Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak mengajar kita erti hidup. Banyak hikmah yang kita dapat. Dapat lebih banyak masa bersama keluarga dan memasak untuk mereka. Ada juga yang lebih kreatif berani mencuba resipi baru.

Ads

Datin jelita ini tak terkecuali. Bergelar suri rumahtangga sepenuh masa memberi peluang kepadanya untuk mencuba pelbagai menu. Sudahlah cantik, pandai memasak pula tu. Untung suami dan anak-anak Datin Belina.

Salah satu menu kegemaran keluarganya ialah Rendah Hitam Nogori. Memang nampak sedap! Sebelum kita lihat resipinya, jom baca dulu petua memasak yang diamalkan Datin Belina serta petuanya.

Kecur Tengok Rendang Hitam Nogori Air Tangan DATIN JELITA Anak 3 Ni, Mesti Cuba!BAGAIMANA DATIN MENDAPAT ILHAM SETIAP KALI HENDAK MEMASAK?
Mood dan keadaan mempengaruhi ilham untuk memasak. Kalau datangnya ilham, saya akan mencuba resipi baru atau menyediakan menu istimewa. Kalau buntu hendak masak apa, selalunya saya akan hubungi ibu dan tanya pendapatnya. Ibulah sumber inspirasi saya kerana beliau pandai memasak.

APA PETUA MASAKAN YANG DIAMALKAN OLEH DATIN SEHINGGA KINI?
Hati mesti tenang dan fokus. Memasak juga memerlukan ketelitian. Jika dilakukan dalam tergopoh gapah kita akan kecewa dengan hasilnya. Memasaklah dengan ikhlas, kasih sayang dan sepenuh hati. Saya juga amalkan selawat agar lebih berkat.

Berikut adalah resipi Rendang Hitam Nogori. Bahan-bahan yang digunakan mudah untuk diperolehi. Begitu juga dengan cara penyediaannya pun senang.

Kecur Tengok Rendang Hitam Nogori Air Tangan DATIN JELITA Anak 3 Ni, Mesti Cuba!
RENDANG HITAM NOGORI

Ads

Bahan-bahan:

  • 3kg santan
  • 1kg daging
  • 1 mangkuk (saiz sedang) bawang merah (dihiris)
  • 1 mangkuk (saiz sedang) bawang putih (dihiris)
  • Cili kering (jika hendak pedas tambahkan sedikit cili padi) (dikisar)
  • Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih

Bahan-bahan sanggang:

Ads
  • 6 sudu besar biji ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 2 sudu kecil jintan putih*
  • 4 sudu besar lada hitam*

NOTA: Semua bahan yang bertanda * dikisar kering.

Cara Membuat:
Masukkan santan dalam kuali, kacau bersama cili yang dikisar sehingga menjadi separuh daripada sukatan. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan bawang yang dihiris, teruskan mengacau dengan api perlahan. Kacau sehingga dua jam kemudian masukkan pula bahan-bahan rempah sanggang bersama kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Perasa dengan garam dan teruskan mengacau sehingga ia bertukar warna kehitaman dan kering.

Kecur Tengok Rendang Hitam Nogori Air Tangan DATIN JELITA Anak 3 Ni, Mesti Cuba!
Kecur Tengok Rendang Hitam Nogori Air Tangan DATIN JELITA Anak 3 Ni, Mesti Cuba!

Kredit Foto: Instagram @belina_hmd

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI