Pada 9 hingga 13 Oktober ini, Karangkraf Mall Online bersama-sama lebih 1,000 e-tailers di seluruh Malaysia akan memulakan perang diskaun sesama sendiri! Dan yang pastinya diskaun sehingga 90% Karangkraf Mall tidak harus anda lepaskan!
Apa yang Karangkraf Mall Online tawarkan sepanjang lima hari?
“Tahun ini, kami yakin dapat mencapai sasaran itu didorong dengan jualan buku dan majalah baharu yang paling laris, serta hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi pembeli setiap hari, antaranya baucar tunai, baju kemeja-T, set bekas makanan dan beg eksklusif Karangkraf Mall.
Selain itu, Karangkraf Mall juga menawarkan penghantaran percuma ke seluruh negara bagi pembelian RM100 ke atas dan cabutan bertuah setiap hari yang nilainya lebih RM100,” katanya Pegawai Pemasaran dan Promosi, Muhamaad Hazani Sukri.
Menurutnya, pihaknya berharap MYCYBERSALE 2017 akan mendapat sambutan baik daripada pelbagai golongan pembeli di seluruh negara terutamanya di Sabah dan Sarawak dengan membawakan pelbagai promosi hebat dan kelainan tahun ini.
Bagi penyertaan kali keempat ini, Karangkraf Mall akan menawarkan harga menarik serendah RM1 bagi majalah di bawah penerbitan Karangkraf dan buku serendah RM5 dari penerbit Alaf 21, Buku Prima, Kids Prima, Karya Bestari, Buku Pojok dan Bestari Karangkraf.
Muhamaad Hazani berkata, jualan online selama lima hari itu akan menyaksikan lebih 100 majalah akan dilelong dan lebih 3,000 buku dan novel akan dijual murah.
“Terdapat juga lebih 50 pakej buku ‘super jimat’ antaranya pembelian melebihi RM100 akan mendapat penghantaran percuma; lebih RM200 penghantaran percuma dan baucar tunai; serta lebih RM250 menerima penghantaran percuma, baucar tunai dan beg eksklusif Karangkraf Mall.
Kami ada juga pakej buku dari penulis-penulis terkenal seperti Ramlee Awang Murshid dan tokoh-tokoh seperti Dr. Basit Abd Rahman, Dr. Rozaimi Ramle serta Ustaz Kazim Elias disamping tawaran beli satu percuma satu serta lebih 15 pakej Al-Quran terbaik serendah RM40 bagi dua naskhah.”
Sempena MYCYBERSALE 2017, Karangkraf Mall turut menganjurkan pertandingan ‘LIKE, SHARE, COMMENT & WIN’ di Facebook Page Karangkraf Mall sehingga Ahad ini, yang menawarkan hadiah penapis air bernilai lebih RM1,000. Layari Karangkraf Mall sekarang! Norzalina Mohd Alias
This website uses cookies.