Kacamata merupakan satu aksesori yang mempu mengubah penampilan seseorang. Tidak kiralah jenis optik ataupun kaca mata tabir suria, penampilan wajah anda dengan aksesori ini seolah-olah mencipta satu identiti baru.  ic! Berlin tampil dengan koleksi baru plotic yang mana ia diterjemahkan dari sudut seni bina bandar yang mengagumkan.

IKLAN

Kacamata ic! Berlin Lengkap Personaliti  Agar Kekal Bergaya

Ada cerita di sebalik inspirasi ini sebenarnya. Ia adalah kesinambungan kepada gaya musim panas yang menongkah arus dan tidak mengikut gaya semasa. Secara logiknya, bila tiba musim panas ramai yang akan berpusu-pusu ke pantai untuk menikmati pemandangan. Namun mengapa menyesakkan diri di kawasan yang penuh dengan orang sedangkan anda boleh bergembira di bandar konkrit metropolitan?

IKLAN
Kacamata ic! Berlin Lengkap Personaliti  Agar Kekal Bergaya
Rekaan Bingkai Utopia

Inspirasi ini memberikan kesan kepada rekaan bingkai kacamata yang lebih menarik dan juga memiliki lekuk yang cukup istimewa yang mencetus gaya sangat fashionable. Bayangkan jika anda bergaya ringkas, cukup sekadar melengkapkan penampilan dengan kaca mata ini. Terbahagi kepada lima rekaan setiap satu dinamakan dengan gelaran Metropolis, Utopia, Uptown, Downtown & Dystopia.

IKLAN

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI