“Kembali tidur untuk melanjutkan mimpi, atau bangun tidur untuk mewujudkan mimpi.”
Itu antara petikan kata-kata jutawan terkenal, Haliza Maysuri yang merupakan pengasas Bawal Exclusive Sdn Bhd. Maksudnya penuh tersirat, usah terus leka dengan apa yang kita ada sekarang.
Sebagai usahawan yang sudah banyak melalui pelbagai cabaran getir terutama ketika mula-mula berniaga, Haliza sentiasa tenang dan positif.
KONGSI TIP PERNIAGAAN
Selain gemar berkongsi hobi memasak di Instagram peribadinya, Haliza juga sering berkongsi nasihat dan tip-tip perniagaan khas buat para peniaga di Malaysia.
Haliza menitipkan 8 cara bagaimana untuk bangkit semula dalam perniagaan seterusnya kembali berada di landasan kejayaan.
Pengalaman berniaga di pasar malam serta pernah memiliki gerai kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur telah membina jati diri usahawan Bumiputera berusia 42 tahun ini.
Selama 22 tahun Bawal Exclusive kukuh di pasaran, bukan satu tempoh yang singkat. Pelbagai rintangan diharungi Haliza dan suami, Mohd Rosli Awang demi meletakkan label ekslusifnya itu di tahap gah bukan hanya di Malaysia bahkan luar negara.
Walaupun bergelar jutawan namun Haliza sentiasa menjadi seorang yang merendah diri. Ini kerana Haliza mengakui dirinya tidaklah terlalu hebat kerana berpendapat ramai lagi usahawan Malaysia yang lebih hebat darinya.
“Inilah saya seadanya, saya tidaklah hebat kerana ramai usahawan Malaysia yang lagi hebat dari saya, tapi saya dewasa dengan pengalaman.
“Moga pengalaman yang selalu saya kongsikan akan memberi manfaat kepada usahawan baru yang nak bermula, ataupun yang sedang jatuh nak bangkit semula.”
SAHABAT BAIK DATIN ANNE NGASRI
Haliza dan Datin Anne Ngasri sememangnya sudah saling bersahabat baik. Hubungan mereka umpama adik beradik. Kedua-duanya hebat dalam bidang karier masing-masing.
Memetik kata-kata Haliza yang pernah dikongsinya menerusi satu video pendek di Instagram:
“Sahabat yang cantik luar dalam. Bersahabat bukan sebab harta atau nama. Tidak pernah sekalipun cerita buruk orang, pendek kata cantik raut wajahnya secantik akhlak.
“Bukan memuji @annengasri_official eloklah dikongsi sebab ramai bertanya apa rahsia Datin @annengasri-official nampak muda remaja, cantik jelita.”
Semoga persahabatan dua wanita hebat ini berkekalan selamanya.
Kredit Foto: Instagram Haliza Maysuri
This website uses cookies.