Walau Maria Sharapova sudah bersara daripada arena sukan tenis tapi namanya masih menjadi sebutan ramai sampai hari ini.
Dilabel antara pemain tenis tercantik di dunia, kesungguhan Maria jaga penampilan selepas bergelar ibu nyata menimbulkan rasa kagum dalam kalangan kaum ibu.
Juara Glam Slam lima kali ini yang selamat melahirkan anak sulung juga bayi lelaki pada Julai 2022 tidak mengambil masa lama untuk kembali mendapatkan bentuk tubuh asal sebelum hamil!
Maria dan suami yang merupakan pengasas Paddle8 mengumumkan kehadiran cahaya mata sulung di media sosial masing-masing pada pertengahan Julai lepas.
Pasangan ini dilaporkan sepakat menamakan bayi mereka dengan nama Theodore.
Berkongsi gambar keluarga kecil mereka, dedah usahawan Sugarpova ini, “The most beautiful, challenging and rewarding gift our little family could ask for.”
Berita kehamilan Maria mendapat perhatian peminat dunia tenis apabila bintang ini mendedahkan kehamilannya ketika ulang tahun kelahiran ke-35 pada April tahun lalu.
Malah dia turut berkongsi kapsyen menggunakan nombor Roman Vll.l.MMXXll dalam foto anaknya seolah-olah memberi bayangan mengenai tarikh lahir bayi tersebut pada 1 Julai 2022.
Maria bersara daripada profesion tenis pada Februari 2020 selepas berjaya mencatatkan 36 kejuaraan Hologic WTA Tour, Roland Garros sebanyak dua kali selain memenangi acara besar lain seperti Australian Open, Wimbledon dan US Open.
Dia dikhabarkan bertunang dengan Alexander Gilkes pada Disember 2020 selepas dua tahun bercinta.
This website uses cookies.