contohnya beg kasut dan mesh bag. untuk memuatkan barang keperluan yang ingin dibeli semata-mata untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. yang akan digunakan untuk mengisi barang dibeli. Malah, panjang lebar juga perkongsiannya untuk wnaita-wanita di rumah yang ingin mula mengikuti kempen kitar semula. Bacalah…

Perkongsian Dr Halina tidak terhenti di situ. Sebuah video yang menayangkan penggunaan plastik untuk membeli roti juga membuka minda kita semua untuk lebih menyayangi alam sekitar.

Ok, bermula hari ni kita boleh mula mengitar semula. Kalau sayangkan bumi dan cucu cicit, we have to start somewhere and start now!

 

 

 

 

 

 

Share
Published by
KR