Ligat rupa-rupanya pelantun lagu Pematah Hati ini menceburi bidang perniagaan. Walau sibuk dengan kerjaya seni dan menghasilkan karya hebat, masih punya masa untuk menghasilkan produk sendiri. Bukan satu… sebaliknya Nabila Razali kini merupakan pengasas hijab Nabaela Scarf dan produk kosmetik lip matte iaitu Baela. Difahamkan ‘buah tangan’ Nabila ini sudah mula diusahakan sejak awal tahun lagi.
Perniagaan Nabaela Scarf sudah memasuki pasaran pada April lepas dan sehingga kini, terdapat tiga koleksi iaitu Bawal Bae, Cumi Cumi Shawl dan Bawal Basic. “Alhamdulillah dapat feedback
luar biasa daripada pelanggan. Cuma, disebabkan kekangan masa… Bella tak sempat nak start collection yang baru. Tambahan pula peminat pun dah tanya what’s next from Nabaela Scarf.Of course, Bella akan cari masa untuk semua benda tu sebab setakat ini Bella tak ada team yang besar untuk buat semua tu. Ia small scale tapi walau macam mana pun Bella akan tetap cuba untuk menjayakan lagi Nabaela Scarf.”
Ditanya mengenai jualan tudung keluarannya, penyanyi yang turut aktif dalam sukan lumba kereta litar ini berkata sambutan yang diterima cukup memberangsangkan. “Bella sangat gembira dengan sambutan hangat pelanggan. Mereka memang support. Tapi tu lah… nak cari lagu pun pening, nak cari design tudung baru pun pening,” ujarnya sambil ketawa.
“Istimewanya Nabaela Scarf ialah Bella fokuskan jualan ini kepada student. Lagipun Bella banyak buat performance di kalangan yang mostly student dan kanak-kanak. Kalau nak kenal Nabaela Scarf, ada design ‘love’ di belakang tudung dan itu adalah simbolik kepada ‘cumi cumi’.
Setiap kali koleksi Nabaela Scarf keluar, Bella akan pastikan ia kena dengan Nabila Razali punya personaliti. Bella tak nak hanya keluarkan tudung yang cantik dan terus jual. Bella nak pastikan yang tudung itu ada signature Nabila Razali,” tegasnya sambil mengakui segala rekaan tudung adalah ilham darinya sendiri.
Ceria bercerita tentang keseronokan berniaga, Nabila mengakui sudah pun memiliki satu lagi cabang bisnes iaitu kosmetik. “Alhamdulillah Bella dah pun ada Baela Lip Matte. Yang first batch
dah sold out… second batch ni tengah restock yang baru.Apa-apa pun, Bella bersyukur kerana ada team yang kuat yang sentiasa ada di belakang Bella. Mereka juga yang bertungkus-lumus menjadikan bisnes Baela Lip Matte berjaya. Syukur, sekarang Bella dah masuk bidang bisnes tudung dan kosmetik. Mungkin lepas ni akan cuba dalam bidang lain pula.”
Nabila Razali ditemui ketika menjadi juri jemputan dalam program realiti digital pertama pencarian makeup artist Fabulous MUA, baru-baru ini.
This website uses cookies.