Bagi siapa yang benar-benar mengagumi dan mengikuti perkembangan pelakon dan usahawna jelita Rozita Che Wan, pastinya mengetahui ibu kepada tiga orang cahaya mata itu sentiasa tampil berfesyen dan sentiasa anggun walau pun hanya berada di rumah.
Jadi padanlah Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta memiliki koleksi baju yang banyak. Dan baru-baru ini, suami kepada Che Ta mencuri tumpuan ramai apabila kelihatan menjual di car boot sale Kota Damansara yang dijalankan pada setiap minggu.
Menerusi hantaran video dari seorang pengguna TikTok yang juga merupakan pengunjung di car boot sale Kota Damansara telah memuat naik sebuah video memaparkan Zain Saidin menjual melelong baju terpakai milik Che Ta di hadapan keretanya ketika jualan car boot tersebut.
@fybaharuddin Suami jual baju isteri🤣 #carboot #preloved #carbootsale #barangpreloved #carbootkotadamansara ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Dalam video tersebut kelihatan Zain tampil santai dengan menjual pakaian terpakai isterinya itu. Malah yang mencuri tumpuan adalah harga pakaian tersebut yang dijual hanya serendah RM5 sahaja.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terkejut apabila Zain menjual baju-baju Che Ta dengan harga serendah RM5 memandang ramai yang tahu isterinya bukan tampil ‘biasa-biasa’ apabila bergaya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata ramai yang mengagumi sikap rendah diri Zain Saidin malah terhibur dengan gelagat Zain yang menjual baju-baju pre-loved isteri tersayang.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***